Ketika kebanyakan negeri di Malaysia berada dalam keadaan panas terik dan jerebu, Alhamdulillah di Pulau Pinang sudah 3 hari hujan.
Kategori : AKIDAH Akhlak |
Tajuk : |
Rahmat Atau Laknat |
Hadith : |
Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita:”Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah saw sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah:”Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa.” Jawab baginda,:”Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat.” (Muslim) |
|
Hadis Zaid bin Khalid Al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang bersama kami di Hudaibiah, selepas hujan turun pada malam tersebut. Setelah selesai sembahyang, baginda menghadap kepada kaum Muslimin, lalu bersabda: Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu? Para kaum Muslimin menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, lalu baginda bersabda: Allah berfirman: Di antara hamba-hambaKu, ada yang beriman kepadaKu dan ada yang kafir. Maka sesiapa yang menyatakan: Kita dituruni hujan dengan anugerah dan rahmat Allah, orang itu beriman kepadaKu dan tidak beriman terhadap bintang-bintang. Sebaliknya orang yang berkata: Kita dituruni hujan oleh bintang ini atau bintang itu, maka orang tersebut kafir terhadapKu dan beriman kepada bintang-bintang
Jerebu: IPU di Tg. Malim tidak sihat
|
|
KUALA LUMPUR 11 Mei - Jerebu kembali melanda negara dengan Indeks Pencemaran Udara di Tanjung Malim, Perak mencapai tahap tidak sihat hari ini apabila mencatat bacaan 109 manakala IPU di 27 kawasan mencatatkan bacaan sederhana iaitu antara 51 hingga 100.
Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 5 petang ini antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana adalah Pelabuhan Klang iaitu 97, Nilai (86), Banting (82) dan Muar (80).
Kualiti udara di ibu negara dan Cheras juga berada di tahap sederhana iaitu masing-masing 69 diikuti Putrajaya 67.
Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan yang mencatat IPU sederhana adalah Bintulu iaitu 72, Tawau (52).
RUJUKAN.............
1,952 pelatih jalani kawad minum air
KUALA LUMPUR 11 Mei – Cuaca panas yang melanda ibu negara memaksa Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini memperkenalkan kawad minum air sebagai selingan dalam disiplin kawad harian.Pengenalan kawad minum air itu juga merupakan nasihat daripada Kementerian Kesihatan berikutan serangan virus Adeno yang melanda Pulapol, baru-baru ini.
Komandan Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, kawad minum air itu merupakan latihan yang dikenakan kepada 1,952 pelatih di pusat tersebut.
“Ketika ini kumpulan pertama yang menjalankan kawad minum air terdiri daripada 994 pelatih inspektor. Kesemua mereka diwajibkan membawa sebotol air masak untuk diminum sehingga habis ketika kawad pada sesi pagi dan petang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan turut menggalakkan pelatih meminum lebih banyak air masak bagi memastikan serangan virus Adeno tidak berulang.
RUJUKAN...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan