BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SERTA BERTUKAR PANDANGAN UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN
KAMI MOHON RESTU MU YA ALLAH
Jumaat, 3 September 2010
MEMAHAMI PERMASALAHAN SEBENAR ISU DOA DALAM KHUTBAH DAN DOA KEPADA BUKAN ISLAM
Saat ini masyarakat menjadi tertanya-tanya akan jawapan kepada permasalahan ini. Namun yang pasti ramai yang tidak dapat menangkap maksud permasalahan atau kupasan isu tersebut. Perkhabaran secara "dengar-dengar" dari seseorang atau berita yang diterima dan mereka terus membuat kesimpulan yang amat bercanggah dengan fakta sebenar. Akhirnya ia menjadi sentimen yang tidak ketahuan punca dan pangkal pokok permasalahan yang berlaku.
Saya bertanya masalah ini kepada seorang sahabat di selatan tanahair. Dan saya merasakan inilah jawapan yang terbaik setakat ini. Wallahu a'lam
Jawapan beliau:-
Ada 2 permasalahan dalam kes ini:
1. Hukum dan asal doa kepada pemimpin dalam khutbah.
2. Doa orang kafir.
Penjelasan
1. Asal doa itu tidak ada langsung. Tidak dibuat nabi. Nabi tidak membaca doa untuk pemimpin. Perkara tersebut juga tidak dibuat oleh 4 sahabat. Ianya bermula pada fitnah konflik Saidina Muawiyah dan Saidina Ali. Pada waktu itu, penyokong Ali memuji Ali dan mengutuk Muawiyah melalui khutbah. Begitu juga penyokong Muawiyah memuji dan mengutuk Ali di dalam khutbah. Khutbah menjadi medan politik pada waktu itu. Akhirnya konflik itu membosankan dan ulamak mengambil pendekatan untuk memuji daripada mengecam pemimpin. Bermula dari situlah doa kepada pemimpin dimulakan.
2. Kebanyakkan yang orang membahaskan tentang dalil doa kepada orang kafir ialah dalil umum doa kepada orang kafir. Tetapi tiada dalil khusus yang menunjukkan nabi berdoa untuk orang kafir dalam khutbah kecuali mengecam ( sebab peperangan ).Tetapi keumuman itu juga menunjukkan boleh berdoa dalam keadaan berkhutbah.
Ulamak pula bersepakat hanya membolehkan berdoa untuk hidayah seperti doa nabi pada 2 orang Umar dan tidak boleh pada kesejahteraan. Dalam kes sekarang jika dia berdoa untuk hidayah maka dibolehkan.
Tetapi ada masalah lain yg boleh dilihat :
1. Masalah Adat dan Budaya.
Adat yang tidak menyalahi syarak turut menjadi alasan kepada hukum. Seperti kaedah " al adatu muhakkamah ". Membaca doa kepada orang kafir adalah isu sensitif dan bukan budaya kita. Jesteru mengundang fitnah.
2. Fitnah. Rasul melarang kepada kita sama sekali membangkitkan fitnah.
Tetapi dalam masalah ini ada kebaikannya :
1. Memberitahu umat Islam hukum yg mereka tidak tahu. Kalau tidak mereka akan terus jahil.
2. Memberi peluang kepada ulamak untuk berbahas lebih panjang.
Dalam masalah ini ialah pendapat saya, hukumnya boleh atau harus tetapi salah pada pelaksanaannya. Kerana kita ada perkara "masalih mursalah" yg patut dijaga iaitu fitnah.
Kesimpulannya:-
Jalan penyelesaiannya ialah jika ingin berdoa kepada orang kafir untuk hidayah jangan gunakan platform khutbah tetapi bacalah doa tersebut selepas habis khutbah dan selepas selesai solat Jumaat. Kerana ulamak menggunakan kaedah "khuruj minal khilaf mustahab". Doa hidayah dibaca dan fitnah khutbah tidak berlaku.Dua-dua selamat. Wallahu a'lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan