Jumaat, 15 Mac 2013

万 事 如 意 “Wan Shi Ru Yi” ~1000 Tetamu Memeriahkan Sambutan Tahun Ular 2013~ 万事如意“Wan Shi Ru Yi” 1000 TETAMU MEMERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN ULAR 2013


3 Mac 2013, Ahad : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Hidayah Centre,Pertubuhan IKRAM  Malaysia, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Restoran Mohd Chan Abdulah dan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) serta Overseas Chinese Muslim Association Malaysia (OCMA) telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Kristal, Telekom Convention Centre, Menara TM Kuala Lumpur. Kehadiran tetamu seramai 1000 orang terdiri daripada 65% dari kalangan Non-Muslim Cina setempat, ahli keluarga Non-Muslim dari kalangan keluarga saudara Muslim, dan Badan NGO’S Saudara Muslim Cina dan India seluruh Malaysia.
Objektif majlis ini diadakan adalah :
  1. Memperkenalkan konsep keterbukaan dalam Islam kepada masyarakat  belum Islam terutamanya kepada rakyat Cina yang berbangsa TiongHua  berkenaan keindahan Islam sebagai satu cara hidup yang sesuai dipraktikkan oleh semua bangsa.
  2. Menyingkirkan salah anggap terhadap agama Islam yang selama ini digambarkan oleh media media barat sebagai agama yang menganjurkan keganasan dan tiada toleransi agama.
  3. Merai dan menyantuni saudara baru berbangsa TiongHua dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
  4. Mewujudkan jaringan dakwah antara institusi yang terlibat.
Antara tetamu VIP yang hadir pada majlis tersebut ialah Datin Nafesah Raja Nong Chik, isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Hj. Nicholas Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre, Tuan Hj. Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM, Dato’ Dr Mustapa Ma, Presiden MACMA, Prof. Madya Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tuan Hj. Hassan Unir, YDP Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKTI), Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria, Timbalan Hidayah Centre, Dr. Yap Sin Tian, Pengerusi Dong Zong, Prof. Dr. Taufik Yap Yun Hin, Tokoh Pendakwah Saudara Baru, Muhd Zamri Vinoth, Pengerusi Skuad Mubaligh Nasional, dan Dr. Yunus Ma Zhengbin, Pensyarah UIAM.
Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Hj. Nicholas Sylvester Pengerusi Hidayah Centre dan Prof Dr Mohamed Hatta Sharom, Timbalan Presiden IKRAM. Seterusnya, Dato’ Mustapa Ma tidak ketinggalan dalam menyampaikan ucapan dan berkongsi tips iaitu “Terapi Ketawa” telah mencuit hati para tetamu yang hadir. Seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tuan Hj. Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Dakwah JAKIM.
Beberapa acara menarik telah berlangsung sepanjang majlis pada hari tersebut antaranya ialah ceramah tentang sambutan perayaan menurut perspektif Islam dalam Bahasa Mandarin yang disampaikan oleh Dr. Yunus Ma Zhengbin, Pensyarah UIAM. Seterusnya  pertandingan mewarna, pertandingan penulisan kaligrafi bahasa Cina, dan cabutan bertuah. Para tetamu dan jemputan dihiburkan dengan tarian naga yang dipersembahkan oleh pelatih dari Restoran Mohd. Chan. Tetamu VIP turut  menggaulkan Yee Sang dan mengagihkannya kepada tetamu yang hadir. Majlis juga diceriakan oleh Encik Hilmi Gimmik,seorang pelawak yang sangat fasih berbahasa Cina. Di akhir majlis acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan sumbangan ang pau kepada tetamu terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas.
Ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, sekalung penghargaan di atas kerjasama pihak penganjur dan pihak penaja kerana telah bersama sama menjayakan majlis sambutan Tahun Baru Cina 2013 ini. Semoga segala usaha dakwah yang murni ini sentiasa dipertingkatkan dan mendapat rahmat dan kemuliaan di sisiNya.
"Towards A Harmonious Society"
"Ke Arah Masyarakat  Yang Harmoni"
xiè-xie
Yee Sang boleh didapati di Malaysia kerana keunikkan kita sebagai rakyat Malaysia yang mencetuskan budaya  menyatupadukan rakyat.
Antara tetamu Non Muslim yang turut hadir pada hari tersebut.
Hj Mohd Chan Abdullah yang banyak memberikan sumbangan serta kerjasama dalam menjayakan majlis ini 
YBhg. Ustaz Hj Hashim bin Hj Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM turut hadir memeriahkan majlis ini..Xia Xia Ni ustaz...
Dua dari kiri : Datin Nafesah Raja Nong Chik, isteri Menteri Wilayah Persekutuan bersama VIP yang lain.
Antara tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut.
Ucapan aluan yang disampaikan oleh Hj. Nicholas Slyvester, Pengerusi Hidayah Centre.
 
 Ucapan aluan oleh Prof Dr Mohamed Hatta Sharom, Timbalan Presiden IKRAM
Ucapan oleh Dato Mustapa Ma, Presiden MACMA. Turut dikongsikan oleh beliau tips "Terapi Ketawa" bersama tetamu yang hadir.
"Terapi Ketawa" oleh Dato Mustapa Ma bersama para tetamu.
Ybhg. Ustaz Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM mewakili Dato' Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM menyampaikan ucapan perasmian pada hari tersebut.
Majlis ini di kendalikan oleh mahasisiwa/i dari Universiti Islam AntaraBangsa Malaysia dalam 3 versi bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Mandarin
Persembahan tarian naga yang disampaikan oleh pelatih Restoran Mohd Chan...sangat berani dan unik.
Yee Sang "Mega" bersama kuah dan madu
 Tetamu VIP bersiap sedia untuk menggaulkan Yee Sang
Kemeriahan Yee Sang.Pepatah Cina mengatakan"makin tinggi di angkat makin melimpah rezeki yang masuk..angkat tinggi tinggi ...!!!
Majlis diceriakan oleh Encik Hilmi Gimmik yang fasih berbahasa Mandarin, telah menghiburkan para tetamu yang hadir
Acara penyampaian cenderahati di akhir majlis.
Sekian...Memori Tahun Baru Cina 2013
Dari Unit Saudara Muslim & Komuniti Minoriti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan