* Sudah terang lagi bersuluh. Kita boleh saksikan nanti dengan ketibaan tahun baru 2011 atau ambang 2011 merupakan menifestasi kepada sikap umat manusia yang sebenarnya. Nyata bahawa golongan manusia sudah terbahagi kepada beberapa golongan:
-lelaki
-perempuan
-pondan
-penkid
-gay
-lesbian
-biseksual
Kerana itu al-'Allamah al-Adib Jama'in Syeikh Abdul Murad menyatakan didalam kitabnya Tafsir Juz 'Amma diantara tanda orang yang beruntung dan orang yang celaka ialah :
1-mengetahui tujuan hidup
2-mempunyai pedoman hidup
3-pandai mengemudi kehidupan
Hakikatnya terlalu ramai manusia yang tidak mempunyai tujuan kehidupan malah tidak tahu untuk apa mereka hidup di atas dunia ini. Hidup hanya untuk makan, minum, tidur, makan, minum , tidur.......begitulah saling tidak tumpah seperti binatang yang Allah jadikan hanya bermatlamat sedemikian. Tujuan kita hidup ini adalah untuk beribadat kepadaNya dan menjadi sebaik-baik khalifah Allah di muka bumi supaya kita mendapat redha Allah.
Sambutan tahun baru sebagai cerminan jiwa manusia yang semakin tandus nilai kemanusian-gambar hiasan
Hiburan-hiburan yang telah "dihalalkan" serata ceruk pelusuk tanah air tanpa mengira "siapa" menjadikan manusia merasa itulah hakikat sebenarnya kehidupan-gambar hiasan
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan itu berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti AIDS dan penyakit kelamin walaupun mereka mengambil langkah pencegahan.
Menurutnya, pengamal seks songsang perlu sedar tentang perkara berkenaan dan menjauhi kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit-penyakit berkenaan.
"Jika difikirkan pasti ada sebab yang munasabah mengapa setiap ajaran agama melarang penganutnya terlibat dengan kegiatan seks songsang. Saya percaya ia ada kaitan dengan kesannya terhadap kesihatan pengamalnya.
"Pengamal seks songsang berisiko untuk dijangkiti penyakit berjangkit yang berbahaya seperti AIDS serta penyakit-penyakit kelamin yang lain dan ia harus dihentikan segera. Selain itu, ia juga bertentangan dengan budaya negara kita dan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau mengulas mengenai budaya seks songsang yang semakin menular di Malaysia dan ancamannya kepada negara sekiranya tidak dibendung segera.
Baru-baru ini, rakyat digemparkan dengan pengakuan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun bahawa dirinya seorang gay menerusi salah satu video kontroversi bertajuk It Gets Better In Malaysia: Memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
Menurut Rosnah, penularan kegiatan seks songsang bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terjebak dengan perlakuan tidak bermoral itu, malah ia turut merosakkan masyarakat.
"Apabila semakin ramai yang menerima budaya tersebut maka tentunya masyarakat yang terbentuk adalah masyarakat yang pincang moralnya," jelasnya.
Beruntung mereka yang menggunakan pedoman kehidupan agar tidak sesat jalan
Apa yang kita harapkan dari warna warni bunga api di awal tahun ini? selain dari hamis belerang dan deraian mercun yang sudah terbakar serta bisingan dentuman dalam masa yang sungguh pantas?-gambar hiasan
Walau pun tahun masihi yang mengikut perkiraan matahari. Marilah kita amalkan doa ini kerana Allah menjadikan bulan dan matahari untuk manusia membuat perkiraan dan perhitungan dunia. Bukan sia-sia.
Begitu pantas masa berlalu. 10 ditinggalkan. 11 menjelma. Apa azam kita?
Kullu 'am wa antum bi alf khair!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan