Isnin, 10 Mei 2010

SOLAT MENGIRINGI TUAN YANG TERUTAMA DI MASJID NEGERI PULAU PINANG

        7 Mei 2010. Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman b Hj Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang berkenan untuk solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang hari ini setelah keluar daripada hospital bagi mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan beliau. Kesihatan beliau yang semakin pulih dan suluruh rakyat Pulau Pinang mendoakan Tuan Yang Terutama sentiasa sehat walafiat sejahtera disamping keluarga dan dapat memberi bakti kepada Negeri Pulau Mutiara. Berita beliau dimasukkan ke hospital boleh dirujuk disini: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Bersempena dengan Sambutan Hari Anggota Bomba pada 9 Mei 2010 maka khutbah hari ini mengenai Kebombaan dan Orang Ramai disampaikan oleh Ustaz Tajuddin al Hafiz.



Solat mengiringi Tuan Yang Terutama kelihatan ialah Ustaz Rashid orang kuat PMS, Penolong Pengarah Takmir (memberikan tazkirah Jumaat hari ini) dan Us Zulkhairy Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang


Ustaz Tajuddin al Hafiz merupakan khatib dan imam solat Jumaat hari ini bersama Ustaz Syed Mahyiddin Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Timur Laut(memakai serban)


Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman b Hj Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang sedang solat sunat



Turut hadir Speaker Dewan Negeri Pulau Pinang (bercermin mata) dan Pegawai Daerah Timur Laut


Antara yang turut hadir


Tuan Yang Terutama bersama Tn Hj Sazali b Hj Hussein Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang semasa keberangkatan pulang.


Barisan anggota bomba bersedia menunggu keberangkatan pulan Tun


Orang kuat bomba Pulau Pinang sedang memperkatakan sesuatu kepada Tun


Tun mungkin memperkatakan tentang Hari Bomba dan khutbah yang telah dibacakan tadi. Turut kelihatan di belakang Pegawai Bomba ialah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Barisan pegawai bomba yang menunggu untuk bersalam dengan Tuan Yang Terutama. bomba turut menyediakan tempat pameran bagi jemaah dan orang ramai di perkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang


Tun beramah mesra dengan kakitangan bomba Pulau Pinang


Timbalan Imam Besar yang bekerja keras dalam Program Solat Jumaat Tuan Yang Terutama di Masjid Negeri


Keberangkatan pulang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman b Hj Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang


Polis Pengiring yang telah bersiap sedia


Anggota RELA Air Itam yang terdiri dari kaum Cina turut bekerjasama dan  bertanggungjawab atas keselamatan Masjid Negeri semasa jemaah solat Jumaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan