Bahasa adalah alat untuk mencapai maksud sesuatu. Learning through observation (pembelajaran melalui pemerhatian)sering digalakkan dalam Islam hingga disebut Allah dalam kalam suciNya berulang kali. Sesungguhnya perbuatan itu dikira dengan niatnya(maksud dalam satu hadith yang masyhur).
Dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini pihak JAKIM sangat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada JPA atas peluang yang diberikan kepada peserta Muslim College. Kursus ini dianugerahkan ketika situasi jabatan-jabatan dipotong peruntukannya. Pada mulanya pihak JAKIM berpendapat akan mendapat berita program ini ditangguhkan dari pihak JPA untuk sementara waktu (kerana sebelum ini pun ada beberapa kali program ini ditangguhkan). Namun mereka memberi peluang kepada kita untuk ke London dengan syarat hanya 2 bulan sahaja. Alhamdulillah dalam suasana ekonomi seperti ini Allah telah memilih tuan puan untuk ke London bagi menimba ilmu dan mencari pengalaman.
Tahniah kepada pegawai-pegawai yang terpilih mengikuti kursus di Muslim College. Kebanyakan peserta adalah pegawai-pegawai yang baru dilantik namun telah diberi peluang yang perlu digunakan oleh mereka dengan sebaik mungkin. Peserta tidak ada alasan untuk tidak menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh pihak Muslim College khasnya dan Kedutaan serta MSD amnya. Jaga imej JAKIM dan organisasi Islam dan generasi terdahulu yang pernah menyertai kursus ini. (pada mulanya 6 bulan kemudian dikurangkan kepada 3 bulan. Sekarang 2 bulan sahaja).
5 perkara yang menjadi harapan Dato' Ketua Pengarah:
1-Bacaan Doa dan Khutbah-Doa dalam Bahasa Inggeris dan kadangkala khutbah jika mendapat jemputan jabatan tertentu. Peserta perlu menanam azam dan keyakinan apabila pulang nanti berkeupayaan untuk memenuhi jemputan ini.
2-Program-program untuk Saudara Baru yang kadangkala ada muallaf yang baru memeluk Islam tidak memahami Bahasa Melayu. Ada istilah khas dan glosari tertentu untuk menerangkan maksud-maksud apa itu Islam agar mereka memahami dengan mudah.
3-Memahami apa itu interfaiht dialouge. Malaysia memerlukan mereka yang memahami bagaimana untuk membentuk keamanan dan kefahaman yang lebih baik kepada mereka yang non muslim dalam menerima Islam sebagai cara hidup. Lawatan ke gereja, tempat ibadat Yahudi dan kuil Sikh akan membolehkan perbincangan yang lebih tenang dan selesa tentang perbandingan agama.
4-Persidangan di Singapura tentang Islam. Kertas Kerja dan penyampainya perlu dikemukakan oleh orang JAKIM sendiri untuk memperlihatkan kepada masyarakat dunia tentang Islam agama yang universal. Kini kebanyakannya adalah jemputan JAKIM kepada pensyarah-pensyarah universiti tempatan untuk menyampaikan kertas kerja tersebut.
5-JAKIM kekurangan orang untuk dihantar bagi proses siasatan halal ke luar negara. Oleh itu peserta yang sudah mengikuti kursus ini perlu mengambil kursus seminggu untuk pentauliahan halal di ILIM untuk memenuhi keperluan ini.
Orang British mempunyai bahasa diplomasi atau dalam budaya Arab di sebut Mujamalah seperti contoh "If you don't mind can you see me tonight"?peserta digalakkan agar menonton siaran yang bercorak talk show atau dialog. London juga mempunyai siaran telivisyen Islamnya yang tersendiri (jika berkesempatan peserta kursus boleh mengunjungi stesyen tv tersebut) jika nak dibandingkan dengan kita yang baru mempunyai siaran radio IKIM.fm. InsyaAllah sebulan dua lagi kita akan mempunyai siaran bercorak Islam. Terdapat ceramah-ceramah yang baik dan alangkah bagus jika ianya dapat dirakamkan.
Peserta perlu mencari dan mengumpul bahan-bahan yang sukar di dapati di Malaysia seperti kamus terbaru, majalah-majalah, buku mengenai Islam dan yang utama berkaitan dengan remaja dan kanak-kanak. Cari masa untuk melepak di kedai buku dan jangan lupa pergi ke British Library. Cari peta kawasan menarik dan kaji sejarah mengenai London dan Britain. Rajin keluar dan jangan hanya tidur di hostel dan minum teh.
Peserta perlu membuat kunjungan hormat ke kedutaan Malaysia, MSD, Mufti London (dengarnya sudah wujud jawatan tersebut), Islamic Culture Council(Dato' KP pernah menjadi anggotanya semasa bertugas di London dahulu), Islamic Council of Europe dan melawat masjid-masjid disekitar London terutama masjid yang dahulunya gereja (untuk menjadi renungan dan peringatan kepada umat Islam).
Bagi peserta lelaki mereka diharapkan agar memberi sokongan kepada program MSD dan Kedutaan di sana. Jika ada jemputan ceramah atau khutbah di Malaysian Hall dan lain-lain tempat jangan hampakan mereka. Bergerak dalam jemaah dengan konsep "orang muda menjaga orang tua". Tn Hj Othman (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM) dilantik sebagai penghulu rombongan kali ini.
Bagi laporan yang bertugas dengan JAKIM perlu menghantarnya kepada Dato' Ketua Pengarah dan untuk negeri perlu memberikannya kepada Pengarah negeri masing-masing. Format laporan adalah seperti laporan peserta kursus ke Darul Ifta' Mesir kerana laporan itu mementing isi kandungan kelas pengajian dan perjumpaan bukannya laporan kegiatan harian sahaja.
Di doakan semoga tuan-tuan selamat pergi ke Muslim College London dan pulang dengan selamatnya di tanahair. Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan