Agong kurnia surat lantikan penggal kelima YDP Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 20 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan
surat cara pelantikan kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr.
Abdul Rahman Abbas.
Ini merupakan lantikan untuk penggal kelima bagi Abdul Rahman, 75, berkuat kuasa 1 Mei ini hingga 30 April 2015.
Istiadat yang berlangsung di Istana Negara disaksikan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala
Batas, Pulau Pinang, Abdul Rahman mula dilantik sebagai Yang Dipertua
Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik
untuk memegang jawatan sama pada 1 Mei 2005, 1 Mei 2009 dan 1 Mei 2011.
Abdul Rahman yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional, berkahwin
dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurnia empat anak. - BERNAMA
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130321/dn_16/Agong-kurnia-surat-lantikan-penggal-kelima-YDP-Pulau-Pinang#ixzz2O8MeZQnj
© Utusan Melayu (M) Bhd
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maklumat dari blog:
http://syukury.blogspot.com/2010/12/biodata-i-ydp-negeri-pulau-pinang.html
Assalamualaikum.memandangkan saya dibesarkan di Pulau Pinang walaupun
dilahirkan di Negeri Sembilan,sudah sebati dan terbiasa dengan gaya
hidup orang utara.Jadi tak lengkap kiranya saya tidak berkongsi tentang
pemimpin di Negeri Pulau Pinang.Tidak seperti 9 negeri lain,'Raja' bagi
negeri pulau pinang disandang oleh Yang Di-Pertua Negeri atau Tuan Yang
Terutama(TYT) dan kalau dulu dikenali sebagai Gabenor.
Penyandang sekarang ialah Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas
|
TYT TUN DATO' SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N., |
YDP Negeri Pulau Pinang
TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji
Abdul Rahman bin Haji Abbas dilahirkan pada subuh hari Jumaat 15 April
1938 di Permatang Rambai, Kepala Batas, daripada pasangan Haji Abbas
bin Haji Abdul Rahman dengan Hajjah Jamilah binti Ubaid. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Sintok, Kepala Batas mulai
1946 sehingga 1953. TYT Tun Dato' Seri memasuki Maktab Perguruan Sultan
Idris Tanjung Malim dari tahun 1955 hingga 1958. Seterusnya dari tahun
1960 hingga 1962, mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan
Bahasa Kuala Lumpur. TYT Tun Dato' Seri telah memulakan kerjaya sebagai
pendidik mulai 1963 sehingga ke tahun 1970, di Bukit Mertajam High
School dan Sekolah Menengah Seri Muda Penaga. Tuan Yang Terutama
berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dari tahun 1970
hingga 1973 selama 3 tahun. Setelah menamatkan pengajian dengan
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, meneruskan
kerjaya sebagai pendidik di samping melibatkan diri dalam bidang
politik. Jawatan terakhir TYT Tun Dato' Seri dalam bidang pendidikan
adalah sebagai Penolong Kanan di Sekolah Menengah Seri Muda Penaga.
Karier politik TYT Tun Dato' Seri
bermula pada 16 Jun 1977, apabila terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Bertam, berikutan kembalinya Allahyarham Y .B. Dato' Haji
Ahmad Badawi bin Haji Abdullah ke rahmatullah. Selanjutnya pada 8
Julai 1978, dalam pilihanraya umum yang diadakan, TYT Tun Dato' Seri
telah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam,
diikuti dengan tiga penggal pilihanraya umum berikutnya iaitu
pilihanraya tahun 1982, 1986 dan 1990.
TYT
Tun Dato' Seri telah diberi kepercayaan menjawat jawatan Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepanjang penglibatan beliau
dalam bidang politik iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan akhirnya sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan sebelum dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan
Negeri Pulau Pinang dari 3 Disember 1990 hingga 5 April1995.
Isteri YDP Negeri Pulau Pinang
|
YABHG. TOH PUAN DATO' SERI UTAMA HAJAH MAJIMOR BINTI SHARIFF (DUPN) |
YABhg.
Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff dilahirkan
pada tanggal 2 Disember 1942 di Alor Setar, Kedah. Ibu-bapa YABhg. Toh
Puan bernama Tuan Haji Shariff bin Adamsa dan Puan Hajjah Wan Majmin
bt. Hashim.
Pendidikan awal YABhg. Toh Puan bermula di Sekolah St. Nicholas
Convent, Alor Setar, Kedah. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di
Sekolah St. Theresa Sungai Petani. Setelah menamatkan pendidikan di
peringkat sekolah, YABhg. Toh Puan berjaya memperolehi Sijil Pendidikan
dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka. Kemudian YABhg. Toh
Puan berjaya menjalani kursus Bahasa Inggeris di Maktab Perguruan
Bahasa, Kuala Lumpur.
YABhg. Toh Puan telah memulakan kerjayanya sebagai seorang
pendidik mulai tahun 1964 sehingga tahun 1989 iaitu selama 25 tahun.
YABhg. Toh Puan telah mendirikan rumahtangga dengan T.Y.T. Tun Dato'
Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua
Negeri Pulau Pinang dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata. Di
antara hobi-hobi YABhg. Toh Puan ialah bermain badminton, bola jaring,
membaca buku, memasak dan melancong. Pada
14 Julai 2007, YABhg. Toh Puan dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan
Negeri (D.U.P.N.) oleh T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Istana Negeri Seri Mutiara
Tempat tinggal rasmi TYT negeri Pulau
Pinang dikenali sebagai "Seri Mutiara". Terletak sepanjang Jalan Utama,
dibina pada tahun 1890, dengan kos sebanyak $81.173.00. Kediaman ini
dibina atas arahan Mayor H. E. McCullum untuk kegunaan Residen
Inggeris, yang berkhidmat di Pulau Pinang. Seri Mutiara atau dikenali
sebagai "Residency" mula diduduki oleh Mr A. M. Skinner, yang juga
merupakan Residen ke-enam Pulau Pinang. "Residency" berfungsi sebagai
tempat tinggal rasmi untuk pemerintah Inggeris di Pulau Pinang sehingga
Merdeka. Gabenor Melayu yang pertama mendiami "Residency" adalah Raja
Y. A. M. Tun Uda Raja Muhammad. "Residency" kemudiannya telah
ditukarkan nama dan dikenali sebagai "Seri Mutiara".
PERANAN TYT TUN DATO' SERI UTAMA
1. Memanggil dan membubarkan Dewan Undangan Negeri
2. Melantik Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
3. Memperkenankan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
4. Memperkenan dan meluluskan persaraan Pegawai-pegawai Negeri dan juga Kertas-kertas
Ganjaran atau Pencen
5. Mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang
6. Mengampunkan kesalahan-kesalahan jenayah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan