Khamis, 3 Mac 2011

ULAMAK YANG MENDAPAT GELARAN PENJUAL RAJA-RAJA



Dipetik daripada Kitab Bidayatus Suul Fi Tafdhilur Rasul SAW (Tunas dan Impian Pada Menerangkan Kelebihan Rasulullah SAW)-terjemahan Ikatan Penuntut Ilmu Islam Pulau Pinang

Nama dan gelaran Pengarang Kitab:

Beliau adalah Al Imam Al Izz Abdul Aziz bin Abdus Salam bin Abi Al Qasim bin Al Hasan bin Muhammad bin Muhaddab Al Sulami Al Maghribi Al Dimasyqi Al MAsri. Dikenali sebagai Sultanul Ulamak, Izzuddin dan Ba'iul Muluk (Penjual Raja-raja).

Kelahiran:

Beliau dilahirkan di Damsyik pada tahun 577 Hijrah. Keluarganya berasal dari Maghribi. beliau dibesarkan dalam keluarga yang miskin tetapi amat kuat berpegang dengan ajaran agama dan menitik beratkan aspek ilmu pengetahuan.

Keilmuan:

Al Subki meriwayatkan dari ayahnya, bahawa Sheikh Al Izz seaktu kecilnya adalah seorang yang miskin, oleh itu beliau hanya mula belajar semasa meningkat dewasa. Beliau memulakannya dengan mempelajari kitab "Al Tanbih" dan seterusnya menumpukan kepada menuntut ilmu dari alim ulamak Damsyik hinggalah beliau mahir dalam pelbagai cabang ilmu Agama dan Bahasa Arab. Boleh dikatakan keseluruhan pengajiannya adalah di Damsyik. Beliau hanya berkelana ke Baghdad dalam beberapa bulan sahaja untuk menuntut ilmu pada tahun 597 H. Sheikh Al Izz akhirnya terkenal sebagai seorang faqih dan usuli dalam mazhab Shafieiy dan ulamak aqidah Ahl Sunnah mengikut aliran Asyae'irah.

Di antara guru beliau adalah ;

1-Fakhr al Din bin 'Asakir guru beliau di dalam ilmu fiqh
2-Saif al Din al Amidi guru beliau di dalam Usul
3-Al Hafiz Abi Muhammad Al Qasim b 'Asakir guru beliau di dalam Hadis
4-Abu al Hassan Al Syazili guru beliau dalam Tasawwuf


Murid-murid beliau pula telah menjadi ulamak terbilang dan mengukir nama dalam persada keilmuan Islam. Di antara mereka adalah ;


1-Ibn Daqiq al E'id
2-Syihab al Din al Qarrafi
3-Ahmad bin Farh al Isybili al Muhaddis al Faqih
4-Syarf al Din al Dimyati
5Abu Syamah al Nahwi al Usuli al Muarrikh

Karya dan hasil penulisan :

Sheikh Al Izz telah mewariskan kepada umat Islam karya yang tidak terhitung nilainya dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah di dalam bidang tafsir, hadis, fiqh, usul, aqidah, sirah dan tasawwuf. Diantaranya adalah :
isar al Maqasid

1-Al Fawaid Fi Ikht
2-Tafsir al Izz Ibn Abd Al Salam
3-Qawaid al Ihkam Fi Masalih al Anam
4-Al Imam Fi Bayan Adillat al Ahkam

Peribadi dan Pekerti (bersambung.....................InsyaAllah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan