Khamis, 30 Disember 2010

Seks songsang terdedah penyakit berjangkit-utusan online




* Sudah terang lagi bersuluh. Kita boleh saksikan nanti dengan ketibaan tahun baru 2011 atau ambang 2011 merupakan menifestasi kepada sikap umat manusia yang sebenarnya. Nyata bahawa golongan manusia sudah terbahagi kepada beberapa golongan:

-lelaki
-perempuan
-pondan
-penkid
-gay
-lesbian
-biseksual

Kerana itu al-'Allamah al-Adib Jama'in Syeikh Abdul Murad menyatakan didalam kitabnya Tafsir Juz 'Amma diantara tanda orang yang beruntung dan orang yang celaka ialah :

1-mengetahui tujuan hidup
2-mempunyai pedoman hidup
3-pandai mengemudi kehidupan

Hakikatnya terlalu ramai manusia yang tidak mempunyai tujuan kehidupan malah tidak tahu untuk apa mereka hidup di atas dunia ini. Hidup hanya untuk makan, minum, tidur, makan, minum , tidur.......begitulah saling tidak tumpah seperti binatang yang Allah jadikan hanya bermatlamat sedemikian. Tujuan kita hidup ini adalah untuk beribadat kepadaNya dan menjadi sebaik-baik khalifah Allah di muka bumi supaya kita mendapat redha Allah.

Sambutan tahun baru sebagai cerminan jiwa manusia yang semakin tandus nilai kemanusian-gambar hiasan

Apakah pedoman kehidupan? 2 panduan kehidupan manusia agar tidak jauh tersesat dari jalan kebenaran iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjamin kebahagian jiwa dan kemuliaan kehidupan di dunia dan akhirat. Manusia mencari selain dari 2 perkara ini maka hakikatnya "manusia sudah pun kiamat sebelum kiamat dunia ini". Hakikatnya masa depan yang amat suram dari kebejatan akidah, syariat dan akhlak manusia yang menjadikan taraf "orang turun kepada binatang"


Hiburan-hiburan yang telah "dihalalkan" serata ceruk pelusuk tanah air tanpa mengira "siapa" menjadikan manusia merasa itulah hakikat sebenarnya kehidupan-gambar hiasan


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pengamal seks songsang dikategorikan sebagai golongan yang mengalami masalah psikologi sehingga mereka cenderung memilih kaum sejenis tanpa memikirkan kesan penyakit yang boleh menjangkiti mereka.




Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan itu berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti AIDS dan penyakit kelamin walaupun mereka mengambil langkah pencegahan.



Menurutnya, pengamal seks songsang perlu sedar tentang perkara berkenaan dan menjauhi kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit-penyakit berkenaan.



"Jika difikirkan pasti ada sebab yang munasabah mengapa setiap ajaran agama melarang penganutnya terlibat dengan kegiatan seks songsang. Saya percaya ia ada kaitan dengan kesannya terhadap kesihatan pengamalnya.



"Pengamal seks songsang berisiko untuk dijangkiti penyakit berjangkit yang berbahaya seperti AIDS serta penyakit-penyakit kelamin yang lain dan ia harus dihentikan segera. Selain itu, ia juga bertentangan dengan budaya negara kita dan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia.



Beliau mengulas mengenai budaya seks songsang yang semakin menular di Malaysia dan ancamannya kepada negara sekiranya tidak dibendung segera.



Baru-baru ini, rakyat digemparkan dengan pengakuan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun bahawa dirinya seorang gay menerusi salah satu video kontroversi bertajuk It Gets Better In Malaysia: Memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual.



Menurut Rosnah, penularan kegiatan seks songsang bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terjebak dengan perlakuan tidak bermoral itu, malah ia turut merosakkan masyarakat.



"Apabila semakin ramai yang menerima budaya tersebut maka tentunya masyarakat yang terbentuk adalah masyarakat yang pincang moralnya," jelasnya.


Beruntung mereka yang menggunakan pedoman kehidupan agar tidak sesat jalan


Apa yang kita harapkan dari warna warni bunga api di awal tahun ini? selain dari hamis belerang dan deraian mercun yang sudah terbakar serta bisingan dentuman dalam masa yang sungguh pantas?-gambar hiasan


Walau pun tahun masihi yang mengikut perkiraan matahari. Marilah kita amalkan doa ini kerana Allah menjadikan bulan dan matahari untuk manusia membuat perkiraan dan perhitungan dunia. Bukan sia-sia.

Begitu pantas masa berlalu. 10 ditinggalkan. 11 menjelma. Apa azam kita?
Kullu 'am wa antum bi alf khair!

SURAH SABA' AYAT 34-39-UNTUK RENUNGAN DI AKHIR TAHUN 2010



              


34. Dan kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang pemberi peringatanpun, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya".



        

35. Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak- anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab[1241].



[1241] Maksudnya: oleh Karena orang-orang kafir itu mendapat nikmat yang besar di dunia, Maka mereka merasa bahwa mereka dikasihi Tuhan dan tidak akan diazab di akhirat.

 •         ••   

36. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya). akan tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".



                       

37. Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal (saleh, mereka Itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang Telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang Tinggi (dalam syurga).



         

38. Dan orang-orang yang berusaha (menentang) ayat-ayat kami dengan anggapan untuk dapat melemahkan (menggagalkan azab kami), mereka itu dimasukkan ke dalam azab.



 •                     

39. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, Maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezki yang sebaik-baiknya.

Rabu, 29 Disember 2010

Pasangan perlu cari ilmu rumah tangga - Jakim

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Setiap pasangan suami isteri di negara ini disarankan supaya sentiasa mencari ilmu berkaitan rumah tangga dan kehidupan berkeluarga bagi mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan mereka.




Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Keluarga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan, proses mencari ilmu sewajarnya dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh perkahwinan bagi menjamin kebahagiaan sesebuah pasangan sehingga ke akhir hayat.



"Amat menyedihkan apabila kebanyakan pasangan suami isteri hari ini mengambil mudah soal ilmu rumah tangga. Mereka fikir ilmu yang diperoleh semasa menjalani kursus perkahwinan sudah cukup untuk mereka gunakan sampai bila-bila.



"Hakikatnya, kursus tersebut tidak membolehkan mereka untuk memahami dengan sempurna tugas dan tanggungjawab sebagai pasangan suami dan isteri apatah lagi pelaksanaan kursus itu hanya memberi gambaran awal kepada bakal pasangan tentang alam perkahwinan," katanya.



Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia semalam yang mendedahkan mengenai punca-punca perceraian termasuk suami isteri curang, pengaruh laman sosial di Internet dan jahil agama.



Tambah Zawiah, antara langkah terbaik yang boleh dilakukan pasangan dalam mencari ilmu tersebut adalah dengan menghadiri kursus-kursus tertentu seperti kursus pengurusan keluarga dan anak serta lain-lain lagi.



"Apa yang penting, jangan malu untuk menghadiri kursus-kursus tersebut. Jangan ingat kursus sebegini hanya dikhususkan kepada pasangan dan keluarga yang bermasalah sahaja kerana sesiapa pun boleh menyertainya jika berminat," katanya.



Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa kursus perkahwinan memerlukan penambahbaikan daripada aspek tertentu, Zawiah berkata, perkara itu akan diteliti pihak Jakim dari semasa ke semasa.



"Berdasarkan respons yang diperoleh, rata-rata bakal pasangan suami isteri berpuas hati dengan pengisian kursus praperkahwinan yang sedia ada itu.



"Namun, tidak mustahil jika suatu hari nanti elemen baru terutama yang melibatkan ilmu rumah tangga dan pengurusan keluarga akan ditekankan secara mendalam dalam pengisian kursus tersebut," katanya.

 
P/S :PASANGAN YANG MENGIKUTI KURSUS PRA PERKAHWINAN DIINGATKAN BAHAWA KELAS 2 HARI ITU TIDAK MENCUKUPI ATAU MEMADAI BAGI ANDA. ANDA PERLU KE MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU DI KAWASAN MASING-MASING  YANG MENYEDIAKAN PENGAJIAN BAGI MENAMBAH ILMU DI DADA. KURSUS TERSEBUT ADALAH SEBAGAI PENCETUS KEPADA KESEDARAN MEMBINA RUMAHKU SYURGAKU.  SELEPAS ITU ANDALAH YANG PERLU MENCARI PENGISIAN YANG LAIN.

Khamis, 23 Disember 2010

MOTIVASI - UPAH YANG DITERIMA, AMANAH DILAKSANA

MOTIVASI




UPAH YANG DITERIMA, AMANAH DILAKSANA



OLEH:

Tuan Abd.Ghani bin Yusof

( Pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Pakar Motivasi MODID )



PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU-GURU TAKMIR NEGERI PULAU

PINANG 1432 H/ 2010 M

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG\



PENGENALAN :


Isu berkaitan integriti dan amanah adalah isu nasional yang sering dibincangkan secara serius. Penjawat awam memikul tugas dan amanah yang besar dalam menggerakkan organisasi masing-masing. Tidak dinafikan bahawa majoriti dari kita sememangnya telah dan sedang melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh integriti. Namun , hanya `kerana nila setitik ,rosak susu sebelanga `.Itulah pepatah yang boleh kita selitkan disini kerana tidak semua dari kita bersikap amanah dan berintegriti tinggi. Ada sebilangan kecil dari penjawat awam atau orang yang dipertanggungjawabkan melaksanakan sesuatu tugas, melaksanakannya secara sambil lewa,tidak serius,kurang komitmen atau dalam kata `tidak amanah`.

Dalam hal ini , para guru agama atau guru takmir masjid juga tidak terlepas daripada berhadapan isu ini. Sememangnya majoriti dari kita telah cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin, namun masih ada segelintir dari kita melaksanakannya secara kurang serius,tiada komitmen dan tidak konsisten. Inilah yang dikatakan`kerana nila setitik,rosak susu sebelanga`.

Disini,penulis ingin mengajak kita semu membuat `refleksi diri` atau `muhasabah diri`, sejauhmanakah peranan yang telah kita ambil untuk memperbaiki diri kita,kualiti pengajaran kita,perbetulkan niat kita dan keberkesanan kaedah yang kita gunakan dalam penyampaian kita. Dengan penganjuran program tafaquhfiddin ini sedikit sebanyak dapat memperingatkan kita kembali tentang tanggungjawab dan amanah yang sedang kita pikul ini.



ISU BERKAITAN UPAH:

Upah kalau dirujuk kepada kamus dewan ia membawa kepada pengertian sejenis bayaran saguhati yang diterima sebagai balasan apa yang telah kita berikan atau sebagai saguhati kepada perkhidmatan yang telah diberikan. Upah juga boleh dinamakan sebagai gaji atau imbuhan dalam konteks yang lebih luas.

Sememangnya, upah memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan motivasi seseorang untuk melaksanakan sesuatu kerja. Adalah mustahil atau tidak masuk akal, jika ada dikalangan kita sanggup melaksanakan sesuatu tugas secara tetap dan berterusan tanpa menerima apa-apa ganjaran,upah,komisen atau gaji. Jika ada sekalipun yang sebegitu ikhlas sifatnya, namun jumlahnya adalah terlalu kecil.

Namun apa yang menjadi pokok persoalannya disini ialah sejauhmanakah, setimpalnya bayaran upah yang diterima, berbanding dengan tugas yang telah dilaksanakan. Ada dikalangan kita yang begitu gigih dan komitmen dalam menyampaikan ilmu . tahniah diucapkan. Maka upah dan ganjaran yang diterima adalah cukup sepadan dengan perkhidmatan yang telah diberi.Alhamdulillah.

Didalam kelompok guru-guru agama dan guru takmir yang cukup ramai itu, terselit guru-guru agama dan guru takmir yang hanya menerima tugasan mengajar hanya semata-mata kerana ganjaran dan upah yang dijanjikan. Kualiti pengajaran dan penyampaian ilmunya pada anak-anak muridnya berada pada tahap yang kurang memuaskan atau dalam kata lain, tidak sepadan dengan bayaran yang diberi.

Dimanakah silapnya ? Kurang penghayatan tentang konsep amanah ? Mungkin sebahagian besar dari kita memang cukup faham dengan nilai `amanah` tapi penghayatannya kurang. Atau, sebahagian dari guru-guru takmir merasakan ini hanyalah tugas fardhu kifayah yang mana semua orang perlu memainkan peranan.

Apapun alasan yang diberi, konsep upah dan amanah ini perlu dinilai kembali dan diberi `penjenamaan semula` atau `re-branding` supaya apa yang kita hasratkan mencapai matlamatnya. Adalah tidak adil jika kita menerima bayaran dan menggunakan hasil bayaran itu untuk membiayai` penghidupan `kita,tetapi dalam waktu yang sama kita telah abaikan amanah yang telah kita pikul selama ini,iaitu menyampaikan ilmu kepada umat islam yang sedia maklum memang dahagakan ilmu agama.



INTEGRITI DAN AMANAH DALAM MENYAMPAIKAN ILMU :

Hanya orang yang berkemampuan dari segi ilmu agama sahaja bersedia dan menerima tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu agama dimasjid-masjid . Orang yang berkelulusan agama sahaja yang mempunyai `kapasiti` untuk menyampaikan ilmu berkaitan farhu ain,muamalat,ibadah,feqah,tauhid,hadis,ulum quran dan lain-lain cabang ilmu agama.Tidak kiralah dari mana institusi pengajian tinggi yang pernah kita diami, yang pentingnya penguasaan ilmu agama itu sendiri. Tidak semua dari kita punyai latar belakang ilmu agama. Maka dibahu guru takmir masjidlah, terpikulnya tanggungjawab ini.Kalau bukan guru takmir siapa lagi ?

Atas sebab inilah perlunya ada konsep amanah,ikhlas dan `integriti` dalam menyampaikan ilmu agama. Bukan upah yang menjadi `keutamaannya` tetapi `nilai ilmu` itulah yang patut kita utamakan. Upah itu adalah hanya sekadar saguhati diatas khidmat para guru takmir diatas kesudiannya meluangkan masa untuk menyampaikan ilmu. Betul ! Upah itu adalah `penggerak` atau `pemangkin` untuk menyuntik semangat kita selaku guru takmir dalam menyampaikan ilmu, tapi janganlah ia menjadi `prioriti`dalam tugas yang diberi.

Secara umumnya mengajar itu dilakukan dalam tiga kaedah ( mengikut pendapat ulama muktabar ):



Pertama: dengan tujuan untuk beribadah saja, dan tidak mengambil upah.

Kedua : mengajar dengan mengambil upah.

Ketiga : mengajar tanpa syarat, dan jika ia diberikan hadiah ia menerimanya



Maka guru –guru takmir masjid berada dalam kategori yang kedua. Maka upah yang diterima perlu selari dan sepadan dengan bayaran yang diterima.

Sifat amanah secara sepintas lalu nampak seolah-olah suatu yang `abstrak` ( tidak dapat dilihat dan nilai ),tapi sebenarnya ianya boleh dinilai dan diukur. Lihatlah kepada kesungguhan kita, persediaan kita, komitmen kita,penjagaan masa kita dan apa juga yang berkaitan dengan kualiti diri kita sebagai guru takmir,maka itulah yang boleh dijadikan sebagai `penanda aras` atau `benchmark` kepada nilai amanah yang kita pegang dalam menyampaikan ilmu.

RASA YANG TERABAI

RASA YANG TERABAI




OLEH:



ALFADHIL USTAZ SHAHRUL RIZAL BIN MOHD SATI

MUDIR MADRASAH AL HASANIYYAH ALISLAMIYYAH

TENGGAROH, MERSING, JOHOR DARUL TAKZIM





PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU-GURU TAKMIR NEGERI PULAU PINANG 1432 H/ 2010 M

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

 
 
 
 
 
KERTAS KERJA


RASA YANG TERABAI

1.0 MUQADDIMAH

Islam ialah agama yang lengkap dan syumul. Lengkapnya Islam itu bukan sekadar menyelesaikan masalah zahir dalam kehidupan seharian manusia sahaja. Namun, Islam turut menyelesaikan masalah dalaman pada setiap individu.

Secara umumnya manusia mengandungi 3 elemen. Jasmani, rohani dan intelek. Ketiga-tiga perkara ini dijaga oleh Islam melalui maqasid Islam itu sendiri. Di sinilah terletaknya kesyumulan Islam melalui keseimbangan ketiga elemen ini. Kadar keseimbangan ini perlu dijaga seperti kadar kesimbangan sistem imun tubuh badan kita yang zahir. Kekurangannya dan kelebihannya yang tidak teratur akan membawa kepada penyakit. Jika tidak dibendung akan membawa kepada kronik dan membarah.

Hari ini, kepincangan masyarakat dalam segala segi seperti akhlak, jahil, kemaksiatan dan lain-lain adalah berpunca dari kekurangan dari salah satu elemen itu. Kertas kerja ini pula akan membahaskan elemen rasa yang diabaikan oleh masyarakat khususnya golongan agamawan sehingga menabrakkan lagi kebobrokan pelbagai gejala.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu golongan agamawan menyelesaikan masalah umat seperti yang dituntut oleh Rasul, kerana agamawan adalah pewaris rasul dan rasul telah meninggalkan legasi untuk memelihara umatnya.

Sabda Rasul s.a.w : (( Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak)).



2.0 RASIONAL



2.1 Perbincangan bersama GPI di peringkat negeri semasa Program Kem Solat Berkesan Negeri Johor 2010, di Gunung Berlumut.

2.2 Masalah yang selalu diutarakan kepada penulis tentang mereka yang bersolat tetapi masih melakukan maksiat.

2.3 Masalah yang diutarakan oleh masyarakat bukan Islam tentang kebobrokan masyarakat Islam, sedangkan mereka mempunyai al Quran, hadis dan sistem yang bagus.



3.0 KEPENTINGAN TAJUK



3.1 Berkaitan dengan iman. Seseorang yang kehilangan rasanya adalah orang yang sakit. Kaedahnya seperti orang demam.

3.2 Punca kepada segala penyakit masyarakat.

3.3 Kaedah tarbiyyah Rasul yang tidak dikuti.





4.0 FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN RASA



4.1 Fasad hati

Setiap anggota mewakili fungsinya masing-masing. Seperti mata fungsinya melihat, telinga mendengar, hidung menghidu, tangan menyentuh, lidah merasa yang zahir dan hati merasa yang batin.

Hati memain fungsi rasa bagi perkara yang batin seperti yang ditunjuk nabi dalam perlakuan baginda, apabila baginda menunjukkan isyaratnya ke dada, sambil bersabda : (( Taqwa itu disini )) sebanyak dua kali.

Jesteru itu, kefasadan hati akan merosakkan deria rasa. Kerosakkan tersebutlah yang akan merosakkan fungsi manusia. Malah menjerumuskan manusia kepada kebinatangan dan kesyaitanan. Maka benarlah sabda nabi : (( apabila dia baik, maka baiklah keseluruhannya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah keseluruhannya.Bukankah dia hati )).

Perkara yang membawa fasad itu cukup banyak sekali seperti syirik, riya, ujub, sumah, kibriya dan lain-lain lagi.

4.2 Tidak di ajar untuk mendapatkan rasa

Hal keadaan Rasul yang berakhlak cukup mulia adalah berpunca dari tarbiyyah ilahiyyah rabbaniyyah kepada jiwa rasul. Rasul bersabda : (( Aku diajar adab oleh tuhanku, dan Dialah menjadikan adabku yang terbaik )).

Maka, Allahlah yang mengajar rasa dan mengenalinya sehingga baginda mendapat yang terbaik. Allah juga sering menguji baginda sepanjang tempoh pengajaran tersebut bahkan memberi ilmu juga kepada kaum muslimin yang lain. Ini dibuktikan melalui hadis jibril yang panjang.

4.3 Sistem penumpuan kepada teori sahaja.



Sistem pembelajaran yang digunapakai pada hari ini menumpukan kepada teori dan intelek sahaja. Malah bentuk-bentuk ujian juga menjurus kepada menilai intelek berdasarkan teori. Islam dengan sifat syumulnya tidak mampu untuk dinilai dengan cara sehala. Praktikal juga bukan sekadar dalam bentuk luaran sahaja. Jesteru itu Imam al Ghazali banyak menekankan di dalam Ihya dan Mauizahnya tentang kepentingan guru-guru mursyid.

4.4 Memisahkan – misahkan ajaran agama.

Pemisahan ajaran agama menjadikan nilai rasa turut berkurang. Ilmu Islam dipisah dari nilai rasa menjadikan ilmu itu begitu kering. ilmu dibahagi kepada aqidah, feqh dan tasauf. Masing-masing dikhususkan tanpa diserta dari sudut rasa. Pada zaman Rasulullah s.a.w, ilmu-ilmu ini tidak dipisah-pisahkan. Jesteru ilmu aqidah bukan sekadar teori bahkan dirasai. Ilmu feqh bukan sekadar teori bahkan dirasai. Begitu juga dengan tasauf.

Inilah yang cuba digarap oleh Syeikh Hasan Farhan al Maliki di dalam kitabnya Nahu Inqaz al Tarikh, mengenai rasa yang telah diabaikan kini. Akhirnya ilmu-ilmu Islam hanya sebagai medan perdebatan bukannya untuk di amalkan.



5.0 ISLAM DAN RASA



Banyak orang menyangkal kepentingan rasa di dalam Islam. Malah mengabaikan nilai rasa dengan menganggap ia bukanlah benda penting di dalam Islam. Bukahkah Islam dalam setiap perintah Allah turut menyelitkan nilai rasa di dalamnya. Jesteru itu Allah telah menetapkan fasad itu berlaku apabila setiap anggota itu tidak berfungsi dengan benar. Seperti mana firman Allah : (( mereka itu mempunyai telinga tetapi tidak mendengar, mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat, mereka mempunyai hati tetapi tidak memahaminya ))

Islam menitik beratkan rasa seperti mana contoh-contoh di bawah :

5.1 Takut

Firman Allah : (( Takutilah Allah dengan sebenar-benar taqwa ))



5.2 Sayang dan cinta

Firman Allah : (( Seandainya engkau mencintai Allah, ikutilah aku ))



5.3 Malu

Sabda Nabi : (( Jika kamu tidak rasa malu, lakukanlah apa yang kamu mahu ))



5.4 Marah

Sabda Nabi : (( Sesiapa yang melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangannya …))



5.5 Bersungguh-sungguh

Sabda Nabi : (( Sesuatu pekerjaan yang disukai Allah, dilakukan dengan tekun ))



5.6 Benci

Sabda Nabi : (( Sesuatu yang dibenci oleh Allah tetapi halal ialah talak ))

MESYUARAT PENYELARASAN TAKMIR NEGERI-NEGERI BIL 3/2010

TARIKH: 23 DISEMBER 2010 (KHAMIS)
MASA: 9.30 PAGI
TEMPAT:DEWAN SYURA, ARAS 9, JAKIM

TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU-GURU TAKMIR PULAU PINANG BERTEMPAT DI AN NAHDHOH INN, KUBANG SEMANG-21 DISEMBER 2010

Pendaftaran peserta seawal jam 7.30 pagi

Apa pun terjadi sarapan perlu dijamah terlebih dahulu untuk memberi tenaga ketika majlis Tafaqquh nanti


Kereta-kereta guru Takmir Pulau Pinang mula membanjiri Yayasan An Nahdhoh


Majlis Perasmian Tafaqquh Fiddin Perdana Guru Takmir Pulau Pinang 2010 disempurnakan oleh Tn Hj Ellias b Hj Zakaria, Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Turut sama hadir ialah SS Dato' Hj Hassan b Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Bacaan ayat-ayat suci al-Quran pembuka majlis dari surah An-Nisa' mulai ayat 58 memberikan semangat untuk berjuang menegakkan kalimah Allah dimuka bumi


Tn Hj Ayob B Yaacob, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIPP, mewakili Pengarah JHEAIPP sedang memberikan ucapan aluan dalam majlis Tafaqquh Fiddin Perdana.

Bukan sekadar merasmikan majlis, mutiara ilmu turut diberikan sebagai pedoman dan panduan kepada guru Takmir Pulau Pinang. Itulah dia Tn Hj Ellias B Hj Zakaria, Yang di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.


Guru-guru Takmir yang hadir khusyuk mendengar amanat ringkas tetapi penuh berisi daripada Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.


Ceramah 1 oleh Tuan Abd.Ghani bin Yusof
( Pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Pakar Motivasi MODID )



Sesi ke 2 ceramah :RASA YANG TERABAI OLEH: ALFADHIL USTAZ SHAHRUL RIZAL BIN MOHD SATI MUDIR MADRASAH AL HASANIYYAH ALISLAMIYYAH TENGGAROH, MERSING, JOHOR DARUL TAKZIM



Pihak urusetia amat terharu kerana SS Dato' Mufti sudi hadir dari awal hingga akhir majlis Tafaqquh Fiddin Perdana kali ini. Malah beliau turut menjadi peserta bersama-sama guru Takmir yang lain mendengar 2 sesi yang berlangsung dengan baiknya.


Guru-guru Takmir wanita yang turut hadir kali ini


Moga ilmu bekalan untuk dibawa pulang bermanafaat untuk masyarakat, insyaAllah

Khamis, 16 Disember 2010

Peluang saksi fosil telur dinasaur 65 juta tahun

PUTRAJAYA – Batu meteor besi seberat 165 kilogram (kg) dan fosil telur dinasaur berusia lebih kurang 65 juta tahun kini boleh dilihat di Pameran Batu-Batuan Pelik bermula hari ini sehingga 16 Januari depan di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.






Pameran kali kedua anjuran Jabatan Muzium Malaysia itu mempamerkan kira-kira 100 jenis batu istimewa yang terbentuk jutaan tahun dahulu daripada kategori meteor, fosil, ambar dan suevit.




Batu-batuan ini dibawa khas oleh agensi yang terlibat dalam pameran ini seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Galeri Meteor, Galeria Perdana dan The Sculptures dan Muzium Alam Semulajadi.



Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran kali ini lebih menarik kerana turut mengetengahkan batu-batuan dari angkasa, hutan rimba, bukit bukau, gua dan juga pergunungan.



kredit : kosmo.com.my



Dinosaur ‘serang’ Kuala Lumpur




Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

nazrul.sharuddin@utusan.com.my

Gambar JEFRI IRAN







FOSIL sebenar Tyrannosaurus Rex turut dipamerkan pada pameran Dinos Alive di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.



--------------------------------------------------------------------------------







SEKITAR Pusat Sains Negara (PSN) kini diserbu orang ramai yang ingin melihat secara dekat 32 ekor dinosaur - reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 165 juta tahun dahulu.



`Serangan’ dinosaur di PSN itu merupakan sebahagian daripada pameran Dinos Alive yang bermula sejak 1 Disember lalu.



Ini bukan pameran biasa. Semua 32 ekor dinosaur tersebut `hidup’ dan pasti akan mengancam setiap pengunjung yang datang.



Ngauman ngeri spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex misalnya boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.



Malah ngauman ngeri itu akan terus mengancam para pengunjung PSN selama enam bulan hingga Mei tahun depan.



Apa yang menakjubkan, semua 32 dinosaur yang ditampilkan di PSN itu seolah-olah hidup kerana ia digerak menggunakan kaedah robotik.



Kesemuanya dibina berdasarkan saiz dan struktur badan menyerupai haiwan itu yang sebenar.



Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga pasti akan teruja dengan elemen nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap.



Dengan itu kesemua dinosaur yang dipamerkan kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa.



Sebaik sahaja pengunjung tiba di pintu masuk pameran, mereka akan disambut oleh T-Rex dan Apatosaurus.



T-Rex tersebut mempunyai ketinggian lima meter iaitu menyamai ketinggian dua ekor gajah Sumatera yang disusun secara bertingkat.



Sementara saiz Apatosaurus pula yang sepanjang 21 meter menyamai saiz mamalia terbesar dunia iaitu paus biru.



Pengunjung kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke tingkat satu PSN di mana terletaknya galeri pameran sebenar.



Terdapat dua galeri yang disediakan iaitu galeri spesies dinosaur pemakan daging atau karnivor dan spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan (herbivor).



Lebih mengujakan, pameran berkenaan turut menyediakan lima biji telur dinosaur spesies Triceratops dan fosil sebenar spesies T-Rex serta Chasmosaurus.



Untuk setiap spesies yang dipamerkan terdapat penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.



Di penghujung galeri spesies herbivor, terdapat seekor dinosaur yang boleh menari mengikut rentak muzik bagi menghiburkan para pengunjung.



Pengarah PSN, Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli berkata, pameran berkenaan memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman sebenar berinteraksi dengan haiwan prasejarah itu.



‘‘Dinosaur merupakan subjek universal yang dapat menarik perhatian masyarakat selain meningkatkan imaginasi mereka tentang kewujudannya suatu ketika dahulu.



‘‘Dengan membawa pameran Dinos Alive ini ke PSN, ia pastinya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja tidak kira latar belakang dan peringkat umur.



‘‘Secara tidak langsung, ia juga sebahagian daripada usaha memperkenalkan PSN sebagai pusat pendidikan sains tidak formal kepada umum,’’ jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Untuk pameran tersebut, PSN menjangkakan jumlah pengunjung 200,000 orang dengan sasaran pelawat dari kalangan keluarga dan pelajar sekolah.



‘‘Untuk tujuan itu, kita telah menjalankan banyak promosi di sekolah-sekolah selain menerusi laman web PSN,’’ jelasnya.

“HIJRAH MEMPERKASA UMMAH”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



“HIJRAH MEMPERKASA UMMAH”

(10 DISEMBER 2010 / 4 MUHARRAM 1432H)
 



Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada tahun baru hijrah yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “HIJRAH MEMPERKASA UMMAH ”.



Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini berada 4hb Muharram bagi tahun baru 1432H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru hijrah. Ma'al Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa dengan berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100:



Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."



Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Kejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan pula dengan agenda membangun negara yang berteraskan petunjuk al-Quran al- Karim. Dalam masa 10 tahun sahaja, Madinah telah berjaya mengalahkan kuasa besar seperti Rom timur dan Parsi. Pengajaran yang penting kepada kita daripada peristiwa hijratur Rasul ini ialah perlunya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.

Justeru itu, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa agar ia menjadi panduan kepada kehidupan. Adalah satu hakikat bahawa pemantapan iman amat berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu dan pendidikan melalui penjelasan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:





Maksudnya: "Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan."



Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Pendidikan adalah matlamat utama melahirkan individu muslim yang berilmu dan membina masa depan sebagai ummah contoh. Peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia itu sendiri termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi menjana ummah berkualiti, pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh yang melibatkan fardhu 'ain, fardhu kifayah dan teknologi maklumat perlu dititikberatkan.

Umat Islam dituntut memperkukuh ilmu fardhu ‘ain dengan mendalami pengetahuan agama seperti dalam bidang tafsir al-Quran, hadith, fiqh, akidah dan sebagainya sebagai benteng kepada keutuhan dan kekuatan iman serta pegangan kepada agama Islam itu sendiri. Bagi memantapkan ilmu fardu ‘ain ini, umat Islam diseru agar mengikuti kuliah-kuliah agama di masjid dan surau melalui pengajian kelas fardu ‘ain dan takmir yang telah disediakan.

Namun, persoalan besar timbul ialah sejauh manakah penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan di negara ini?. Berdasarkan pemerhatian dalam bidang-bidang tertentu seperti ilmu matematik, sains fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, perubatan dan bidang-bidang sains yang lain, di dapati bahawa umat Islam ketinggalan jauh berbanding pencapaian kaum-kaum lain. Ini merupakan cabaran hebat kepada umat Islam di negara ini dalam usaha membina masa depan yang cemerlang.

Memperkasa umat Islam sebagai umat yang unggul menutut kebijaksanaan yang amat tinggi. Dalam bidang ilmu dan pendidikan mestilah ada perubahan iaitu tajdid. Pembaruan ilmu dan pendidikan yang bersifat semasa mampu melepaskan seseorang itu dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Dengan cara ini akan melahirkan ilmuan yang selari dan senafas dengan zaman serta cabaran lingkungan terkini.

Memperkasa umat Islam haruslah bermula dengan contoh dan tauladan yang tinggi supaya ianya menjadi sumber ikutan yang baik di kalangan umat-umat yang lain. Umat Islam mestilah diberikan suasana kebebasan dalam membuat pandangan-pandangan yang membina supaya setiap pihak merasa selesa bahawa kritikan yang membina adalah untuk kebaikan kepada semua.

Kita semua sedia maklum bahawa pendidikan yang berkesan tidak akan terlaksana jika ia tidak dijayakan secara bersungguh-sungguh serta mendapat kejasama dan sokongan dari semua pihak terutama institusi keluarga. Ibu bapa sebagai ketua keluarga seharusnya peka dan prihatin terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya bersama. Ibu- bapa perlu menyediakan prasarana yang baik di rumah bagi memastikan anak-anak dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran mereka dengan selesa dan sempurna.

Proses pendidikan rasmi dibangku sekolah merupakan medan terbaik untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia seterusnya membawa mereka kemercu kecemerlangan dan kegemilangan. Akan tetapi usaha ini tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan, sekiranya ibu- bapa menyerahkan tugas mendidik anak-anak ini kepada pihak sekolah secara mutlak. Sewajarnya tugas mendidik diteruskan oleh ibu- bapa ketika anak-anak bersama mereka. Sebagai contoh, anak-anak telah diajar tentang cara bersolat dibangku sekolah tetapi perlaksanaannya perlu dipantau dan diteruskan di rumah. Andaikata berlaku pengabaian dalam aspek ini maka akan pincanglah proses pendidikan itu. Soalnya apakah kita sudah pun melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna?.





Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, Bersempena dengan tahun baru hijrah ini, mimbar menyeru semua pihak terutama ibubapa, marilah kita sama-sama bertindak secara proaktif bagi memastikan masa depan generasi umat Islam lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut: Pertama: Memperkasa sektor pendidikan yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara; Kedua: Ibubapa perlu berusaha dan berkorban menyediakan peruntukkan yang sewajarnya untuk pendidikan; Ketiga: Ibubapa perlu membuat kajian dan analisis dari masa ke masa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina pendidikan cemerlang; dan Keempat: Merancang dan menyediakan pelan tindakan supaya matlamat pendidikan anak-anak memenuhi keperluan dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9:



Maksudnya: "Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."

Mumia temukan Dr. Maurice dengan Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI-utusan online 16 OKTOBER 2010








Dr. Yahya Maurice Bucaille



--------------------------------------------------------------------------------







PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.



Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.



Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.



Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.



Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.



Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.



Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.


“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”






Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.



Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.



Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?



Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.



Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.



Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.



“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”



Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.



Kisah Firaun dalam al-Quran



Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.



Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.



Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.



“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.



Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.



Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)



Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.



Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.



Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.



Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:



“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”



Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.



Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”



Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.



Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.



“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.



“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.



Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.



Sebagai iktibar umat akhir zaman

Jumaat, 10 Disember 2010

SAMBUTAN MA'AL HIJRAH-MAJLIS BACAAN DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN 1432H SERTA DOA SELAMAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

MASJID DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH PERDA MENJADI TUAN RUMAH

PENCERAMAH JEMPUTAN DR BASHIR DARI UUM

PETUGAS DARI MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DAN RELA


BAS RAPI PENANG TURUT BEKERJASAMA MELICINKAN PERJALANAN MAJLIS

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU JHEAIPP BERJAYA DALAM MENGENDALIKAN URUSAN PENGANGKUTAN DAN MERAMAIKAN MAJLIS

KETIBAAN TUAN YANG TERUTAMA NEGERI PULAU PINANG

VIP YANG MENYAMBUT KETIBAAN TUAN YANG TERUTAMA

SPEAKER DEWAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TURUT MENYAMBU KETIBAAN TUAN YANG TERUTAMA


BACAAN YASIN DAN TAHLIL DOA KESYUKURAN OLEH SAHIBUS SAMAHAH DATO' HASSAN HJ AHMAD

JEMAAH YANG MEMENUHI MASJID


PETUGAS DARI RTM TURUT SAMA DALAM MAJLIS

GENERASI MUDA TURUT BERHIJRAH

Jumaat, 3 Disember 2010

SALAM MA'AL HIJRAH 1432 H DARI WARGA TAKMIR JHEAIPP

Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram


Al Ajiba



Lagu Tema Maal Hijrah



lirik 1 Muharram :



Satu Muharram Detik Permulaan

Perkiraan Tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Makkah ke Kota Madinah



Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu

Rela Berkorban Harta dan Nyawa

Demi Menegakkan Islam Tercinta



Hijrah Itu Pengorbanan

Hijrah Itu Perjuangan

Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan



Oleh Itu Mari Semua

Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman



Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram




HIJRAH 1432 DENGAN TV AL HIJRAH


PENONTON DISARAN MENETAPKAN FREKUENSI SIARAN TV ALHIJRAH UNTUK MENIKMATI PENGALAMAN BARU DALAM DUNIA PENYIARAN






--------------------------------------------------------------------------------

TV Alhijrah menemui penonton buat julung kalinya di kaca televisyen mulai hari ini melalui siaran ujian. TV Alhijrah telah berjaya dipancarkan menerusi lima pemancar iaitu di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Haji Baharom (B) hadir di konti Pusat Penyiaran TV Alhijrah untuk melancarkan siaran ujian hari pertama TV Alhijrah sebagai sebuah TV siaran percuma terbaru negara ini.

Untuk menikmati rancangan menarik yang disusun oleh TV Alhijrah, penonton hanya perlu menekan alat kawalan jauh set televisyen bagi mendapat siaran seperti berikut;

Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.


Sepanjang tempoh percubaan siaran TV Alhijrah pada November ini, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan pembikinan atau “the making of” program-program TV Alhijrah yang akan mula disiarkan sepenuhnya pada Disember kelak. Antaranya ialah rancangan Kenduri Kendara, Menu Alam, Nak Ke Mana Tu, Ketika Cinta Bertasbih, Misteri Alam Melayu, Nota Al Zahra dan Sinar Baru.

TV Alhijrah turut mengetengahkan terbitan secara penuh di dalam siaran percubaan ini. Rancangan Kapsul Khas “Laporan Haji” merupakan siaran pertama di Malaysia yang membawa laporan dari Tanah Suci di dalam rangkuman khas setiap hari. Siaran ini menyediakan liputan mengenai ibadah Haji musim ini yang meliputi berita terkini jemaah Haji Malaysia, jadual penerbangan perkembangan semasa sempena musim haji

Kapsul Khas “Laporan Haji” turut menjadi pemangkin kepada program pertama yang seumpamanya di Malaysia yang membawa lintas lansung dari Makkah. Siaran lintas lansung ini akan member peluang kepada jemaah haji Malaysia untuk menyampaikan ucapan kepada keluarga di tanahair selain turut membantu penonton dalam usaha memahami konsep dan makna perkataan Haji itu sendiri.

Pihak TV Alhijrah turut menyiarkan beberapa rancangan utama sepenuhnya walaupun masih diperingkat percubaan siaran. Antaranya, sebuah rancangan bual bicara antarabangsa yang mendapat pengiktirafan di Amerika, Kanada, Korea, Turki dan banyak lagi. Program ini dikenali sebagai The Dr. Oz Show. Keunikan rancangan bual bicara santai ini terletak pada pilihan topik-topik perubatan dan kesihatan oleh seorang Doktor Islam. Dr Oz akan membincangkan pelbagai topik kesihatan serta gaya hidup secara langsung dengan penonton di studio.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam. Kesemua program yang ditayangkan memberi didikan berkonsep universal yang menekankan pelaksanaan Islam, sesuai serta releven untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.



TV Alhijrah stesen TV yang berkonsepkan Islam pertama di Malaysia, menitik beratkan penerbitan dan persembahan yang segar dan kreatif.





--------------------------------------------------------------------------------

Pautan Lain

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TVAlhijrahutamakanprinsipIslam/Article/


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TVAlhijrahdilancarhariini/Article/


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TVAlHijrahmulabersiaransemalam/Article/index_html
 
http://www.tvalhijrah.com/

Berucap di depan khalayak dengan berani

ARKIB : 19/04/2004-utusan online




Berucap di depan khalayak dengan berani

TAHUKAH anda bahawa tahap kekhuatiran untuk mempersembahkan pidato di khalayak ramai adalah lebih tinggi iaitu 70 peratus berbanding kegentaran untuk bertemu kekasih?



Dan latar belakang beberapa tokoh ternama seperti Winston Churchill dan Franco Mitterand sewaktu mula belajar berpidato menunjukkan mereka turut mengalami tahap kebimbangan yang sama.



Malah jutawan filem, Stephen Spielberg yang begitu hebat dengan idea-ideanya adalah seorang yang amat penakut untuk berhadapan dengan khalayak ramai.



``Sesetengah orang mampu berpidato tapi malu, sesetengah lagi tak tahu berpidato tapi muka tak malu.'' Itu adalah pandangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang dilontarkan dalam prakata buku ini.



Anak kelahiran Bagan Datoh, Perak ini percaya bahawa kemahiran berpidato bukan didorong oleh faktor keturunan, jauh sekali ia muncul secara semula jadi.



Sebaliknya, beliau yakin keterampilan berpidato boleh diasah dan digilap melalui latihan serta pemerhatian yang mesti dilakukan secara berterusan.



Sebab itulah menurut penulis buku ini ada kalangan ahli politik yang kaku ketika menyampaikan pidato politik berjaya mengatasi kelemahan tersebut menerusi latihan serta pemerhatian.



Kata-kata Ahmad Zahid itu bukan andaian atau teori semata-mata. Mengakui pertuturannya agak gagap ketika berada di sekolah rendah, penulis dibimbing oleh bapanya sendiri mengenai keterampilan berpidato.



Segala-galanya bermula ketika beliau berusia kira-kira lapan tahun apabila bapanya, seorang mudir di sebuah sekolah agama, kerap membawa beliau mendengar ceramah Yang Dipertua Pas, Hassan Adli.



Kesempatan itu digunakan oleh Ahmad Zahid untuk menimba pengetahuan mengenai keterampilan berpidato walaupun dalam usia yang masih mentah. Minat beliau itu semakin mendalam apabila kerap diajak oleh bapanya untuk menghadiri majlis ihtifal di sekolah bapanya.



``Semasa ihtifal saya tengok orang bersyarah dan berbahas hinggakan menambah minat saya untuk berpidato walaupun ketika itu bakat untuk berucap di khalayak ramai memang tidak ada,'' katanya.


Rentetan dari itu, Ahmad Zahid mencuba nasib menyertai pertandingan syarahan ketika berusia sembilan tahun dalam keadaan gagap sehingga beliau sendiri tidak tahu apa yang disampaikan.



Menyedari kelemahannya itu, penulis meningkatkan latihan berpidato sehingga beliau mampu membina keyakinan diri dan berjaya dalam beberapa pertandingan yang disertainya.



Beliau juga tidak bersetuju apabila ada pihak yang mendakwa bahawa keterampilan berpidato adalah faktor keturunan.



``Kita jangan menyangka kerana bapanya pandai berpidato anak-anak juga mahir berbuat demikian.



``Ini terbukti pada diri saya sendiri apabila hanya seorang daripada lima anak saya yang boleh berpidato manakala yang lain-lain tidak,'' katanya.



Seperti semua orang sedia maklum, orang politik pantang dapat mikrofon, sekali mikrofon dalam genggaman memang payah mereka nak berhenti. Ahmad Zahid turut dikuasai minat yang sama.



Rahsia



Kebolehan orang politik menyampaikan pidato politik sebenarnya didorong oleh banyak faktor dan rahsia. Menurut penulis ada juga orang politik yang hanya jaguh berpidato di peringkat kampung atau daerahnya, sebaik melangkah ke arena nasional atau antarabangsa, mereka kaku.



Menyedari bahan rujukan mengenai pidato politik di negara ini terlalu kurang, Ahmad Zahid mengambil kesempatan mengetengahkan ilmu serta petua pada dirinya untuk dikongsi.



Beliau yang tidak kedekut berkongsi pengalaman menyusun satu persatu persediaan serta kaedah berpidato yang pasti dapat membantu orang politik terutama yang masih muda.



Bukan setakat menyentuh mengenai bagaimana menyediakan bahan untuk berpidato, penulis turut menghuraikan keperluan pengawalan emosi serta lenggok badan yang diperlukan ketika berpidato supaya para hadirin tidak bosan.



Penulis turut menggunakan bahan-bahan penyelidikan ketika membuat Sarjana Komunikasi Korporat di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) untuk melengkapkan lagi inti pati buku ini.



Etika berpidato turut diketengahkan bagi memberi panduan kepada para pemidato supaya mereka tidak terkeluar dari landasan-landasan berpidato.



Penulis turut melampirkan perbahasan politik beliau di Dewan Rakyat yang membantu pembaca belajar kaedah menyediakan bahan.



Dalam lampirannya itu penulis yang menyertakan teks lengkap perbahasan menunjukkan contoh pembukaan pidato, permulaan isi, penghujahan dan memperluaskan hujah.



Penulis turut memuatkan contoh kertas kerja yang dibentangkan pada seminar politik yang pasti mendatangkan kaedah serta format yang berbeza sedikit daripada pidato politik.



Sesuatu yang menarik mengenai buku ini ialah kesempatan penulis menyelitkan kata-kata hikmah beberapa pemimpin terkenal satu muka surat sebelum bermulanya sesuatu bab.



Petikan-petikan menarik oleh Dr. Mahathir Mohamad, Soekarno, Martin Luthor King, Hamka dan Fidel Castro mempunyai maksud serta nilai tersendiri yang pasti mampu dihayati oleh para pembaca.


Nikmat syurga, hakikat neraka

Nikmat syurga, hakikat neraka




Oleh ZUARIDA MOHYIN-utusan online



DALAM surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11 Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanahnya (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.



Motivasi yang tidak ada tolok bandingannya dalam kita berusaha memperoleh tiket meraih syurga Firdaus, iaitu manusia perlulah beriman dan memenuhi tujuh perkara berikut:



lKhusyuk dalam solat



lMenjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia



lMenunaikan zakat



lMenjaga kemaluan



lMemelihara amanah-amanah yang dipikul



lMemegang janji dan



lMemelihara solat.



Mungkin tujuh perkara di atas nampak mudah namun untuk mempraktikkannya perlu kepada kesungguhan dan disiplin. Pun begitu, setiap sesuatu itu ada jalan penyelesaian dan jawapannya. Malah sesuatu kejayaan itu datang dalam diri individu itu sendiri.



Namun pernahkah kita bayangkan jika sekiranya syurga dan neraka itu tidak ada? Adakah manusia mahu sujud kepada Allah? Barangkali wajar kita kemukakan pertanyaan ini.



Ini kerana ramai manusia di atas muka bumi ini yang beribadat kepada Allah kerana menginginkan syurga dan takutkan neraka.



Syurga dan neraka ibarat hitam putih kehidupan yang menunjukkan kebaikan dan keburukan. Kehidupan setiap manusia berakhir sama ada di syurga ataupun di neraka.



Ibnu Umar melaporkan, Nabi Muhammad SAW bersabda: Apabila seseorang daripada kamu meninggal dunia, diperlihatkan kepadanya di waktu pagi dan petang tempat tinggalnya nanti iaitu neraka ataupun syurga dan dikatakan kepadanya, "Inilah tempat tinggal engkau, kelak engkau dihantar ke sana." (riwayat Imam Bukhari)



Namun sejauh manakah kita memanfaatkan dan menghayati erti syurga dan neraka yang sebenar. Adakah semata-mata kerana ganjaran syurga dan takut pada seksaan api neraka, kita tunduk patuh kepada perintah Allah atau disebabkan keikhlasan kita sebagai hamba-Nya yang beriman.



Buku Andai Syurga & Neraka Tidak Ada cuba membicarakan tentang hakikat ibadah dalam kehidupan seorang Muslim.



Buku terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. pastinya menguji sejauh mana kita menginginkan ganjaran syurga dan neraka. Ia juga menyingkap hikmah di sebalik semua peristiwa yang berlaku di sekeliling kita melalui amalan-amalan yang kita lakukan.



Lantaran itu, keinginan dan kesungguhan dalam melakukan ibadah perlu berlandaskan keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.



Dalam buku ini juga, ada merangkumi kisah ahli syurga, nikmat-nikmat syurga, azab neraka serta panduan mempersiapkan diri menjadi orang berakhlak mulia. Malah ia turut menjawab persoalan-persoalan mengenai ahli syurga dan siapakah yang mendapat ganjaran syurga.



Bersamalah kita singkap hikmah dan tauladan di sebalik andaian sekiranya syurga dan neraka tidak ada sebagai landasan bagi sebuah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan di akhirat.