2013 Sudah Bermula…Himpunan 1,000 Jiwa 1 Hati
Seramai 2700 remaja telah menyertai program Himpunan 1,000 Jiwa 1 Hati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang diadakan pada 31 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2013.
Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pusat
Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS) itu bertujuan memberi
alternatif kepada remaja belia menyambut tahun baru secara sihat dan
penuh dengan input yang membangunkan rohani. Salah satu lagi program
‘ilaj bagi memberi pilihan kepada umat Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, program yang
diadakan selama dua hari satu malam itu merupakan kali ketiga
penganjurannya dengan membawakan tema 'Jiwa Kuat Generasi Hebat'.
"Program ini merupakan usaha bersepadu Jakim dan pelbagai sektor
korporat dalam usaha membanteras gejala sosial yang semakin parah dalam
kalangan remaja kita terutamanya pada malam sambutan ambang tahun baru.
Penganjuran program adalah sebahagian daripada pelan strategik Jakim 2009 hingga 2014 di bawah teras strategik kelima iaitu pemantapan kefahaman dan penghayatan Islam secara syumul bagi melahirkan umat yang terbaik.
Antara pengisian menarik yang dibawakan pada program tersebut adalah
forum “Bual Bicara Cinta Anak Muda” bertajuk 'Destinasi Cinta' yang
membawakan barisan panel ternama seperti Wardina Safiyyah, Sham Kamikaze
dan Ustaz Mohd. Nor Mamat dan persembahan pentas oleh Kumpulan Nasyid
UNIC, In-team dan juga Edcoustic.
Turut diadakan, bacaan ikrar beramai-ramai pengakuan menjadi remaja dan
belia yang bijak dan menjauhi zina, qiamullail di bawah pimpinan Imam
Muda Najdi dan slot Sinaran Dhuha oleh Imam Muda Hassan.
Sebahagian 2700 Peserta Yang Hadir
Antara Tetamu VIP yang Menyaksikan Bual Bicara Anak Muda,Timbalan Ketua pengarah (Pembangunan Insan )
Bual Bicara dan Sedikit Hiburan Sebelum Menunggu Tahun Baru
Timbalan Ketua pengarah (Pembangunan Insan ) dan Ketua penolong Pengarah Kanan KSK
Turut Sama Membaca Ikrar Bersama-sama
Solat Dhuha dan Ceramah di Pagi Tahun Baru
Ketua Pengarah JAKIM menyatakan sokongan Kempen Bijak Jauhi Zina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan