Khamis, 6 Oktober 2011

JAMUAN HARI RAYA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG 2011 YANG SUNGUH MERIAH-TAHNIAH KEPADA SEMUA





Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang dan Imam Utama Daerah SPS adalah antara tetamu yang terawal datang ke Majlis Jamuan Aidilfitri JHEAIPP kali ini.




Satey daging dan ayam 1000 cucuk bersedia untuk dijamah oleh tetamu. Satey telah disumbangkan oleh Pengarah JHEAIPP




Gerai satey mula membakar satey-satey untuk dijamu kepada tetamu yang datang




Aneka buah-buahan sebagai pencuci mulut





Kuih muih tradisonal dan moden dibawa bersama oleh kakitangan JHEAIPP tanda gembira dan mengenal erti sama sama rasa




Nasi Tomato yang disediakan oleh staf Bahagian Halal JHEAIPP. Memang rasa Penang yang asli.




Mehon sup gear box oleh Bahagian Pendakwaan memang how liaw!




Nasi Dalca Mamak Penang mari. Macam-macam ada. Gulai dalca yang sungguh A!
oleh Bahagian Pendidikan.




Bahagian Dakwah JHEAIPP menyediakan roti jala atau roti kirai dengan kari Penang asli




Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau PMS menyediakan jamuan laksam yang mendapat pujian ramai hingga ada yang ingin menempahnya nanti.




Jamuan air disediakan oleh Bahagian Penguatkuasa. Sejuk dan panas semua ada




Pengarah JHEAIPP, Tuan Haji Sazali b Hussein sedang meninjau-ninjau semua gerai yang disediakan sebelum kedatangan tetamu.




Pengarah beramah mesra dengan kakitangan dan bertanya khabar




Kemesraan yang terserlah. Walau duduk di Rumah Transit Permatang Tok Gelam namun majlis ini dapat mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat.




Staf dari seluruh daerah turut memeriahkan majlis setahun sekali ini




Tuan Pengarah mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan majlis kali ini. Pembaharuan ini dipuji dan semua orang dapat beramal kebajikan dibulan yang mulia ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin





Tetamu VIP, Dato Farizan B Darus Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudi hadir dalam Majlis JHEAIPP kali ini. Terima Kasih Dato'.




Turut hadir YB Abdul Malik b Kasim Exco Agama dan Kepenggunaan Pulau Pinang meluangkan masa untuk hadir ke majlis jamuan kali ini





Tiada ulasan:

Catat Ulasan