Semoga Melayu tak ditipu Kristian Evangelis!
dari blog Abu Haseef
Label:
Dakyah agama
Sedih
bila tengok pelbagai komen daripada orang Melayu-Islam tentang isu yang
berlaku di Dream Centre DUMC baru-baru ini. Ada yang beri komen tanpa
mengetahui hujung pangkal. Ada juga yang komen JAIS lebih untuk jaga
'kepentingan peribadi' kerana 'kes' tertentu. Kadang-kadang bila kita
nak menunjukkan kita ini terlalu toleransi atau kononnya Islam itu
agama yang teraaamat 'demokrasi', maka lagak kita lebih dari 'orang
putih' yang mengasaskan demokrasi di Barat itu.
Akibatnya
adalah amat memalukan apabila ada Melayu-Islam yang menjadi pembela
membuta tuli PUSAT PENYEBARAN KRISTIAN di Petaling Jaya yang
berselindung di sebalik nama pusat komuniti 'Dream Centre' dan
pertubuhan kebajikan 'Harapan Komuniti'. Bagi penulis apabila membaca
misi DUMC yang menyebut "TO EVANGELISE THE KLANG VALLEY...", itu sudah
cukup menjadi bukti bahawa ini adalah kumpulan Kristian Evanglis yang
memang terkenal di seluruh dunia dengan aktiviti-aktiviti penginjilan
dan missionary terhadap penganut agama lain. Sama seperti kumpulan
evangelist yang lain, matlamat utama mereka adalah untuk menyampaikan
ajaran bible kepada seluruh umat manusia.
Apa
yang perlu diketahui, kumpulan evangelist bukanlah sebodoh itu untuk
menunjukkan aktiviti penginjilan mereka terhadap agama lain, lebih-lebih
lagi penganut Islam! Itu sebab kebanyakan kumpulan evangelist tidak
akan meminta mana-mana penganut agama yang berjaya di'baptis'kan atau
di'convert'kan semudah itu untuk menukar personaliti atau identiti diri
mereka. Bermakna; nama, pakaian, budaya dan cara beragama luaran akan
terus nampak kelihatan Islam. Jangan terkejut, mungkin mereka yang
sedang sama-sama berpuasa dan bersolat hari raya dengan kita itu
sebenarnya bukan muslim lagi, tetapi mereka itu sebenarnya adalah
kumpulan "penganut Jesus berlatarbelakangkan Melayu Muslim"! Bahkan
memang pun di peringkat dunia sudah wujud konferensi bagi kumpulan
"penganut Jesus berlatarbelakangkan Muslim", siap dengan pastor di
kalangan mereka sendiri!
Inilah
yang telah berjaya dilakukan oleh kumpulan evangelist Sidang Injil
Borneo di Sabah dan Sarawak (yang kini telah tersebar ke seluruh
semenanjung). Ketika penulis melakukan kajian di Lawas dan Limbang,
dapat dilihat dengan jelas bagaimana penduduk pribumi di sana telah
berjaya diubah kepercayaannya tanpa sedikitpun menyentuh budaya mereka.
Lihat sahaja nama-nama yang digunakan, masih kekal kelihatan
Melayu-Islam-nya (Idris Jala sebagai contoh), pakaian wanitanya seperti
berbaju kurung ke gereja dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi di gereja termasuk menggunakan kalimah Allah. Apa yang dilakukan
oleh gol. evangelist hanyalah mengubah konsep Allah dari ESA kepada
Allah sebagai God The Father dan Jesus sebagai anak-Nya.
Harapan
penulis, janganlah ahli-ahli politik dan tokoh tertentu dari kalangan
Melayu-Islam terlalu jahil tentang misi dan visi golongan evangelist
ini. Al-Qur'an sendiri telah memberi peringatan dan amaran dalam surah
al-Baqarah ayat 120 bahawa Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan
reda terhadap Islam hinggalah kita menjadi pengikut agama mereka.
Pertahankanlah maruah Islam lebih daripada kita mempertahankan maruah
diri dan parti. Janganlah kerana "politik ambil hati orang kafir" yang
melampau, parti kita menang tapi akidahnya tergadai...
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan