Isnin, 3 Mei 2010

MONOLOG-KEPENATAN ITU

IA HAMBA
AKU HAMBA
MEREKA HAMBA

HINGGA KE HUJUNG NYAWA
TIDAK BISAKAH KITA MELANGKAH
KE SATU TEMPAT YANG TINGGI
MENYAKSIKAN SATU KEMENANGAN
YANG DI GALI DARI BAWAH

NAMUN KEJARAN ITU TERBENAM
DALAM KALIS JIWA YANG LEMAH
BERSAMA NADI YANG DI MAMAH
BELITAN NAFSU DAN
JERITAN KALAH

DUHAI KENAPA KITA TIDAK PANTAS BERLARI
BERSAMA RASUL-RASUL DAN PARA NABI
DALAM MENEGAKKAN KEHIDUPAN INI
PERJALANAN MEMANUSIAKAN MANUSIAWI

BILA KEPENATAN ITU TELAH MENCENGKAM KUAT
RONGGA-RONGGA PERNAFASAN DAN LIANG JASAD
DIRI MENJADI BUNGKAM
TIDAK MAHU
MENGENAL MANA BATU  MANA MANIKAM
MANA KACA MANA NILAM

AKHIRNYA PASRAH
DIRI MEREPUT DI MAKAN ANAI-ANAI USIA
TERJELEPUK KE BUMI DI HINA LANGIT
BILA UNSUR PENAT INI DI SEDUT OLEH
TOK-TOK AGAMA
DIRI MENJADI SEHANGIT API YANG DI TANAK
TERLEBIH API MENCUCUH PERIUK UMAT

MARI KITA MUHASABAH
AGAR DIRI DAN AGAMA TIDAK
DISAMBAR OLEH BURUNG HERENG YANG
KEMARUK DAGING SEGAR DAN MENTAH
YANG TIADA ISTILAH KEPENATAN OLEHNYA
KITA YANG PENAT DIKEJAR OLEHNYA

ATAS NAMA AGAMA
MARILAH BERGANDINGAN
AGAR UMAT INI DICEMERLANGKAN
DEMI MASA !


3 Serangkai. Pulau Pinang, Perak dan Perlis. Mantopun 'Alaihim. Kedah hantar wakil PPMD kerana mereka menunaikan umrah.


Kepenatan terbayar kerana program telah berjaya. Terima kasih Bro Lim Joi Soon


Masalah la syiekh!...tak boleh...kenapa jadi macam tu..?Hebat perbincangan mereka 2 orang nie


Guru Takmir Cemerlang Ustaz Wahab diapit oleh Imam Utama Masjid SPT dan guru Takmir Pak Long


Antara orang kuat yang menjayakan Ijtimak kali ini. Syukran jazilan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa.


Us Ku Anuar PPMD Cemerlang Pulau Pinang (dibelakang)


Ayahanda Prof Dr Aziz sedang menulis sesuatu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan