Ahad, 19 September 2010

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

PENDAHULUAN



Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru. Di Malaysia, fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi . Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.1


Perspektif Islam terhadap Pemindahan dan Pendermaan Organ


Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW. kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada maqassid al-syariah (matlamat syariah) adalah untuk memelihara nyawa. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar. Di Malaysia, fatwa mengenai keharusan pendermaan dan pemindahan organ telah dikeluarkan semenjak bulan Jun 1970 lagi


Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa.





Dalam fatwa tersebut, jawatankuasa berkenaan telah meletakkan empat syarat yang perlu diambil kira sebelum pemindahan berkenaan dilakukan, iaitu:-


=Dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.


=Dalam keadaan pemindahan jantung , kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya

=Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya

=Dalam kes kematian biasa, kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma, sementara dalam kes kematian biasa atau dari kaum keluarganya dalam kematian akibat kemalangan.



Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ
 
1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia. Beberapa Fatwa dari Dunia Islam Mengenai Pemindahan Organ:SUMBER TAHUN FATWA



1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup.


1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian.


1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit.


1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia.





Sheikh H. Makhluf (Mufti Besar, Mesir) 1952 Pemindahan kornea diharuskan



Sheikh H. Maamun (Mufti Besar, Mesir) 1959 Pemindahan kornea diharuskan


Sheikh Hureidi (Mufti Besar, Mesir) 1966 Pemindahan kornea diharuskan


Persidangan Pertama OIC 1969 Pemindahan kornea diharuskan


Majlis Agung Islam Algeria 1972 Pemindahan organ diharuskan


Sheikh Khater (Mufti Besar, Mesir) 1973 Pemindahan kulit dari mayat yang tidak dikenali diharuskan


Majlis Agung Fatwa Jordan 1977 Pemindahan organ diharuskan


Ulama Besar Arab Saudi 1978 Pemindahan organ diharuskan


Sheikh Gad al-Haq (Mufti Besar, Mesir) 1979 Organ boleh diambil dari penderma hidup atau penderma kadaverik


Fatwa Kuwait 1979 Pemindahan organ diharuskan termasuk dari kadaver


Ulama Besar Arab Saudi 1982 Pemindahan kornea diharuskan


Fatwa Liga Dunia Islam 1985 Pemindahan kornea diharuskan


Persidangan Ketiga OIC 1986 Kematian otak diterima sebagai kematian


Persidangan Keempat OIC 1988 Pemindahan organ diharuskan tetapi jual beli dan penyeludupan organ diharamkan


UMAT ISLAM DIMANA?
 Namun begitu, walaupun telah ada keharusan untuk umat Islam menderma organ setelah mereka meninggal dunia, jumlah individu muslim yang sanggup mewasiatkan pendermaan organ setelah kematian mereka adalah amat kecil bilangannya berbanding dengan orang bukan Islam. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur iaitu statistik sehingga 30 November 2005 menunjukkan penderma organ di kalangan orang-orang Melayu yang umumnya mewakili orang Islam, adalah terlalu kecil hanya 8%, berbanding orang Cina 64% dan India 22% .Sedangkan orang Melayu dan Muslim juga mewakili senarai mereka yang memerlukan organ kerana mereka juga berhadapan dengan kesakitan yang memerlukan organ seperti kaum lain.

Statistik kaji selidik yang dikeluarkan oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKM) mengenai pendermaan organ, nyata sekali, agama bukanlah faktor utama yang menghalang kita menderma organ, tetapi faktor utama yang dikenal pasti adalah rasa takut dan diikuti dengan faktor-faktor lain seperti:

SEBAB



PERATUSAN (%)


Takut


56.3


Kurang pendedahan


17.8


Agama tidak Membenarkan


5.2


Takut dan kurang pendedahan


8.1


Semua faktor


12.6


Sumber: Kaji Selidik IKIM: Majalah “Kefahaman Islam” Jan 2006 Bil 61 Muka Surat 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan