Isnin, 20 September 2010

KITA LIHAT SIAPA YANG KENA? BILAKAH ORANG KITA AKAN SEDAR DENGAN PENIPUAN INI?

Menonton filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Ali Baba dan 40 Penyamun saya ingin selitkan dengan realiti masyarakat kita. Kassim Baba seorang yang kedekut tetapi tamak. Melihat kepada senario bahawa kita susah menolong sesama bangsa kita sendiri tambahan pula sesama saudara sedarah sedaging. Namun bila adiknya Ali Baba menjadi kaya ketamakan dan kehalobaannya (hingga licin gua sarang 40 penyamun itu disapunya) telah memakan dirinya sendiri hingga nyawanya melayang akibat harta yang cukup digilainya.

Nilai harta yang akan kita tinggalkan apabila kita mati tetapi itu yang kita cukup kejar-kejarkan dan berhempas pulas mendapatkannya akhirnya mengorbankan apa yang kita cintai dan kadang-kadang nyawa. Bila Agama di letakkan no 2 dalam hidup maka inilah jadinya...amat malang duit yang banyak tidak digunakan untuk membantu saudara dan keluarga yang memerlukan.

Akhirnya kita rela berputih mata wang habis lesap disapu oleh mereka yang entah dari mana datangnya menabur janji-janji manis hingga kita menerima balasan akibat ketamakan kita sendiri.

Slot Allahyarham Ibrahim Pendik membaling buah dadu pula lebih kepada penipuan yang sama namun tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nama lain, cara lain, modus operandi lain namun matlamatnya adalah sama iaitu PENIPUAN. Yang terlebih malang ada orang yang miskin yang memasang angan-angan untuk jadi kaya cepat akhirnya menjadi kayap. Semua ini kerana harta!

Friday, July 9, 2010

19 warga Afrika ditahan dalangi sindiket 'tipu bungkusan'

KUALA LUMPUR 8 Julai - Selepas dikaitkan dengan 'Black Money' dan 'cinta Internet', satu lagi sindiket didalangi warga Afrika berjaya dibongkar.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kali ini berjaya menumpaskan sindiket 'tipu bungkusan' melibatkan kerugian jutaan ringgit selepas menangkap 21 individu termasuk tiga wanita.

Polis percaya berjaya menyelesaikan sebahagian daripada 83 kes yang dilaporkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Tangkapan ke atas 16 lelaki warga Nigeria, seorang lelaki Ghana, seorang Ivory Coast, serta tiga wanita masing-masing dari Bostwana, Filipina dan seorang rakyat tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dilakukan dalam lapan serbuan berasingan di sekitar ibu negara dan Lembah Klang, sepanjang dua minggu lalu.

Polis turut menemui dan merampas wang tunai bernilai RM42,979, 14 buah komputer meja dan riba, 16 telefon bimbit, slip bank dan peralatan lain dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah mereka.

Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, kebanyakan suspek memasuki negara ini menggunakan pas pelajar asing dan berdaftar di kolej-kolej swasta di sini.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan anggota sindiket berbeza, tetapi dikatakan mengenali sesama mereka dan melakukan kegiatan sama.

"Kegiatan penipuan didalangi warga Afrika bukanlah sesuatu yang baru, daripada 'Black Money' sehinggalah "Penipuan Bungkusan', cuma mereka bertukar-tukar modus operandi dari masa ke semasa.

"Dalam enam bulan pertama ini, 253 kes penipuan oleh warga Afrika dilaporkan kepada polis melibatkan jumlah kerugian RM4.7 juta.

"Sejumlah 83 daripadanya adalah 'Penipuan Bungkusan'," katanya pada sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman di Kompleks Bukit Perdana di sini hari ini.

Menghuraikan modus operandi suspek, Rohaimi memberitahu, sasaran mangsa mereka ialah wanita tempatan terdiri daripada golongan janda atau bujang berusia di antara 40 dan 50-an.

Beliau berkata, mereka akan menjerat mangsa menerusi laman web sosial dengan menggunakan janji-janji manis melalui telefon atau bersembang dalam Internet.

"Lama-kelamaan, mangsa akan jatuh cinta tanpa menyedari mereka sebenarnya terjerat perangkap yang dipasang dan ketika itu suspek akan bertindak.

"Suspek akan memaklumkan mangsa kononnya akan melawat negara ini dan menjanjikan satu bungkusan hadiah mewah sebagai tanda kasih sayang," ujar beliau.

Menurutnya, barangan yang dijanjikan biasanya terdiri daripada barang kemas, beg dan jam tangan berjenama, komputer riba dan barangan mahal lain termasuk dolar Amerika dan pound Sterling yang akan dikirimkan menerusi syarikat penghantaran.

"Mangsa kemudian akan diberitahu bungkusan tersebut telah sampai, tetapi terkandas pada kastam. Seorang 'pegawai kastam' pula akan menghubungi mangsa dan menjelaskan sejumlah bayaran untuk menuntut bungkusan itu," ujar Rohaimi.

Tambah beliau, suspek akan meyakinkan mangsa membuat bayaran secara berperingkat-peringkat, daripada puluhan sehingga ada yang mencecah ratusan ribu ringgit mengikut kemampuan mangsa.

"Mangsa yang dilamun cinta akan berbuat demikian sehinggalah mereka kehabisan wang dan akhirnya sedar diri mereka ditipu kerana bungkusan itu langsung tidak wujud," jelas beliau.

Sehubungan itu, Rohaimi menasihati orang ramai khususnya wanita tempatan supaya tidak mudah percaya jika berkenalan di Internet.

ARKIB : 09/07/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan