Selasa, 20 September 2011

JAMUAN HARI RAYA KUARTERS KAKITANGAN KERAJAAN ROSE AVENUE PULAU PINANG 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Tanahair yang ke 54 diraikan oleh Kakitangan Kuarters Kerajaan Rose Avenue (Lebuhraya Rose) dengan meriah dan dihadiri oleh pelbagai kaum. Majlis diadakan pada 8 Syawal bersamaan 6 September 2011


Ruang solat Surau al Ehsan yang boleh menempatkan 50 orang jemaah dalam satu-satu masa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan




Kakitangan kerajaan pelbagai jawatan dan pangkat bersama-sama bergotong royong dan memasak menyediakan juadah untuk jamuan kali ini



Pengerusi Surau al Ehsan Tn Hj Yusuf beramah mesra dengan pasangan dari Jepun yang turut hadir memeriahkan Jamuan Aidilfitri Rose Avenue kali ini. Mr Tan merupakan rakan Malletgolf yang membawa mereka menikmati suasana sambutan hari raya oleh kakitangan kerajaan

Hidangan yang simple dan cukup menjamu hadirin yang hadir. Tidak ketinggalan lemang dan rendang juadah tradisional dan Nasi Tomato turut disediakan.

Jiran yang berbangsa India turut gembira dijemput menghadiri jamuan kali ini, Kelihatan Jurutera Daerah Timur laut, Tn Hj Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi surau Al Ehsan sedang melayan dan beramah mesra dengan mereka.

Kanak-kanak adalah mereka yang paling gembira dan bersuka ria pada malam itu


Kuih muih tradisional dan moden dihidang untuk tetamu yang datang. Tetamu dari Jepun begitu teruja dan  meminati dodol yang rasanya begitu unik.

Rakan berbangsa Cina turut hadir bagi memeriahkan sambutan aidilfitri dan hubungan mahabbah antara kaum serta agama dapat disemai dengan majlis yang seperti ini.

Hadirin sedang menjamu selera. Kelihatan Us Fauzi Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya

Pengarah Jabatan Kerja Raya juga turut hadir pada malam itu


 
Bergambar kenang-kenang bersama tetamu yang hadir. (tidak ada dalam gambar Pesuruhjaya Tinggi Konsulat Indonesia yang turut hadir bersama isteri). Malletgolf club.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan