Selasa, 12 April 2011

KISAH BUAH APEL



KISAH BUAH EPAL

Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh. Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.



Tiba-tiba terdetik di hatinya, “Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.”



Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menelusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Si pemuda bertemu dengan tuan kebun untuk meminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izin tersebut. Tuan kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas mengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun epal tersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah dimakannya. Walaupun berat untuk menunaikannya namun kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.



Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan iaitu pemuda tersebut dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya yang dikhabarkan adalah buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namun dia tetap bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.



Tibalah saat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabila bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya. Si pemuda lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik.



Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang mebawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat.



Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitulah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

Wallahu A’lam.

Isnin, 11 April 2011

WASIAT LUQMANUL HAKIM PANDUAN DIDIK ANAK

Tiga asas agama; aqidah, syariah dan akhlak jadi teras enam wasiat Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya.






Firman Allah SWT di dalam surah Luqman, ayat 13 – 19 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur, lagi membanggakan diri. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".



Enam wasiat Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya melalui maksud ayat di atas adalah panduan utama kepada umat Islam dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat. Wasiat-wasiat tersebut ialah:



1. Menjauhi Perbuatan Syirik kepada Allah (ayat 13)



Mendidik anak-anak dengan asas aqidah iaitu tauhid kepada Allah. Luqman memperingatkan anaknya supaya tidak syirik kepada Allah S.W.T. dan sentiasa membersihkan diri daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Asas Aqidah ini mesti diutamakan dan didahulukan kerana ia tunjang kekuatan diri.



2. Berbuat baik kepada ibu bapa (ayat14-15)



Mendidik anak-anak untuk sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa kerana mereka berada pada kedudukan yang tinggi dalam Islam. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa mengajak atau memaksa anak melakukan perbuatan syirik atau perbuatan yang dilarang oleh agama, ia tidak wajib dipatuhi. Ini menunjukkan bahawa Islam lebih mengutamakan hubungan aqidah berbanding hubungan keluarga dan keturunan.



3. Setiap amal perbuatan akan diberi balasan oleh Allah SWT (ayat 16)



Menanam dalam diri anak-anak akan keyakinan bahawa setiap amal perbuatan walaupun sebesar biji sawi, sama ada baik atau buruk, berlaku secara terang atau tersembunyi, tetap akan dihitung dan diberi balasan yang setimpal oleh Allah SWT di akhirat kelak.



4. Mendirikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta sentiasa bersifat sabar (ayat 17)



Mendidik anak-anak untuk menunaikan solat yang merupakan tiang kepada agama dan ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas kerana Allah S.W.T. dapat meningkatkan darjah kedudukan di sisi Allah S.W.T. Selain itu, mereka juga perlu diasuh agar sentiasa menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sifat sabar juga perlu diterapkan pada diri anak-anak sekiranya ditimpa bencana dan kesusahan.



5. Menjauhi sifat sombong dan bangga diri (ayat 18)



Mendidik anak-anak supaya tidak bersifat sombong dan bangga diri serta menggalakkan supaya sentiasa bersifat tawaddu’ yang boleh melahirkan keutuhan dalam persaudaraan.



6. Bersederhana (ayat 19)



Mendidik anak-anak supaya sentiasa bersederhana, salah satu daripada sifat terpuji yang dituntut di dalam Islam. Termasuk dalam tuntutan bersederhana ini ialah menjaga dan melembutkan suara yang sudah tentunya menyerlahkan lagi kesopanan seorang muslim.







Kaedah pendidikan mencakupi 3 aspek utama iaitu akidah, syariah dan akhlak yang digariskan di dalam surah Luqman, ayat 13 – 19 ini adalah kaedah berkesan dalam usaha kita untuk melahirkan generasi yang soleh dan mampu menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan sebaik-baiknya. Sewajarnya, kita mengguna pakai garis panduan kebapaan Luqmanul Hakim dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi supaya kita tidak kecewa pada kemudian hari, ibarat melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Malah Islam sememangnya berpandangan jauh berhubung dengan zuriat dan keturunan ini dengan memberikan garis panduan seawal ketika pemilihan pasangan hidup lagi.

Sabtu, 9 April 2011

TIP MENGHADAPI KRITIKAN



Tidak seorang pun yang senang menerima kritikan. Bagaimana pun hebatnya seseorang, dia pasti tidak terlepas daripada berasa hati kalau di kritik. Pertama kerana tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Jesteru kita semua tidak terlepas dari membuat kesilapan. Kedua, banyak orang yang senang mengkritik, meskipun mereka tahu bahawa menerima kritikan bukanlah mudah. Memang bukan semua kritikan itu benar. Namun cara bagaimana anda menghadapi dan mendepani kritikan sebenarnya dapat mendorong ke arah peningkatan peribadu anda.


1-TAHAN DIRI DARIPADA AMARAH

2-TERIMA KRITIKAN DENGAN SIKAP TERBUKA

3-JANGAN MASUKKAN KRITIKAN KE DALAM HATI

4-MINTALAH KETERANGAN DENGAN LEBIH SPESIFIK

5-JANGAN BALAS KRITIKAN DENGAN KRITIKAN

6-TANYA DIRI SENDIRI APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

7-MINTALAH PENDAPAT ORANG LAIN

8-BIASAKAN DIRI ANDA DENGAN KRITIKAN

Jumaat, 8 April 2011

PERIBADI BANGSA- BUYA HAMKA



Peribadi yang membuat sejarah dalam suatu bangsa adalah 2 macam : Peribadi Pemikir dan Peribadi Pekerja. Atau orang yang menteorikan dan ada orang yang mempraktikkan. Lantaran itu maka pekerjaan di dalam hidup ini pun dua berfikir dan bekerja.

Maka timbullah pertanyaan, manakah yang lebih utama di antara kedua-duanya?

Jawabnya tegas sahaja, kedua-duanya utama dan kedua-duanya mulia.

Fikiran barulah dapat tercipta dalam kejadian, kalau dikerjakan atau kalau ada yang mengerjakan. Dan kerja tidak beres, kalau tidak difikirkan lebih dahulu.

Saya terbaca dalam dongeng orang-orang tua, semacam kain bernama " adun-temadun", yang digumpal sehujung kuku dan dikembangkan selebar alam. Itulah fikiran dan perlaksanaan. Fikiran tumbuh dari otak yang kecil di kepala; tetapi bila telah dilaksanakan menjadi pekerjaan, hasilnya bisa sepenuh alam. Schopenhauer mengatakan :" Alam itu ialah fikir", dan beliau berkata pula : "Alam itu iradat, kemahuan".

Jules Verne menyatakan fikirannya, disadur dengan bermacam khayalan, tentang mengelilingi dunia 80 hari, tentang 20 000 mil dalam laut, tentang pengembaraan ke bulan. Dan teori fikirannya itu dikerjakan oleh yang mengerjakan dengan menempuh pelbagai kesulitan bertahun-tahun. Pengembaraan ke bulan belum juga dapat dilaksanakan sampai sekarang.

Voltaire menyatakan fikiran tentang segala kepincangan masyarakat di Eropah, di Perancis. Fikiran itulah yang akhirnya terlaksana dengan revolusi Perancis, yang memakan tempoh tidak kurang 800 tahun.

Pada  17 Ogos 1945 fikiran dilaksanakan dengan proklamasi, yang hanya terdiri dari beberapa perkataan. Tetapi ketika dilaksanakan, telah memakan tempoh bertahun, dan mungkin berpuluh tahun lagi.

Kebanyakan ahli fikir yang "kaya" itu tidak mendapat apa-apa dari hasil fikirannya. Karl Marx tidak melihat hasil bukunya " Das Kapital" dan Stalin telah enak-enak duduk di Kremlin, Phillas Fogg, hanyalah orang khayalan Jules Verne. Tapi dia lebih terkenal dari Jules Verne sendiri.

Terutama di tanah Timur kita ini pada zaman yang lalu dan sampai sekarang masih tinggal bekasnya. Sebesar-besar keuntungan ahli fikir hanyalah sebutan dan pujian setelah dia mati. Biasanya hidupnya sendiri terlantar, dia tidak meninggalkan apa-apa untuk keturunannya, tetapi dia meninggalkan pusaka banyak sekali buat bangsanya.

Ahli fikir tidak ada ertinya kalau tidak ada yang mengerjakan, kalau tidak ada yang menyambut. Berapa banyaknya fikiran tinggi, yang tidak jadi terlaksana, kerana tidak ada tenaga yang menyambut. Agaknya selain Edison, banyak juga pemikir lain yang mungkin sebesar Edison, kalau tidak akan melebihinya. Tetapi Edison berjaya, sebab ada yang menyokong dan yang melaksanakan fikirannya dalam pekerjaan.

Plato dalam "Republik"nya membahagikan kewajipan tiap-tiap golongan dalam Negara, dan gambaran demikian ada pula dalam "negara tubuh" manusia.

Ahli fikir dinamai otak negara, dan nilainya ialah emas. Pemangku negara dinamai pelaksana fikiran itu dan jantung dan darjatnya ialah perak. Adapun anggota tubuh, tangan dan kaki Negara ialah saudagar dan kaum tani; nilainya tembaga.

Rabu, 6 April 2011

PENGARUH KEADAAN KE ATAS PERIBADI BANGSA INDONESIA

Prof Dr HAMKA telah menyatakan dalam buku PERIBADInya tentang tajuk di atas.

 Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya-al Fatihah. Amin


Jiwa Indonesia yang tenang dan patuh, sampai digelar "bangsa yang sepatuh-patuhnya di dunia", dengan serta merta berubah, dan perubahan itu amatlah hebat. Bangsa yang tadinya belum mengenal apa ertinya perang dan tidak pernah dibawa bercampur dalam peperangan, tenteram dalam rumah tangganya, menerima gaji habis bulan dan menunggu pencen pada hari tua; bangsa yang damban, terpengaruh oleh tanam-tanaman yang ditanamnya itu, digoncang dan disuruh menukar susunan hidupnya. Oleh sebab itu peribadinya pun bergoncang, lalu berubah.

Permulaan kejadian yang hebat ini ialah pada tanggal 8 Disember 1942. Iaitu sejak pecah perang Pasifik. Kita masih ingat, bagaimana paniknya kita ketika itu. Iaitu sejak pecah Perang Pasifik. Lebih-lebih bangsa yang memerintah pada masa itu lebih panik pula. Kita disuruh menggali lubang perlindungan, disuruh menggantung karet dileher, yang akan disumbatkan ke mulut, bila bom jatuh. Baru sahaja kelihatan kapal terbang dari jauh, seisi rumah telah lari berkejaran masuk lubang perlindungan itu, dibimbing anak-anak, orang tua lumpuh, perempuan yang baru bersalin. Tidak ada yang beres jalan akalnya pada waktu itu. Sesudah itu tibalah zaman berkongsi besar-besaran, takut tinggal dikota, rumah-rumah ditinggalkan dan lari masuk kampung. Tidak pilih orang, tidak pilih pangkat, tidak pilih si Amat dan si Ali, atau profesor, doktor! Sama sahaja.


Sesudah itu beransur-ansur pulang ke kota, lebih-lebih kerana perang seperti itu tidak lama. Kejatuhan Belanda yang sangat cepat, sangat cepat pula membawa perubahan bagi jiwa. Dahulu  kejatuhan Belanda boleh dikatakan hanya ada dalam khayalan kaum nasionalis. Tetapi setelah melihat dia menyerah dengan tidak bersyarat kepada Jepun, maka peribadi bangsa Indonesia mulai bertanya kepada dirinya sendiri, mengapa secapat itu jatuhnya? Kalau begitu, kekuatannya memerintah kita beratus tahun, hanyalah keranan kebodohan kita sahaja.

Selasa, 5 April 2011

KEMATIAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA DI PERLIS-BERITA MALAYSIA YANG KELUAR DI AKHBAR BRITAIN

Satu lagi kes yang menambahkan kebencian atau mencari kebenaran tentang agama Islam? Yang pasti Islamophobia terus menerus menghantui masyarakat bukan Islam dari mendekati Islam dan umatnya di Barat. Percayalah tuan-tuan bahawa setiap apa yang berlaku di negara ini yang membabitkan Islam pasti akan diketahui dunia yang tidak mahu melihat Islam bangun dan bertapak kembali di hati manusia. Mereka hanya memilih berita yang provokasi dan buruk untuk dihidangkan tentang negara ini di mata dunia. Buktinya dengan kes yang berlaku baru-baru ini:


The school boy died after suffering head injuries at his Islamic school (Picture: EPA)


7-year-old 'tied and beaten' by teacher at religious school in Malaysia

A teacher at an Islamic school in Malaysia allegedly beat a seven-year-old boy to death after accusing him of stealing £1.40 from another pupil.
.The 26-year-old was said to have tied the boy to a window and battered and strangled him.
Police in the northern Malaysia state of Perlis said Saiful Syazani Saiful Sopfidee slipped into a coma and died in hospital. He had multiple head injuries and internal bleeding.
The attack took place at a private religious school.
The pupil had been accused of stealing seven ringgit (£1.40) from a classmate.

Police said the teacher had repeatedly accused him of stealing.

The teacher is in custody while the death is investigated and could be charged with murder, which carries a sentence of death by hanging.

Malaysian news reports said it was the worst known case of student abuse in at least 15 years.


Saiful’s adoptive mother Hazirah Chin, 38, said he was an ‘obedient and cheerful’ boy who had never had any problems at school. I decided to send him to a religious school as he was keen on Islamic studies.’

She added that she found out about the incident after receiving a call from the teacher telling her that the boy had been admitted to the Tuanku Fauziah Hospital in the state capital Kangar.


‘When I arrived at the hospital a doctor told me that he believed my son was tied up before being assaulted as there were rope marks on his wrists,’ she said.


The boy’s father, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, said: ‘I was devastated to see my son in a coma at the hospital. There were bruises all over his face.’

He was buried next to his mother, who died in 2007, at the Tok Padok Muslim cemetery in Kangar.


Read more: http://www.metro.co.uk/news/859942-7-year-old-tied-and-beaten-by-teacher-at-religious-school-in-malaysia#ixzz1IdacDZ70
 
LAGI DI JAKARTA GLOBE.....
 
DAN EUROPENEWS.....
 
JUGA INDIA REPORT
 
 
BERSAMA-SAMALAH KITA BERMUHASABAH WAHAI UMAT ISLAM. YA ALLAH BANTULAH KAMI!

Jumaat, 1 April 2011

WUDHUK AMALAN SOLEH

12.  (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar".

-surah Al Hadid ayat 12