Rabu, 29 Jun 2011

CARA RASULULLAH BERJALAN




ABU HURAIRAH R.A MERIWAYATKAN: "SAYA TIDAK PERNAH MELIHAT APA PUN YANG LEBIH INDAH DARIPADA RASULULLAH S.A.W , SEOLAH-OLAH MATAHARI BEREDAR DIWAJAHNYA. SAYA JUGA TIDAK PERNAH MELIHAT SESEORANG YANG  BERJALAN LEBIH CEPAT DARIPADA RASULULLAH S.A.W, SEOLAH-OLAH BUMI DILIPAT UNTUK BAGINDA. SUNGGUH, KAMI HARUS MEMAKSA DIRI (UNTUK BERJALAN SEPERTI ITU) DAN BELIAU TIDAK PEDULI (TERHADAP RASA LELAH KAMI)"

HADITH RIWAYAT AL TARMIZI, AHMAD, IBN SA'AD


Selasa, 28 Jun 2011

SEKITAR HARI TERAKHIR DI PUSAT LATIHAN ISLAM KUNDASANG, SABAH

Sesi penyerahan Buku Jurnal Takmir Bil1/2011 diserahkan kepada Yang Berbahagia Us fadhli Penolong Pengarah Institut Latihan Kundasang oleh Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP


Sesi penyerahan Buku Jurnal Takmir Bil1/2011 diserahkan kepada Yang Berbahagia Us fadhli Penolong Pengarah Takmir Jakim Cawangan Sabaholeh Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP
 
 
Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP bergambar kenang-kenangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu bersama KPP PMS Perak dan PP Takmir Selangor.



Peserta menikmati keenakan cendawan shitaki goreng tepung yang dimasak oleh   Us fadhli


Us Janis dari Jab Agama Islam Sabah dan Us Hashim KPP PMS JAWI

Masa inilah peserta bertukar-tukar fikiran dan idea yang bernas dalam menjalankan tugas seharian. Melaka, Pahang, Perak dan Johor.

5 hari berkampung disini menikmati hidangan bersama

Saat  meninggalkan pusat latihan Islam

Bunga yang cantik di kawasan Pusat Latihan ini

Gambar lucah di surah Yasin

 Kebesaran Allah yang hanya dapat dilihat hanya dengan mata hati

Kita sekali lagi dikejutkan dengan peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku di negara yang tercinta ini. Ketika agama Islam di berikan pandangan yang berat sebelah dengan Islamphobianya, kesucian Agama yang benar ini sekali lagi dikotori dengan kes yang berlaku di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Persoalannya ialah siapakah yang tergamak melakukan perkara yang terkutuk jauh dari norma-norma perilaku perbuatan manusia yang bersih dan suci jiwanya serta nilai kemanusiaanya? Tepuk dada tanyalah iman. Kita meminta kepada mereka yang tergamak melakukan perkara seumpama ini bersedialah menerima pembalasan daripada Allah swt sekiranya dia tidak menyesal dan bertaubat dengan kadar yang segera. 

Penghinaan ayat-ayat suci Allah swt ini sememangnya diluar kotak pemikiran manusia yang rasional. Hakikatnya Allah mengetahui siapakah yang sebenar beriman dan siapakah mereka yang talam dua muka munafik juga musang berbulu ayam.

Firman Allah swt dalam surah Al 'Ankabut ayat 11:

11.  Dan Sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman: dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang munafik.

 Tidak pernah kita mendengar kejadian itu yang menimpa Bibel mahu pun Taurat atau Talmud atau kitab suci agama lain...namun sekali lagi al Quran dihina sebegitu rupa tanpa mereka sedar akan perbuatan itu diperhatikan setiap langkah dan degupan jantung si pembuatnya Allah juga yang Maha Mengetahui dan mengira. Kehebatan CCTV  Malaikat 2 penjaga Raqib wa Atid telah menulis di kitab catatan amalannya untuk di pamerkan nanti di mahsyar sana.

Insaflah wahai mereka yang melakukan perkara itu, akan nyawa kita yang tidak sepanjang mana serta kekuatan kita pun tidak sekuat apa. Malaikat maut sentiasa mengintai-ngintai akan masa yang sesuai dengan perintah Allah swt datang menjemput kita pulang mengadapnya.
 
 Firman Allah swt dalam surah As Sajadah ayat 11:


11.  Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, Kemudian Hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."

Tidak ada apa yang mahu diluahkan melainkan kita berserah kepada Allah Azzawajalla akan perbuatan yang dahsyat itu akan terbongkar dan bermohon restu agar agama ini tidak akan terus dipermainkan lagi.
wallahu'alam

Gambar lucah di surah Yasin

GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan Masjid Negeri di Jalan Air Itam yang berhasrat membaca surah Yasin sebelum solat Asar di masjid itu petang kelmarin, terkejut apabila menemui gambar lucah diselitkan dalam surah Yasin.
Lebih mengejutkan, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pengawal berusia 30-an itu menemui 11 gambar lucah yang diselitkan dalam 11 naskhah surah Yasin di salah satu rak dalam dewan utama masjid berkenaan.

Imam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata, setiap satu surah Yasin yang bukan dicetak pihak masjid itu mengandungi gambar lucah memaparkan pelbagai aksi pasangan warga asing melakukan hubungan seks.
Katanya, surah Yasin berkenaan diletakkan di salah satu rak di pintu masuk utama masjid dan ia berbeza dengan surah Yasin yang dicetak jawatankuasa masjid itu.

“Selepas menemui gambar lucah dalam surah Yasin itu, pengawal keselamatan terbabit memberitahu tok siak masjid sebelum memaklumkan kepada kami.

“Saya percaya ada individu tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan ini dan saya sedih serta kesal kerana mereka sanggup menghina rumah Allah swt,” katanya.

Yusuff berkata, perbuatan itu sangat memalukan dan lebih membimbangkan kejadian berlaku sehari sebelum kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke negeri itu semalam.

Beliau berkata, Tuanku Mizan dijadual menunaikan solat Jumaat di masjid itu.
Menurutnya, di kawasan masjid itu tiada kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya ada pengawal keselamatan.

“Berikutan kejadian ini, kami membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Jalan Air Itam pada jam 5.27 petang hari sama untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya akan melakukan siasatan melalui laporan yang diterima dan menyifatkan perbuatan itu mencemarkan imej masjid dan kesucian agama Islam

SUMBER..............

Isnin, 27 Jun 2011

Masing Masing M. Nasir

 -gambar hiasan-


Masing Masing
M. Nasir

Kedengaran guruh di langit berdentum
Tapi hujan masih juga tak ingin turun
Anak-anak masih berjudi
dengan hidup di hutan-hutan batu
Masing-masing berjuang untuk hidup!

Mimpiku semalam sungguh aneh sekali
Ada seorang kaya menghitung hasilnya
Sedangkan jiran disebelahnya
Tubuh menggeletar kelaparan
Masing-masing dengan diri sendiri...

Inilah penghidupan manusia
Masing-masing berusaha mencari bahagia
Kuasa, harta dan kemasyuran
Menjadi punca utama
Banyak perkelahian

Masing-masing
Masing-masing dengan hidup sendiri

Sengketa di dunia tak mudah dilenyapkan
Berita yang baru ku dengar menggerunkan
Antara benar dan salah
Antara kuat dan lemah tiada beza
Masing-masing mengejar cita

Tiap detik penduduk di dunia bertambah
Masing-masing dengan impian untuk jaya
Masalah dulu belum selesai
kini datang pula yang baru
Masing-masing dengan masalah!

Jikalau kita bersikap jujur
kadangkala tertipu oleh teman sendiri
Jikalau kita berdiam diri
Nanti kita ditinggalkan
Jauh ke belakang

Masing-masing
Masing-masing dengan hidup sendiri

SUMBER.... 

Jumaat, 24 Jun 2011

MeraikanKeberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong



Meraikan Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang hari ini.

Aturcara:

1.05 petang: Ketibaan Y.B Dato' Mansor b Othman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
1.15 petang: Ketibaan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj Abdul Rahman b Hj Abbas.
 1.20 petang: Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
1.23 petang : Solat Jumaat


SAMBUTAN BULAN AL QURAN DI MASJID BARAT DAYA

20 JUNE 2011



Tn Hj Muhammad Imran b Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP sedang menyampaikan ceramah al Quran Syifa'


Satu ceramah Al Quran Syifa' (Al Quran Perubatan) telah di adakan di Masjid Derah Barat  Daya yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Imran b Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Program ini terbuka kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat penduduk Balik Pulau yang berminat. Alhamdulillah program ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Turut hadir dalam program Bulan Penghayatan al Quran ini ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya, Ustaz Fauzi b Ibrahim dan Imam Utama Masjid  Daerah Barat Daya Balik Pulau Us Che Amir



Allah s.w.t. berfirman (Al-Quran: al-Isra': 82):
Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman.


Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Sesungguhnya pada jasad itu ada seketlul daging, apabila ia sejahtera,
maka sejahteralah keseluruhan jasad. Dan apabila rusak akan dia, maka
rusaklah keseluruhan jasad, iaitu hati. (Muttafaq 'alaih).


Dalam surah Fussilat:44 pula terdapat firman Allah:
Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan
penawar bagi mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada
telinga mereka ada sumbatan, sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan
bagi mereka. Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat
yang jauh.
Sesetengah ahli tafsir menerangkan perkataan yang terdapat dalam surah di
atas (al-Isra':82) bukan Iit-tab'id , bererti bahawa al-Quran itu keseluruhannya
adalah penawar, bukan sebahagian daripadanya sahaja. AI-Quran boleh digunakan
untuk menangani sakit fizikal juga sakit yang berkaitan dengan hati, jiwa dan roh,
seperti kejahilan, kesesatan dan sebagainya. Kesejahteraan fizikal berkait rapat
dengan kesejahteraan hati. Mengenainya.
Semoga dengan ceramah tersebut salah satu fungsi Al Quran dapat diselami oleh jiwa umat Islam dan bersempena dengan Sambutan Bulan Al Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang ini, Al Quran kembali bertapak di hati sanubari kita insyaAllah..amin


 Imam Utama Masjid Daerah Barat Daya, Ustaz Che Amir telah berbesar hati untuk menjamu penceramah dengan Durian Balik Pulau dan buah-buahan tempatan yang istimewa.

Khamis, 23 Jun 2011

LAWATAN KE MASJID BANDARAYA LIKAS KOTA KINABALU SABAH

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.

KOTA KINABALU 17 Jun 2011 – YBhg Tn Hj Zainal Abidin B Jaffar, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam  (BKI) , JAKIM beserta  rombongan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau  serta Penolong Pengarah Takmir Negeri-negeri telah mengadakan lawatan muhibbah ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Turut mengiringi ialah Y.Bhg Ustazah Khalidah KPP Kanan Bahagian BKI serta barisan urusetia Bengkel Garis Panduan PPMD dan Takmir kali ini serta Ahli Mesyuarat Penyelarasan Takmir Negeri-negeri bil 1/2011.

Lawatan muhibbah ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah merupakan lawatan julung kali Pegawai-pegawai Takmir Malaysia ke masjid-masjid bercirikan hadhari dan diharapakan agar ianya dapat diteruskan di masa akan datang ke Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor Darul Takzim contohnya atau masjid contoh di sekitar negara ASEAN. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan dengan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang boleh dijadikan sebagai masjid contoh yang mempunyai ciri dan nilai ketamadunan Islam sebenar atau lebih berkonsepkan kepada masjid hadhari.

SEJARAH PENUBUHAN MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU,SABAH
Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan pesisiran air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September 1990 dan siap pada bulan Jun 1991. Kerja-kerja menanam cerucuk dimulakan pada 22 Jun 1992 dan siap pada 23 Mac 1993.


Masjid ini telah mencipta sejarah apabila diisytiharkan sebagai masjid hadhari kedua Negara selepas Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor. Masjid ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dengan kos pembinaannya berharga RM34 juta. Masjid ini boleh memuatkan seramai 12,000 orang jemaah pada satu masa. Masjid ini kelihatan seolah-olah terapung kerana hampir 70 peratus daripada kawasan masjid ini dikelilingi air.



Rombongan YBhg Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM  telah disambut dengan penuh mesra oleh  Tuan Hj Jamal b Tun Sakaran, Pengerusi, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ahli - ahli Jawatankuasa Masjid serta kakitangan dari Jabatan Agama Islam Sabah dan Jakim Cawangan Sabah.

Rombongan yang bertolak dari Kundasang dan terus tiba di Masjid Bandaraya


Kelihatan urusetia turut sama dalam sesi lawatan muhibbah ini


Rombongan disambut mesra dengan penuh kegembiraan oleh ajk masjid

Masjid Bandaraya turut mengusahakan kolam ternakan ikan air masin yang diwujudkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini juga menyediakan perkhidmatan mesin ATM (Bank Islam) bagi kemudahan para jemaah . Jika di Uk dipanggil The Hole In The Wall.

Sesi penerangan bermula

Peserta rombongan diberi pamplet Masjid Bandaraya tentang aktiviti pengimarahan


Pengisian program lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid iaitu Haji Jamal b Tun Sakaran. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menerangkan pelbagai aktiviti di masjid tersebut seperti Program al Mubarak.


Selain itu, masjid ini turut menyediakan klinik Ibnu Sina yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada golongan kurang berkemampuan. Klinik ini turut mengadakan aktiviti temuseru (outreach) ke kampung-kampung dan hospital-hospital.


Peserta disediakan produk air mineral al Mubarak yang dikeluarkan oleh Masjid Bandaraya sendiri.



Penuh minat

Melalui program ini, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah memperkenalkan pelbagai aktiviti seperti program Keahlian Masjid, Program “One Stop Centre”, Program Tabung Pintar, Program Membela Fakir Miskin, Program Perkhidmatan Katering dan Program Ekspo Pameran.

YBhg Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dalam ucapan balas mengucapkan terima kasih di atas kesudian Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah yang telah sudi menerima kunjungan tersebut dan mengucapkan syabas atas prestasi dan budaya kerja yang telah ditonjolkan melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Masjid Bandaraya

Syabas diucapkan kepada Masjid Bandaraya sehingga di nobatkan sebagai Masjid Inovasi 2011 di mana anugerahtersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong baru-baru ini.

Ybhg Pengarah BKI sedang mengisi borang keahlian Masjid Bandaraya yang mempunyai pelbagai keistimewaan

Turut mengisi borang keahlian masjid KPP Kanan Ustazah Khalidah dan ahli rombongan turut tidak melepaskan peluang keemasan itu


Penyampaian tanda kenangan cenderahati kepada Masjid Bandaraya, Likas Kota Kinabalu

Pengerusi Bandaraya menyerahkan kad keahlian masjid kepada Pengarah BKI


Sedikit sumbangan kepada Masjid Bandaraya dari pihak rombongan kali ini yang disampaikan oleh Pengarah BKI

Sesi makan tengahari di mana menunya sangat menyelerakan-resepi Sabah

Ahli rombongan menjamu selera dengan kerabu ikan yang lazat. Kelihatan PP Takmir Pulau Pinang, KPP PMS Serawak dan wakil Jabatan Agama Islam Negeri Sabah


Tuan Pengarah BKI sedang memberi nasihat dan peransang kepada PP Takmir agar dapat bekerja dengan lebih tekun dan dedikasi di negeri-negeri.

PP Takmir Pulau Pinang menulis nama di dalam buku pelawat Masjid Bandaraya

Sesi bergambar dengan YBhg  Pengarah BKI serta delegasi lawatan yang lain bersama kakitangan Jabatan Agama Islam Sabah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Sesi lawatan diakhiri dengan Solat Jumaat di Masjid Bandaraya.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Maksiat undang bala

Apa lagi yang mahu dikatakan? 

Manusia sudah melupakan Tuhan. 

Membuat pekerjaan hanya mengikut nafsu dan badan. 

Perintah Allah dan Rasul untuk ikutan tetapi kita abaikan. 

Akhirnya manusia hilang arah dan pedoman kehidupan. 

Cuba engkau sebutkan jenis-jenis kemaksiatan yang kau tahu untuk sebutan. 

Yang telah dilakukan oleh manusia akhir zaman

 Pangkat kuasa, wanita dan harta simpanan

Telah menyebabkan kita hilang tumpuan

Tentang sebenarnya hakikat kehidupan

 Tiada sesuatu apa pun makhluk yang akan berkekalan

Insaflah wahai insan

Akan hakikatnya kebaikan dan kejahatan

Janganlah kita menjadi orang yang melakukan penentangan

Terhadap Allah dan Rasul ikutan

Barangsiapa yang melakukan

Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman

 

 

 

Maksiat undang bala


Kejadian bencana alam seperti banjir besar adakalanya adalah natijah daripada perbuatan manusia sendiri. - Gambar hiasan


SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.
Firman Allah yang bermaksud: Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)
Allah menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan (rujuk ayat 40 surah al-Qasas).
Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan ketetapan Allah. Orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama lelaki iaitu liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah.
Allah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan malaikat Jibrail menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan kembali ke bumi (rujuk ayat 74 surah al-Hijr).
Selain itu, Allah juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang hebat itu (rujuk ayat sembilan surah al-Ahzaab).
Selanjutnya adakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat maksiat yang dilakukan oleh kaum Bani Israel. Allah memberikan gambaran tentang hukuman yang dikenakan terhadap Bani Israel.
Allah berfirman yang bermaksud: Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5).
Berdasarkan kisah-kisah umat yang telah dihukum oleh Allah, tentu sekali kita dapat menganalisis atau muhasabah diri tentang dosa-dosa atau maksiat yang telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dosa-dosa 100 tahun yang lalu.
Semuanya menjadi sebab musabab malapetaka yang perlu kita hadapi selagi kita keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua (riwayat Ahmad)."
Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang berlaku terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah.
Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan musuh dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan tentera Islam bergembira merayakan kemenangan. Tetapi Abu Dardak seorang sahabat besar menangis.
Apabila ditanya mengapa beliau dalam kesedihan, Abu Dardak menjawab: "Aku menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah meminggirkan mereka."


RUJUKAN...........

Rabu, 22 Jun 2011

DOA YANG BERKAT UNTUK 3 BULAN YANG MULIA INI

Doa untuk diamalkan sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban

Berdoa semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah.


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “
[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

 ( ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAJABA WA SYA'BANA WA BALLIGHNA FI RAMADHAN)

Kedatangan Bulan Rejab bukan sekadar dengan peristiwa Isra' dan Mi'rajnya. Tetapi menandakan semakin hampirnya Bulan Pesta Ibadah dan bulan yang terkandung 1001 rahsia dan hikmat Ilahiyah yang Rab al 'Alamin sahaja yang mengetahuinya. Namun kita dituntut untuk mencari dan meneliti setiap kandungannya demi menyedarkan diri sebagai hambaNya yang akur akan setiap titah arahan perintahNya.

Berdoalah saudara-saudariku agar kita dipertemukan dalam bulan yang terkandungnya satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Bulan-bulan ini bulan mulia (asya'aril haram) yang nabi menyuruh kita menyarungkan pedang ke sarungnya tanda perdamaian jauh dari pertelingkahan dan perpecahan apatah lagi pertumpahan darah.

Bulan tiga serangkai ini merupakan bulan untuk membersihakan jiwa jauh dari  noda dan dosa. Mudah-mudahan kita berjaya mendapat apa yang dicari demi keredhaan Allah swt. Amin Ya Allah!