Selasa, 24 Mei 2011

NAMA-NAMA SYURGA DAN NI'MATNYA

 -GAMBAR HIASAN-

Balasan kepada orang yang beriman yang berjaya melakukan amal soleh di dunia ialah syurga.

SURAH AN NISA' AYAT 124.

Maksudnya:  Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, Maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.

Syurga (al jannah) ialah tempat kediaman bagi orang yang beriman yang beramal soleh. Al Quran menyebut nama itu untuk orang yang beriman. Nama-nama yang lain yang sama ertinya dengan syurga atau al jannah ialah:
-Dar as Salam
-Dar al Khuluud
-Dar al Maqaamah
-Dar al Ma'wa
-Jannatu 'Adnin
-Al Hayawaan
-Jannaatu an Na'eim
-Al maqaamu al Aamin

Jadi, syurga ialah negeri atau tempat yang diuntukkan kepada orang-orang beriman yang beramal soleh,  
yang bertaqwa, 
yang jujur, 
yang berbakti, 
yang menunai janji, 
yang berjihad, 
yang bertaubat, 
yang menyuruh dengan yang baik, yang melarang dari yang jahat.

Al Quran telah menerangkan kepada kita segala macam ni'mat yang akan diberikan kepada orang-orang yang didalam syurga. Didalam syurga menurut al Quran ada sungai-sungai, ada pokok-pokok dan buah-buahan, ada makanan serta minuman, ada pakaian dan perhiasan dan rumah dan bilik-biliknya. Ada wanita-wanita syurga dan bidadarinya. Akhirnya ada kehormatan istimewa yang diuntukkan kepada mereka, iaitu : 
(liqa' Allah)-pertemuan dengan Allah
(Ru'yatullah)-Melihat Allah
(Ridhwanullah)-keridhaan Allah dan inilah yang paling besar dari segala ni'mat.*

Surah Muhammad ayat 15:

Maksudnya:  (apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada beubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak beubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam Jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?


*Rujuk surah Muhammad, al Baqarah,  al Insan, Az Zukhruf, al Kahfi, at  Taubah, ad Dukkhan, ar Rahman, al Khafi, al Qiyamah dan at Taubah.


RUJUKAN HADITH 40-USTAZ MUSTAFA ABDUL RAHMAN 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan