Al-Quran tidak akan memberi dan mencurahkan isi perbendaharaannya
kecuali kepada orang yang datang bertumpu kepadanya dengan roh dan jiwa
ini: iaitu roh dan jiwa ma’rifat yang membuahkan amal dan tindakan.
Al-Quran datang bukan sebagai sebuah buku penglipur lara, bukan sebagai
sebuah buku sastera, juga bukan sebagai sebuah buku kesenian, sejarah
dan novel, malah ia datang untuk dijadikan panduan hidup, panduan Ilahi
yang tulen; dan Allah SWT sendiri telah merasmikan Al-Quran ini sebagai
garis pemisah di antara hak dan batil.
Firman Allah:
Maksudnya: Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur. [Al-Isra': 106].
Sehubungan itu, Kerajaan telah menjadikan Majlis Menghafaz Al-Quran
Peringkat Kebangsaan sebagai salah satu acara tahunan sebagai salah satu
wasilah untuk mendekatkan masyarakat Islam serta mencintai kitab suci
al-Quran seterusnya melahirkan generasi qurani.
Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas telah menjadi pilihan tempat
pengumpulan para peserta Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan
pada tahun ini iaitu seramai 72 orang dari empat belas negeri seluruh
Malaysia. Pulau Pinang merupakan negeri tuan rumah pada tahun 2013
selepas kali pertama menjadi tuan rumah iaitu pada tahun 2000. Majlis
Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama pihak kerajaan
negeri Pulau Pinang telah diadakan dengan jayanya berlangsung selama
lima hari iaitu bermula pada 4 hingga 8 Mac 2013 yang lalu bertempat di
Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Pembukaan Majlis
Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M telah
dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mansor bin Haji Othman, Ketua
Menteri (I), Pulau Pinang. Manakala Majlis Penutupan dan Penyampaian
Hadiah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.)
Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
dan YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff.
Ucapan penghargaan daripada Kerajaan Malaysia kepada Tabung Haji
kerana telah memberi kebenaran dan sumbangan terbesar untuk penyediaan
tempat dan lain-lain keperluan sepanjang majlis berlangsung. Penghargaan
juga diberikan kepada pihak RTM kerana telah memberikan ruangan sairan
langsung bagi Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah pada 8 Mac 2013
yang lalu yang julung kalinya diadakan siaran langsung selama 34 tahun
majlis ini diadakan.
Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-33
Tahun 1433H/2012M yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman
bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim merangkap Pengerusi Jemaah Hakim
secara keseluruhan adalah meningkat dengan catatan keputusan seperti
berikut:
KEPUTUSAN RASMI
MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 34 TAHUN 1433H / 2012M
KATEGORI 1 - 10 JUZUK (LELAKI)
A. (I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : UMAR BASYIR BIN MOHD NASIR
NEGERI : TERENGGANU
MARKAH : 96.91
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : AMZANIL SHAH BIN ARNIZAM SHAH
NEGERI : PAHANG
MARKAH : 97.25 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : MOHD AZIS BADLI BIN AZMI
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 98.23 %
B. KATEGORI 1 - 10 JUZUK (PEREMPUAN)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : RAUDDAH BINTI ABDUL RAZAK
NEGERI : KEDAH
MARKAH : 95.82 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : ASMA’ BINTI ABDULLAH
NEGERI : TERENGGANU
MARKAH : 96.16 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : HADFINA BINTI MUHAMMAD HARON HUSAINI
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 96.75 %
C. KATEGORI 1 - 20 JUZUK (LELAKI)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : MUHAMMAD NAAZIR BIN SHEIKH ALAUDEEN
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 96.70 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : MOHD HAFIZ BIN SOBRI
NEGERI : PERAK
MARKAH : 96.75 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : KHAIRUL AMIR BIN ZAHIDI
NEGERI : MELAKA
MARKAH : 98.08 %
D. KATEGORI 1 - 20 JUZUK (PEREMPUAN)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : AINUL MARDHIAH BINTI MD PAKHRURRAZI
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 92.73 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : SITI HAWA BINTI DZULKIFLI
NEGERI : PERAK
MARKAH : 92.81 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : NUR WASITAH BINTI AZMI
NEGERI : MELAKA
MARKAH : 93.43 %
E. KATEGORI 1 - 30 JUZUK (LELAKI)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : SUHAIL BIN JAMALUDIN
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 96.38 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : MUHAMMAD KHAIRUL RAZIKIN BIN ABDUL RAZAK
NEGERI : SABAH
MARKAH : 97.40 %
(iii) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : MUHAMMAD ISMAIL BIN HASSANUDDIN
NEGERI : PAHANG
MARKAH : 98.15 %
F. KATEGORI 1 - 30 JUZUK (PEREMPUAN)
(I) TEMPAT KETIGA:
NAMA : NURUL SYAABANIAH BINTI YAHYA
NEGERI : TERENGGANU
MARKAH : 89.70 %
(II) TEMPAT KEDUA:
NAMA : FARIHAH BINTI ZULKIFLI
NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
MARKAH : 90.11 %
(III) TEMPAT PERTAMA:
NAMA : FARAH NABILAH BINTI AMINDIN
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 94.20 %
Bagi para pemenang dan penerima saguhati akan menerima hadiah dan cenderamata seperti ketetapan berikut:
KATEGORI 1 HINGGA 30 JUZUK:
- Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00,piala iringan, pakej menunaikan haji, cenderemata dan sijil
- Naib Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM7,000.00,cenderamata dan sijil
- Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00,cenderamata dan sijil
- Saguhati : Hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00,cenderamata dan sijil
KATEGORI 1 HINGGA 20 JUZUK:
- Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM6,000.00,pakej menunaikan umrah, cenderemata dan sijil
- Naib Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM4,000.00,cenderamata dan sijil
- Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai sebanyak RM2,500.00,cenderamata dan sijil
- Saguhati : Hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00,cenderamata dan sijil
KATEGORI 1 HINGGA 10 JUZUK:
- Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM4,000.00,cenderemata dan sijil
- Naib Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00,cenderamata dan sijil
- Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00,cenderamata dan sijil
- Saguhati : Hadiah wang tunai sebanyak RM800.00,cenderamata dan sijil
Barisan VVIP yang hadir
Barisan Ketua-ketua Jabatan yang turut Hadir
Ucapan Alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ucapan Perasmian Penutupan oleh:
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas,
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Pengumuman Keputusan oleh YBhg Dato' Haji Othman bin Mustapha
merangkap Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 34
Sekitar majlis penyampaian Hadiah kepada Pemenang Lelaki dan Wanita yang telah disempurnakan oleh:
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
dan isteri YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff.
Bahagian Lelaki
Johan 1-30 Juz
Johan 1-20 Juz
Johan 1-10 Juz
Bahagian Wanita
Johan Kategori 1-30 Juz
Johan Kategori 1-20 Juz
Johan Kategori 1-10 Juz
Barisan Jemaah Hakim dan Urus Setia Jemaah Hakim
Pemenang 1-30 Juz
Fotografi: Encik Azlan Azray Bin Abd Rahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan