KONSEP MASJID MADANI
1. Masjid merupakan sebuah institusi terpenting sejak zaman Rasulullah S.A.W.
2. Usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sebaik saja tiba di Madinah adalah mendirikan Masjid Quba dan Masjid Nabawi.
3. Kewujudan masjid-masjid utama dalam sejarah Islam, bukan semata-mata sebagai syiar Islam dan tempat ibadah, bahkan peranannya meliputi pelbagai aspek; sebagai pusat pentadbiran negara, pusat ilmu dan pendidikan malah pusat aktiviti sosial masyarakat Islam.
4. Ramuan ini telah membentuk generasi muslim terbaik dalam sejarah Islam dan telah mencapai kegemilangan sehingga ke zaman Khulafa’ Ar –Rashidin, Bani Umayyah , Kerajaan Abbasiyyah dan Kerajaan Islam di Sepanyol.
5. Masjid Madani membawa makna masjid terkehadapan dari aspek pengimarahan dan menjana tenaga menjadikan masjid sebagai pusat tranformasi untuk membangun masyarakat Islam dengan cemerlang.
MASJID MADANI
Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam, JHEAIPP berusaha menobatkan beberapa masjid untuk menjadi model dengan nama MASJID MADANI.
Tujuh buah masjid telah dipilih sebagai Masjid Madani. Masjid-masjid tersebut adalah :
1. Masjid Negeri Pulau Pinang
2. Masjid Daerah Barat Daya
3. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan
4. Masjid Daerah Seberang Perai Tengah
5. Masjid Daerah Seberang Perai Utara
6. Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, K.Batas
7. Masjid Al-Huda, Sungai Ara, Bayan Lepas
Usaha untuk membangunkan masjid- masjid sebagai Masjid Madani tidak terbatas kepada 7 buah masjid tersebut. Sebaliknya konsep Masjid Madani akan terus diperkembangkan lagi kepada masjid–masjid lain pada masa-masa akan datang setelah 7 masjid tersebut berjaya tertegak sebagai Masjid Madani.
OBJEKTIF
1. Menjadikan masjid tumpuan paling utama masyarakat sekitar.
2. Menyediakan program pendidikan dan pengimarahan yang menarik bagi semua peringkat umur.
3. Menjadi pusat sosio ekonomi untuk meningkatkan taraf kehidupan umat.
4. Menjadikan masjid sebagai pusat tranformasi bagi membangun dan membentuk masyarakat Islam menjadi lebih cemerlang
CIRI-CIRI
Dalam usaha memacu perkembangan Agama Islam di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengembalikan fungsi-fungsi masjid yang menyeluruh berteraskan ciri-ciri 3 M iaitu Mulia , Mesra dan Menarik.
Mulia dengan erti kata mengembalikan masjid sebagai zon aman dan bebas daripada menjadi medan pertelagahan.
Mesra dengan maksud pihak pentadbir dan pengurus masjid melaksanakan tugas dan mengalu-alukan para jemaah datang ke masjid dengan ramah dan mesra.
Menarik bermaksud masjid melakukan segenap perubahan di dalam perancangan dan pelaksanaan program-program yang bermanfaat.
FOKUS
Oleh yang demikian, Masjid Madani ini meliputi aspek-aspek berikut :
1. Mesra Belia. Masjid Madani akan dibentuk menjadi masjid mesra belia dengan cara mewujudkan fasiliti-fasiliti berikut :
1.1. Kemudahan Komputer dan Internet secara percuma atau bayaran yang berpatutan.
1.2. Kemudahan sukan
1.3. Bilik perkembangan kreativiti dan inovasi.
2. Mesra Keluarga. Ciri ini dapat dibentuk melalui kemudahan berikut :
2.1. Kemudahan permainan kanak-kanak.
2.2. Pusat jagaan sementara anak-anak semasa ibu bapa mengikuti kuliah atau solat.
3. Mesra Masyarakat. Bagi mewujudkan suasana ini, kemudahan berikut bakal disediakan:
3.1.Dewan serbaguna untuk majlis keraian, kemasyarakatan dan sukan.
3.2. Bilik seminar/kuliah
3.3. Kemudahan OKU
3.4. Kedai serbaneka.
3.5. Pusat jagaan harian kanak-kanak
3.6. Penginapan musafir
3.7. Pusat Rawatan Islam
3.8. Kafeteria
4. Mesra Pengimarahan. Aktiviti pengimarahan yang pelbagai dan berinovasi meliputi setiap peringkat umur.
5. Mesra Pentadbiran. Membentuk pentadbiran yang bersikap mesra dan bermaklumat berorientasikan konsep pepohon yang tumbuh dan menaungi.
PENGISIAN DAN PERANCANGAN
Pelancaran Masjid Madani akan diadakan bersempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah iaitu 1 Muharam 1433H bersamaan 27 November 2011. Sementara itu Konsep Masjid Madani akan dimulakan pelaksanaan dan pengisiannya mulai Januari 2012.
Bagi merealisasi konsep Masjid Madani , pengisian yang cemerlang dan pentadbiran yang cekap akan diwujudkan melalui pendekatan berikut :
1. Merangka aktiviti–aktiviti pengimarahan dan kemasyarakatan mengikut peringkat umur dan lapisan masyarakat
2. Mempertingkatkan keupayaan Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Masjid bagi mengwujudkan pentadbiran yang cekap, pintar dan efisien agar setanding dengan pencapaian masjid-masjid tersohor
3. Menyediakan prasarana-prasarana yang berteraskan ciri-ciri 3M secara berperingkat sehingga Konsep Masjid Madani dapat direalisasikan.
ALAMAT-ALAMAT MASJID MADANI
1. Masjid Negeri Pulau Pinang,
Jalan Air Itam,
11400 Pulau Pinang
No. Tel : 04-8282212, No. Fax : 04-8279908
masjidnegeri.blogspot.com
2. Masjid Daerah Barat Daya
Jalan Balik Pulau,
11000 Balik Pulau
No. Tel : 04-8691420, No. Fax : 04-8691422
masjiddaerahbd.blogspot.com
3. Masjid Daerah Seberang Perai Utara
Teluk Air Tawar,
13050 Butterworth
No. Tel : 04-3519621, No. Fax :04-3519622
mdspu.blogspot.com
4. Masjid Seberang Perai Tengah
Jalan Perda Utama,
Bandar Baru Perda
14000 Bukit Mertajam
No. Tel : 04-5401121, No. Fax : 04-5401121
5. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan
11200 Sungai Jawi,
Seberang Perai Selatan
No. Tel : 04-5831340, No. Fax :04-5831341
Mdspsjaipp.wordpress.com
6. Masjid At-Taqwa,
Taman Bertam Indah,
13200 Kepala Batas
No. Tel : 04-5747401, No. Fax: 5741401
Facebook/Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah
7. Masjid Al– Huda, Sungai Ara,
Jalan Dato’ Ismail Hashim,
Bayan Lepas ,
11950 Pulau Pinang
No. Tel & Fax : 04-6469566
Masjid-alhuda-sungaiara.com
MASJID PUSAT TRANSFORMASI UMMAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan