Tidak betah sebagai ateis
ADA juga keluarga atau lebih tepat ibu bapa yang memilih agar seluruh ahli keluarga mereka tidak mempunyai apa-apa kepercayaan terhadap apa jua agama, dengan lain perkataan ateis.Ini termasuklah seorang warga emas, Margaret Templeton yang dilahir dan dibesarkan di Scotland dalam sebuah keluarga yang mengamalkan fahaman tersebut.
Perkara itu diambil serius hingga pelbagai larangan dikenakan agar fahaman seperti itu terus menjadi pegangan. Ini termasuk tidak dibenarkan berbicara mengenai agama ketika dalam rumah.
Margaret belajar mengenai ketuhanan atau agama di sekolah. Tetapi segala-galanya tidak boleh dibawa pulang ke rumah untuk apa tujuan sekali pun apatah lagi untuk mengamalkannya.
Namun tiada siapa yang dapat menahan Margaret yang tidak menghiraukan segala sekatan tersebut kerana pemikirannya tidak dapat disekat untuk berfikir tentang pelbagai perkara.
Ia terutama yang membabitkan persoalan pokok mengenai kehidupan seperti mengapa manusia dilahirkan, untuk apa kita hidup dan apa yang harus dilakukan untuk hidup ini.
Sehinggalah beliau beranjak ke usia senja, barulah secara serius Margaret memulakan pencariannya mengenai tuhan.
Tentu sahaja Margaret tidak senang duduk apabila anggota masyarakat lain sering bercerita mengenai tuhan dan ketuhanan sedangkan beliau pula langsung tidak tahu.
"Saya sedar pentingnya kepercayaan terhadap tuhan. Tetapi mestilah perkara tersebut boleh diterima akal yang mampu membuka hati saya dan menjadikan hidup saya lebih bermakna.
"Lalu saya mengambil keputusan untuk masuk dari satu gereja ke gereja yang lain untuk mencari tuhan dan mengamalkan ajaran-Nya," ujarnya.
Sememangnya Margaret sempat memeluk agama Katholik dan berusaha mengamalkan doktrin agamanya tersebut.
"Salah satu ajaran yang saya amalkan adalah bersikap mesra, ramah dengan semua orang," ungkap Margaret.
Walaupun begitu beliau masih tidak bahagia sehingga beliau sendiri secara suka rela meninggalkan gereja tanpa paksaan mana-mana pihak.
Kini Margaret tidak tahu hendak beralih ke mana. Hendak berpaling kepada Islam, seumur hidupnya tidak pernah dengar mengenai Islam sehinggalah buat pertama kali beliau mendengar mengenainya apabila tentera Amerika Syarikat mula menceroboh dan menyerang Iraq pada tahun 2003.
Namun sudah tentu apa yang beliau perolehi hanyalah keburukan demi keburukan mengenai Islam seperti yang ditulis, dilaporkan dan dipaparkan oleh media massa.
"Namun saya yakin semua itu tidak benar. Media lebih memaparkan pembohongan. Lalu saya ingin sekali mencari seorang guru agama Islam dengan setiap hari berdoa, memohon pertolongan-Nya supaya guru itu dapat mengajar saya mengenai Islam.
"Ia agar saya dapat menangkis apa yang mereka katakan tentang Islam, yang sebenarnya salah. Hanya pembohongan yang datangnya daripada syaitan untuk menggambarkan Muslim itu buruk," tegasnya.
Akhirnya seorang teman memperkenalkan beliau kepada seorang guru agama bernama Nur El-Din, keturunan Arab kepada Margaret.
Ustaz tersebut mengundang Margaret rumahnya dan buat pertama kali wanita ini dijelaskan mengenai Islam dan sewaktu hendak pulang Margaret dibekalkan tujuh jilid buku mengenai tafsiran al-Quran.
RUJUKAN..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan