Rabu, 9 Mac 2011

PENJUAL RAJA-RAJA PART 4


Ibn Subki menceritakan, beliau amat banyak mengeluarkan sedekah kepada fakir miskin. Sehingga beliau pernah memotong serbannya dan menyedekahkan separuhnya kepada fakir miskin jika beliau tiada apa yang dapat diberikan kepada mereka.




Ketegasan dan Ketabahan



Beliau adalah seorang ulamak yang tegas dan ampuh dalam memperjuangkan kebenaran. Sikap beliau ini menyebabkan beliau dikenali sebagai Sultan Al Ulamak. Berikut adalah beberapa peristiwa yang menunjukkan ketegasan dan keberanian Al Izz dalam menegakkan kebenaran.



Kisah pertama.



Sewaktu di Damsyik, berlaku peristiwa perbalahan di antara Damsyik, Al Saleh Ismail dan pemerintah Mesir, Najmuddin Ayyub. Apabila Al Saleh berasa gentar dengan ancaman Ayyub, beliau telah membuat satu pakatan dengan tentera kafir Salibiyyah (tentera salib) untuk membantunya menentang saudaranya Ayyub dengan menjanjikan beberapa negeri dan kawasan kepada tentera Salibiyyah. Peristiwa ini berlaku pada tahun 638 H. Malah beliau juga memberi kebenaran kepada tentera-tentera Salibiyyah memasuki Damsyik dan membeli senjata bagi bagi memerangi Muslimin.



Setelah berita ini sampai kepada Al Izz yang merupakan khatib dan Mufti Damsyik ketika itu, beliau terus mengeluarkan fatwa haram menjual senjata kepada mereka. Beliau kemudian menaiki mimbar Masjid al Umawi mengutuk dan mengecam tindakan al Saleh tersebut, yang merupakan satu pengkhianatan besar terhadap umat Islam. Beliau tidak lagi berdoa untuk sultan di dalam khutbahnya, sebaliknya berdoa dengan doa yang menunjukkan bahawa beliau telah menarik kembali bai’ahnya (taat-setianya).
 
*BERSAMBUNG.........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan