Amanat Ketua Pengarah Jakim bagi Tahun 2013
“Jakim mesti menjadi agensi peneraju dalam mendepani isu-isu agama”
Itu antara amanat YBhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah
Jakim yang telah disampaikan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim bagi
bulan Januari 2013 pada 11 Januari 2013 yang lalu.
Majlis yang turut dihadiri oleh Tn. Hj. Razali bin Shahabudin;
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), YBhg. Tuan Hj. Mohamad
Nordin bin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), En. Mohd Noor bin
Abd Hamid; Pengarah Kanan ( Pengurusan) dan pengarah-pengarah bahagian.
Turut disentuh dalam amanatnya, tentang saranan agar setiap warga
Jakim hendaklah sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang memerlukan
tindakan dengan kadar segera. Di samping itu, pemantauan rapi perlu
dilaksanakan terhadap Pelan Strategik Jakim 2009-2014 agar setiap aspek
dapat dipenuhi.
Manakala bagi projek pembangunan di bawah Jakim, pengurusan dan
pemantauan yang serius perlu disusun agar jadual pelaksanaan dapat
diselesaikan sepertimana yang telah dirancangkan.
Bagi mengimbangi arus kemodenan yang pesat, warga Jakim haruslah
mempunyai daya pemikiran yang pantas serta berinovasi dalam melaksanakan
strategi dakwah agar impak terhadap golongan sasaran dapat dirasai
secara berkesan.
Di akhir ucapannya YBhg. Dato’ menegaskan agar setiap warga Jakim
hendaklah menggunakan setiap kemudahan yang disediakan oleh pihak
Jabatan sama ada dari segi prasarananya mahupun pada modul latihan yang
telah dibangunkan untuk menggembeleng tenaga memerah setiap idea yang
timbul di kotak fikiran kita untuk merealisasikan visi, misi, dan fungsi
Jakim untuk terus kekal sebagai agensi peneraju dalam isu-isu agama.
Jadikan azam 2013 ini sebagai “ Tahun Mengurus Kejayaan Jakim”.
Sebagai penutup, majlis diserikan dengan Majlis Penyampaian Sijil
Amalan 5S oleh YBrs. Dr. Mazlan bin Yusof; Timbalan Ketua Pengarah
(Pembangunan, Pengurusan & Transformasi) MAMPU kepada Masjid Putra
menerusi Imam Besar Masjid Putra; Tn. Hj. Abdul Manaf bin Hj. Mat dengan
disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim.
Kehadiran beliau disambut oleh seluruh warga Jakim.
Warga Jakim yang hadir memenuhi ruang dewan.
Penyampaian Sijil Amalan 5S dari pihak MAMPU kepada Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan