Khamis, 8 September 2011

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN X
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

118. (1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, yang hendaklah terdiri daripada-

(a) Mufti, sebagai Pengerusi; dan
(b) tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.

        (2) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.

        (3) Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa aspek tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.


Kesalahan mengajar agama Islam atau apa-apa aspek tentang agama Islam tanpa tauliah.

119. (1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau apa-apa aspek tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenajarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun berturut atau kedua-duanya.



ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004 (muka surat 115)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan