Jumaat, 14 Oktober 2011

• Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama


·         Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama



















Pegawai Takmir Pulau Pinang dan PPMD SPT



Dato seri Hassan b Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Dato Farizan SUK Pulau Pinang turut sama dalam kongres ini.








Yb Malek Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

·         Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri  Seluruh Malaysia  telah mengadakan Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama pada 26 dan 27 September 2011bersamaan 28 dan 29 Syawal 1432H  bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
·          

·         Kongres ini turut diserikan dengan kehadiran Seri Paduka Baginda  Yang di-Pertuan Agong, KDYMM  Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah, DYMM Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis, DYMM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Pemangku Raja Perak, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil binYaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, dan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan dengan diiringi oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tuan Abd. Razak, Perdana Menteri dan YB Menteri-menteri. Kehadiran tetamu VVIP telah disambut meriah oleh pihak penganjur.

 ·          
·         Peserta-peserta yang menghadiri Kongres tersebut dianggarkan sebanyak 1351 orang  perwakilan yang terdiri daripada Yang DiPertua Majlis,Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan, Mufti-Mufti, Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Penasihat Undang-Undang Negeri, Ahli-ahli akademik, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Setiausaha Kerajaan Negeri,  Ahli Ekonomi serta Pengetua-Pengetua Sekolah.
·          
·         Program yang julung kali diadakan ini  merupakan usaha  kea rah menyemarakkan fungsi dan peranan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri serta membincangkan strategi dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh Majlis untuk pembangunan ummah dari aspek pendidikan, ekonomi dan perundangan.
·          
·         Dalam Majlis yang bersejarah ini  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah telah perkenan mencemar duli bagi menyampaikan Titah Perasmian. Dalam Titah Perasmian Tuanku telah menyentuh berkenaan dengan peranan Majlis dalam perkara berkaitan  kedaulatan Institusi Raja yang perlu dipelihara, peranan dan kuasa Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI) yang perlu diberi penjelasan semula bagi memastikan pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna  , sistem perundangan dan pengurusan zakat yang mempunyai kaitan dengan kedudukan ekonomi umat Islam yang perlu diberi perhatian yang serius.
·          
·         Manakala Titah Diraja yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Tuanku telah menyampaikan amanat yang telah member kesan yang begitu mendalam kepada hadirin. Di antara perkara penting yang telah disampaikan adalah:-
·          
·         Pertama, Majlis perlu Mengemaskinikan Enakmen Majlis Agama Islam Negeri untuk mempunyai bidang kuasa yang membolehkan Majlis berfungsi secara lebih berkesan, memiliki autonomi dan akauntabel kepada ALLAH dan Raja.
·          
·         Kedua, Memastikan MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI bebas dan bersih dari sebarang pengaruh, campur tangan dan penglibatan politik kepartian serta memastikan keanggotaan MAJLIS tidak disertai oleh individu yang aktif dalam parti politik melainkan yang diperkenankan oleh Raja Pemerintah dilantik atas jawatan bagi mewakili Pihak Berkuasa Negeri atau sesuatu institusi yang penting kepada MAJLIS.
·          
·         Ketiga: Melantik keanggotaan yang lebih representatif dengan bilangan yang cukup dan dari kalangan yang memiliki pelbagai kepakaran untuk menjadi tenaga penggerak berupaya melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi, perniagaan, perdagangan, pendidikan dalam hasrat membangunkan taraf sosioekonomi umat Islam di samping melindungi kesucian Islam
·          
·         Keempat: Menerokai kaedah dan pendekatan yang dapat memperkukuhkan kedudukan kewangan MAJLIS secara lestari.
·          
·         Kelima: Menjadi pemegang amanah kepada institusi pendidikan, tabung kewangan, dan hartanah yang strategic untuk umat Islam.
·          
·         Keenam: Memperkukuhkan sumber manusia pentadbiran Majlis secara kuantiti dan kualiti dengan imbuhan setimpal yang dapat menarik modal insan berkualiti tinggi.
·          
·         Terdapat tiga sesi pembentangan kertas kerja yang telah diadakan sempena Kongres tersebut. Kertas kerja Pendidikan telah disampaikan oleh tiga orang pembentang iaitu YBhg. Datuk Haji Nik Mustapha bin Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM, YBhg. Tan Sri Muhamad Ali bin Hashim, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), dan YBhg. Dato’ Haji Mustafa bin Abdul Rahman, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Dan dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Hj. Abd. Malek bin Awang Kechil. Manakala kertas kerja Ekonomi telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ulung Tan Sri Dr. Muhammad kaml bin Hasan, Profesor UIAM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim, ahli MKI, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Othman, ahli MKI dan YBhg. Prof. Zakaria Stapa sebagai moderator.
·          
·         Bagi pembentangan kerats kerja Perundangan, ianya telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Syeikh Ghazali bin Abdul Rahman, Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, YBhg. Prof. Dr. Najibah bt. Mohd Zin serta YBhg. Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat Syariah, jabatan Peguam Negara. Kertas kerja Perundangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Monir bin Yaacob.
·          
·         Kongres yang telah bersidang selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada wakil setiap negeri. Pembentangan Resolusi Kongres telah disampaikan oleh Tuan Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk Kongres seterusnya  Majlis Penutup Kongres  telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Shafie bin Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir dalam Majlis ini ialah YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof bin Noor, Pengerusi LEPAI merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Kongres.


http://www.islam.gov.my/kongres-majlis-agama-islam-negeri-seluruh-malaysia-kali-pertama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan