Ahad, 15 Mei 2011

Israel Sambut 63 Tahun Kelahirannya Dengan Penuh Gementar

 RUJUKAN.........



Sambutan 63 Tahun kelahiran Israel


Hari Ahad ini, 15 hb Mei 2011 adalah tahun ke 63 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.
Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.

1-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan perkembangan di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan Hamas-Fatah dan fraksi Palestin yang lain.
2-Tumbangnya Mubarak dan persetujuan Kerajaan Semestara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara kekal.
3-Kesediaan barisan pemuda di Bumi Anbiya melancarkan Intiadah ke 3 dengan pempuran yang lebih dahsyat.
4-Berkurangannya kedatangan pendatang Yahudi ke Palestin. malahan lebih 700 ribu Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 9 tahun yan lalu
5-Generasi muda Israel tidak beriman dan tidak berminat denan agenda Zionis apatah lagi berjuang untuknya.
6-Pertambahan penduduk Palestin di Gaza, West Bank & Palestine-1948 jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi. Ini merupakan projek bom demografi yang menakutkan zionis untuk angka masa panjang
7-Ekonomi Israel semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini.
8-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Dan sebenarnya banyak lagi petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis bakal berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini. Pastikan bahawa anda tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.
Kita berjumpa di Al Aqsa nanti







Nakbah Palestin: Sejarah Yang Dipinggirkan. PDF

Nakbah Palestin: Sejarah Yang Dipinggirkan.


15 Mei 1948 genap 60 tahun tanah suci Palestin dijajah secara haram dan dirampas secara bacul oleh puak pelampau rejim Yahudi Zionis. Lebih biadap lagi perayaan 60 tahun penjajahan ke atas tanah milik ummat Islam Palestin disambut dengan perasaan bangga dan gembira seolah kemenangan itu adalah milik mutlak mereka sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya pendatang tanpa izin di negara Palestin. Presiden Bush orang yang dilihat paling gembira di atas penjajahan ini malah menyatakan kebanggaannya bekerjasama dengan suatu kuasa yang kuat - Zionis-.[1]

Bagi ummat Islam khususnya penduduk Palestin ianya merupakan suatu malapetaka besar malah cukup memberi kesan yang mendalam di dalam diri mereka. Ummat Islam seluruh dunia juga merasakan kepedihan dan kesedihan ini. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun sejarah tentang rampasan negara yang berlaku di Palestin semakin dipinggirkan oleh generasi mutakhir ini. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-10;
 

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون

Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.[2]

Disebut di dalam satu hadis yang berbunyi;
 
وعن أبي موسى رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا. وشبك بين أصابعه

Maksudnya: Daripada Abi Musa RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu binaan yang menguatkan setengah dengan setengah yang lain. Dan baginda menyatukan jari jemarinya.[3]

Golongan muda lebih seronok menghadiri program Jom Heboh! daripada menghadiri ceramah agama dan solat jemaah di masjid. Akademi Fantasia lebih penting berbanding daripada penderitaan saudara mereka di sana. Cerita-cerita tentang dunia hiburan menjadi topik utama perbualan berbanding cerita-cerita berkaitan dengan ummat Islam diseluruh dunia khususnya Palestin.

Bagi mereka Palestin seakan-akan tidak pernah wujud kerana perubahan peta dunia yang menyebut tanah Palestin sebagai negara haram Israel. Israel lebih dikenali berbanding Palestin sedangkan bumi suci itu pernah mencatatkan sejarah perjalanan manusia agung daripada Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj sepertimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya;
 
سبحان الذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الذى باركنا حوله لنريه من ءاياتنا إنه هو السميع البصير

Maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[4]

Pencerobohan yang dilakukan oleh pendatang Yahudi ke negara Palestin adalah hasil bantuan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan British sehinggalah tertubuhnya negara haram Israel seperti yang ada pada hari ini.[5] Malangnya, sejarah ini semakin dipinggirkan kerana terlalu alpa dengan kesibukan dunia dan pencarian harta yang sementara.

Dr. Yusof Al-Qaradawi: Malapetaka yang menimpa Palestin adalah malapetaka ummat Islam seluruhnya!!![6]

Syeikh Allamah Dr. Yusof Al-Qaradawi menyatakan di dalam khutbahnya di Masjid Umar Bin Al-Khattab bertempat di Doha bahawa yahudi tidak mempunyai kepentingan dari sudut agama dan sejarah di bumi Palestin dan Malapetaka yang menimpa Palestin adalah malapetaka ummat Islam seluruhnya.

Beliau menambah lagi, apakah malapetaka yang lebih besar selain daripada malapetaka kehilangan negara dan tempat tinggal? Al-Quran juga menyebutkan tentang pengusiran keluar daripada negara sendiri dengan perintah membunuh diri di dalam firman-Nya;
 
ولو أنا كتبنا أن اقتلوا أنفسكم أو اخرجوا من دياركم ما فعلوه إلا قليل منهم

Maksudnya: Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka.[7]

Dan Al-Quran menjadikan ianya sebab manusia sanggup berperang untuk mengambil kembali negaranya seperti yang di sebutkan di dalam Al-Quran;

 
وما لنا ألا نقاتل فى سبيل الله وقد أخرجنا من ديارنا

Maksudnya: Mengapa pula Kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang Kami telah diusir dari kampung halaman kami.[8]

Malah beliau menyatakan di dalam khutbahnya kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran. Sebenarnya kemenangan dan kebongkakan yang mereka (Yahudi-Zionis) kecapi ini adalah disebabkan oleh kelemahan umat Islam sendiri. Memetik kenyataan yang di buat oleh Presiden Mesir, Husni Mubarak apabila ditanyakan tentang keadaan Palestin, dengan tanpa rasa malu beliau menjawab, "Saya Presiden Mesir, bukannya Presiden Palestin."


Dalam perkara ini, Rasulullah pernah menyebutkan di dalam sebuah hadis yang berbunyi;

 
وعن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مثل المؤمنين فى توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد، إذا شتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى

Maksudnya: Daripada Nukman Bin Basyir R. Anhuma telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Perumpamaan orang mukmin di dalam kasih sayang, belas kasihan dan pertolongan mereka seumpama sebuah jasad, apabila salah satu anggota merasa sakit maka seluruhnya akan merasakan kesakitannya.[9]

Kelemahan Ummat Islam.
Dr. Yusof Al-Qaradawi menyebutkan kemenangan dapat di raih oleh ummat Islam dengan satu faktor sahaja iaitu kesatuan.[10] Allah berfirman;

 
إن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.[11]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan