Selasa, 13 Julai 2010

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA HALL LONDON-ISRA' WAL MIKRAJ

8 Julai 2010(7.00 malam) Malam ini kami telah menerima jemputan daripada Us Erfino, Atase Agama MSD untuk memberikan ilmu dan community servis kepada masyarakat Melayu Islam di London bersempena dengan hari kebesaran Islam, Isra' dan Mikraj. Maka kami membuat keputusan untuk memberikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam kepada masyarakat Islam di sini. Maka Us Jamil dari Perak diberi tugas menjadi moderator dan ahli panelnya ialah Us Mual dari Sarawak dan Us Muhammad Imran Ibrahim dari Pulau Pinang.


Malaysian Hall, MSD London

Persiapan di atur untuk majlis yang disusun rapi

Kelihatan jemaah wanita mula memenuhi dewan Malaysian Hall

Mereka datang dari berbagai tempat untuk sambutan Isra' dan Mikraj


Forum berkisar kepada sejarah terjadinya peristiwa penting kepada Bagindan Rasulullah SAW dan kupasan makna ayat 1 surah al Isra'. Ahli panel memberikan kupasan yang santai dan mendalam maksudnya untuk direnungi bersama agar semua pendengar menghayati dan mengamalkan inti pati peristiwa itu.


Us Erfino menjemput moderator dan panel naik ke pentas

Us Jamil menjadi moderator Isra' dan Mikraj dengan baik

Panel pertama dari Pulau Pinang. Kepiah pinjam. Terima kasih Us Rahimi

Jemaah mendengar dengan khusyuk hujah-hujah ahli panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Isra' dan Mikraj perlu dilihat dari 3 sudut demensi (3D) supaya ianya tidak dilihat statik dan umat perlu hayatinya

Cenderahati dari Pengarah MSD merupakan CD single Us Erfino bertajuk Menjejak Bahagia

Program diteruskan dengan pembacaan sirah perjalanan isra;  ikraj oleh anak-anak MSD dan lain-lain secara bergilir dalam Bahasa Inggeris dan di akhiri dengan nyanyian nasyid oleh Us Erfino.


Us Erfino dan rakan-rakan memperdengarkan dua buah nasyid yang mantop malam itu

Choral speaking dalam penceritaan Isra' dan Mikraj dalam Bahasa Inggeris oleh kanak-kanak secara bergilir begitu menarik perhatian

Kelihatan Us Zul yang hadir memberi sokongan kepada forum

                                Majlis makan malam bersama sebelum solat Maghrib berjemaah   

Acara wajib. Nasi Tomato London. Menyengat.

Mendapatkan tanda tangan artis Us Erfino untuk CD beliau. Terima Kasih kerana sudi menjemput kami berforum.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan