Jumaat, 23 Julai 2010

LONDON MUSLIM CENTER (WHITECHAPEL MOSQUE)

1 6 JULAI 2010


LONDON MUSLIM CENTER (WHITECHAPEL MOSQUE)

 Maklumat Lengkap Tentang East London Mosque......


Kami bergambar di depan The Royal London Hospital. Diceritakan bahawa Perdana Menteri Malaysia ke 2 Allahyarham Tun Abd Razak, ayahanda Dato' Seri Najib Perdana Menteri Malaysia pernah mendapat rawatan dan meninggal dunia di sini.

*INTRODUCTION, HISTORY DISCUSSION AND DIALOGUE


Lambang syiar Islam di sini. Azan di laungkan sehingga boleh didengar dalam lingkungan 3 batu (Zohor, Jumaat dan Asar sahaja)





Kami di sambut oleh PRO masjid yang begitu petah menceritakan bangunan 6 tingkat ini.

*JUMAAH PRAYER


Dewan solat

Selepas melawat dewan solat kami naik ke tingkat atas bagi melihat bahagian lain

*DISCUSSION AND CULTURAL AND COMMUNITY CONTRIBUTION



Menawarkan kursus yang sangat penting bagi umat Islam di UK

Mempunyai stesen radio sendiri yang beroperasi dalam bulan Ramadhan. Kos yang tinggi memaksa mereka menyiarkannya begitu. Di tingkat 6 bangunan. Boleh didengar sejauh 6 batu.





Mencuba perkhidmatan dan alatan di perpustakaan

Tun Abdullah B Ahmad Badawi pernah datang ke sini dan telah menderma sebanyak $10,000.00 pound dan berhasrat untuk mendirikan masjid dan pusat Islam sama seperti LMC di Malaysia .


Hujan hari ini di London. Kelihatan bangunan dilengkapi dengan kemudahan untuk orang cacat dan juga kemudahan penjagaan bagi orang-orang tua di sini

Ditingkat bawah disediakan perkhidmatan sukan bagi lelaki dan wanita lengkap dengan peralatan

Kereta jenazah yang canggih dan diberi penjagaan yang baik

kawasan dikelilingi dengan kedai makan halal.


Berkongsi Bahagian Dengan Sinagog Yahudi



Tanda kefahaman antara agama. Bangunan terletak di satu bahagian bawah masjid. Walaupun banyak isu hangat di Palastin namun kaum Yahudi tidak menerima ancaman dari kaum Muslim di sini.


Tuan imam pernah  menjadi pensyarah di UIA tahun 1990-1992

Turut serta ialah saudara dari Kyoto Jepun yang menghadiri persidangan Ekonomi Islam di Durham.

Kami dijamu nasi daging . Memang sedap.

Bergambar kenangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan