Khamis, 23 Jun 2011

LAWATAN KE MASJID BANDARAYA LIKAS KOTA KINABALU SABAH

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.

KOTA KINABALU 17 Jun 2011 – YBhg Tn Hj Zainal Abidin B Jaffar, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam  (BKI) , JAKIM beserta  rombongan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau  serta Penolong Pengarah Takmir Negeri-negeri telah mengadakan lawatan muhibbah ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Turut mengiringi ialah Y.Bhg Ustazah Khalidah KPP Kanan Bahagian BKI serta barisan urusetia Bengkel Garis Panduan PPMD dan Takmir kali ini serta Ahli Mesyuarat Penyelarasan Takmir Negeri-negeri bil 1/2011.

Lawatan muhibbah ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah merupakan lawatan julung kali Pegawai-pegawai Takmir Malaysia ke masjid-masjid bercirikan hadhari dan diharapakan agar ianya dapat diteruskan di masa akan datang ke Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor Darul Takzim contohnya atau masjid contoh di sekitar negara ASEAN. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan dengan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang boleh dijadikan sebagai masjid contoh yang mempunyai ciri dan nilai ketamadunan Islam sebenar atau lebih berkonsepkan kepada masjid hadhari.

SEJARAH PENUBUHAN MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU,SABAH
Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan pesisiran air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September 1990 dan siap pada bulan Jun 1991. Kerja-kerja menanam cerucuk dimulakan pada 22 Jun 1992 dan siap pada 23 Mac 1993.


Masjid ini telah mencipta sejarah apabila diisytiharkan sebagai masjid hadhari kedua Negara selepas Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor. Masjid ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dengan kos pembinaannya berharga RM34 juta. Masjid ini boleh memuatkan seramai 12,000 orang jemaah pada satu masa. Masjid ini kelihatan seolah-olah terapung kerana hampir 70 peratus daripada kawasan masjid ini dikelilingi air.



Rombongan YBhg Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM  telah disambut dengan penuh mesra oleh  Tuan Hj Jamal b Tun Sakaran, Pengerusi, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ahli - ahli Jawatankuasa Masjid serta kakitangan dari Jabatan Agama Islam Sabah dan Jakim Cawangan Sabah.

Rombongan yang bertolak dari Kundasang dan terus tiba di Masjid Bandaraya


Kelihatan urusetia turut sama dalam sesi lawatan muhibbah ini


Rombongan disambut mesra dengan penuh kegembiraan oleh ajk masjid

Masjid Bandaraya turut mengusahakan kolam ternakan ikan air masin yang diwujudkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini juga menyediakan perkhidmatan mesin ATM (Bank Islam) bagi kemudahan para jemaah . Jika di Uk dipanggil The Hole In The Wall.

Sesi penerangan bermula

Peserta rombongan diberi pamplet Masjid Bandaraya tentang aktiviti pengimarahan


Pengisian program lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid iaitu Haji Jamal b Tun Sakaran. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menerangkan pelbagai aktiviti di masjid tersebut seperti Program al Mubarak.


Selain itu, masjid ini turut menyediakan klinik Ibnu Sina yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada golongan kurang berkemampuan. Klinik ini turut mengadakan aktiviti temuseru (outreach) ke kampung-kampung dan hospital-hospital.


Peserta disediakan produk air mineral al Mubarak yang dikeluarkan oleh Masjid Bandaraya sendiri.



Penuh minat

Melalui program ini, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah memperkenalkan pelbagai aktiviti seperti program Keahlian Masjid, Program “One Stop Centre”, Program Tabung Pintar, Program Membela Fakir Miskin, Program Perkhidmatan Katering dan Program Ekspo Pameran.

YBhg Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dalam ucapan balas mengucapkan terima kasih di atas kesudian Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah yang telah sudi menerima kunjungan tersebut dan mengucapkan syabas atas prestasi dan budaya kerja yang telah ditonjolkan melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Masjid Bandaraya

Syabas diucapkan kepada Masjid Bandaraya sehingga di nobatkan sebagai Masjid Inovasi 2011 di mana anugerahtersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong baru-baru ini.

Ybhg Pengarah BKI sedang mengisi borang keahlian Masjid Bandaraya yang mempunyai pelbagai keistimewaan

Turut mengisi borang keahlian masjid KPP Kanan Ustazah Khalidah dan ahli rombongan turut tidak melepaskan peluang keemasan itu


Penyampaian tanda kenangan cenderahati kepada Masjid Bandaraya, Likas Kota Kinabalu

Pengerusi Bandaraya menyerahkan kad keahlian masjid kepada Pengarah BKI


Sedikit sumbangan kepada Masjid Bandaraya dari pihak rombongan kali ini yang disampaikan oleh Pengarah BKI

Sesi makan tengahari di mana menunya sangat menyelerakan-resepi Sabah

Ahli rombongan menjamu selera dengan kerabu ikan yang lazat. Kelihatan PP Takmir Pulau Pinang, KPP PMS Serawak dan wakil Jabatan Agama Islam Negeri Sabah


Tuan Pengarah BKI sedang memberi nasihat dan peransang kepada PP Takmir agar dapat bekerja dengan lebih tekun dan dedikasi di negeri-negeri.

PP Takmir Pulau Pinang menulis nama di dalam buku pelawat Masjid Bandaraya

Sesi bergambar dengan YBhg  Pengarah BKI serta delegasi lawatan yang lain bersama kakitangan Jabatan Agama Islam Sabah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Sesi lawatan diakhiri dengan Solat Jumaat di Masjid Bandaraya.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan