Kehadiran Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang memeriahkan lagi jamuan kali ini. Turut Kelihatan Dato' Yusuff Tayyob Saudagar Tamar yang terkenal dan yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Tn Hj Ellias b Zakaria.
Ada sesuatu yang sedang diperkatakan oleh Tuan Yang Terutama hingga Tn Hj Yusuf b Ahmad Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang tersenyum
Timbalan Imam Besar sedang melayani tetamu yang hadir iaitu terdiri dari Penolong Pendaftar Nikah Negeri Pulau Pinang
Majlis pada 15 september itu dihadiri oleh KPP dan PTA. Kelihatan Us Ayob dan Us Syafie sedang menikmati juadah yang disediakan
Kebetulan ada kelas tafaqquh fiddin bersama Dato' Seri Hj Hassan Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Muslimat sedang menikmati hidangan hari raya yang beaneka rupa serta lazat
Tuan Yang Terutama sedang memperkatakan tentang penempatan Guru Takmir di Masjid Permatang Rambai Daerah Seberang Perai Utara yang merupakan kampung halaman Tuan Yang Terutama kepada Tuan Hj Muhd Imran b Ibrahim Penolong Pengarah Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Beliau berharap penempatan Tn Hj Syed Mahyuddin yang merupakan guru takmir dapat disegerakan penempatannya dimasjid tersebut.
"Alhamdulillah!" Begitulah kata Tuan Yang Terutama dengan perasaan gembira kepada hadirin setelah Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP menyatakan bahawa tindakan segera akan diambil untuk penempatan guru takmir tersebut insyaAllah.
Keberangkatan Pulang Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan