Peserta ceria untuk pergi ke Muslim College
Antara peserta Kursus Intensif Bahasa Inggeris yang akan berangkat ke London pada 5 Jun 2010
Pengarah ILIM, Tn Hj Paimuzi turut hadir dalam perjumpaan ini.
Acara bermula dengan jamuan teh
Penolong Pengarah Takmir Pulau Pinang yang juga peserta kursus menjadi pengerusi majlis pada majlis tersebut.
Yang Berbahagia Dato' Hj Wan Mohamad b Dato' Sheik Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM sedang menyampaikan amanat kepada peserta Muslim College
Banyak kata-kata perangsang dan semangat yang dilontarkan oleh Yang Berbahagia Dato' kepada peserta kursus dengan pengalaman beliau di London sebagai panduang kepada kami. Terima kasih Dato'.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM Tn Hj Othman akan mengetuai delegasi pelajar ke Muslim Collage. Turut serta Pn Hjh Pauzaiyah, Pengarah Latihan JAKIM.
"Jadilah orang yang suka mencari ilmu dan menambah pengalaman. Di tempat orang ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi"
19 MEI 2010. Satu perjumpaan ringkas antara Yang Berbahagia Dato' Hj Wan Mohamad b Dato' Sheik Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM dengan peserta Muslim College London yang akan berangkat pada 5 Jun 2010. Perjumpaan ini di adakan di ILIM sarat dengan pesanan dan harapan daripada Ketua Pengarah JAKIM kepada peserta kursus.
Salam Ustaz...jauhnya kursus bahasa ingeris....
BalasPadamSalam Ustaz, nak tanya sikit.. adakah benar bahawa tanda org munafik itu adalah sukar untuk bangun solat subuh? Kalau malas bangun, kita boleh kata "YA".. Tapi kalau sukar disebabkan tidur dan xsedar sudah masuk waktu..
BalasPadamSebab saya ada cerita pada ustaz di office, yg saya beberapa hari ni sukar nak dapat solat subuh secara berjemaah di surau.. Subuh pkl 5.40 am, tapi saya bangun lewat sikit.. Dan kalau saya pergi ke surau, rasanya jemaah sudah baca wirid @ doa.. Jadi saya hanya solat subuh di rumah sendirian..
Kata ustaz di office, antara sifat org munafik adalah sukar untuk solat subuh dan isya'.. Cumanya saya xsempat nak tanya dengan lebih lanjut berkenaan perkara tersebut.. Masalah saya ni, lebih kepada solat subuh.. Solat yang lain, Insya-Allah xda masalah..
www.ukhwah.com/print.php?sid=383
Atau tanda org munafik itu adalah sukar untuk solat subuh @ isya'.. Maksudnya nak solat sendirian pun malas.. kalau solat subuh pun, pukul 7 am..
Rasulullah SAW bersabda:
اِذَا رَاَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوْا لَهُ باِلإِيْمَانِ.
Apabila kamu sekalian melihat seseorang biasa ke masjid, maka saksikanlah bahwa ia benar-benar beriman (HR. Tirmidzi dari Abu Sa’id Al Khudri).
Risau juga kalau2 "iman" semakin hari semakin berkurang.. Takut juga kalau2 ada membuat perkara yang diluar sedar..
Hadits riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
BalasPadamRasulullah saw. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia memungkiri dan apabila dipercayai ia berkhianat
yang lain-lain kurang diketahui.mungkin ya mungkin tidak.Adapun solat itu berkaitan dengan iman. Iman kadangkala naik dan kadangkala menurun. wallahualam