Selasa, 12 Jun 2012

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Takmir Seluruh Malaysia Dan Program Ziarah Masjid Ke Negeri Johor Dan Republik Singapura

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Takmir Seluruh Malaysia Dan Program Ziarah Masjid Ke Negeri Johor Dan Republik Singapura

Diketahui umum betapa pentingnya peranan masjid dalam kehidupan umat Islam bermula sejak zaman lampau lagi dan kini sejajar dengan perkembangan masa, masjid bukan dilihat sebagai tempat ibadah semata-mata tetapi mempunyai pelbagai fungsi khususnya dalam menyatukan umat Islam. Oleh yang demikian masjid perlu diimarahkan dalam pelbagai sudut dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Dalam hal ini urus tadbir masjid yang berkesan memberi impak yang besar dalam memakmurkan masjid.
 
Bahagian Kemajuan Islam, Jakim dengan kerjasama Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Jabatan Agama Johor telah mengadakan  program Ziarah Masjid dan Khidmat Komuniti ke negeri Johor dan Singapura pada 25 hingga 27 April 2012 bagi meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan masjid secara profesional dan memahami pelaksanaan pegurusan masjid di Republik Singapura dan Negeri Johor.
 
Melalui program seperti ini diharapkan tahap penyampaian perkhidmatan masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu Masjid Negara,  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Masjid Putra yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dapat dipertingkatkan.
 
Dalam masa yang sama juga turut diadakan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Takmir Seluruh Malaysia Bil.1/2012 di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Islam Iskandar. Seramai  32 orang pegawai penyelaras dan pembantu takmir daripada pelbagai negeritelah hadir dalam mesyuarat tersebut, Sebelum mesyuarat berlangsung, ahli mesyuarat dan rombongan sempat melawat Jabatan Agama Johordan galeri Pusat Islam Iskandar, Johor.
 
Selain menziarahi 3 Masjid  di Singapura, ahli rombongan yang terdiri daripada pegawai BKI, pegawai penyelaras takmir negeri-negeri, wakil daripada Yayasan Taqwa, Jabatan Agama Johor, Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang jumlahnya lebih kurang seramai 68 orang turut menziarahi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang terletak di Kempas, Johor.
 
Sempena program ini juga, Yayasan Taqwa telah menyumbang wang yang berjumlah keseluruhan sebanyak RM 15,000.00 kepada masjid-masjid yang dilawati dan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.
 
 
 
Tuan Haji Zainal Abidin menyampaikan cendera kenangan kepada  Tuan Haji Ramly bin Jusoh, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Johor. Di sebelah beliau ialah Tuan Haji Ahmad Faisal bin Mohamed (Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor) semasa ziarah ke Masjid Temenggong Daeng Ibrahim, Teluk Blangah iaitu satu-satunya masjid di Singapura yang terletak di bawah bidang kuasaJabatan Agama Johor. (minta lengkapkan maklumat) 
 
 
Penerangan ringkas mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)  oleh Encik Izhar salah seorang pegawai MUIS
 
 
Tuan Haji Ayob bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Tuan Ir. Hj. Md Sharipin Shahlan, Pengerusi Rumah Warga Emas Nur Ehsan 
 
 
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penyelaras Takmir seluruh Malaysia diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Islam Iskandar pada 25 April 2012 
 
 
Tuan Haji Zainal Abidin semasa menyerahkan cenderamata dan sumbangan kepada Ustaz Abdul Manaf bin Rahmat, Pengerusi Masjid Muhajirin, Singapura 
 
 
Ahli rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Pengarah BKI(2 dari kanan barisan hadapan), Tuan Haji Ahmad Ayob bin Haji Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa(2 dari kanan barisan kedua), Tuan Haji Ramly bin Jusoh, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Johor(Kanan dari barisan hadapan), Encik Masri bin Razali, Pengarah Bhg.Sumber Manusia(Empat dari Kiri) 
 
 
Salah satu bahan informasi yang terdapat di Mini Galeri yang terdapat dalam Masjid Sultan,Singapura.  


Isnin, 11 Jun 2012

Perarakan bantah situasi sosial di Israel




Seorang peserta perarakan memegang gambar tahanan Palestin semasa perarakan memperingati ulang tahun ke-45 Perang Enam Hari di Tel Aviv, kelmarin. - AFP

BAITULMAQDIS 10 Jun - Beribu-ribu penduduk Yahudi dan Arab berarak di Tel Aviv sebagai memperingati ulang tahun ke-45 Perang Enam Hari yang menyaksikan Israel merampas Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan timur Baitulmaqdis.



Laman web akhbar Haaretz melaporkan, kira-kira 1,000 penduduk berarak dari Dataran Rabin.



Radio ketenteraan Israel pula melaporkan, penduduk yang menyertai perarakan itu turut membawa kain rentang berbunyi 'Tiada keadilan jika tiada pekerjaan' sebagai protes terhadap situasi sosial di Israel.



Rakyat Palestin awal minggu ini turut melancarkan protes bagi memperingati peristiwa yang berlaku pada Jun 1967 itu.



Tengah hari semalam, kira-kira 300 warga Palestin melangsungkan bantahan, memprotes pembinaan penempatan haram Israel di Tebing Barat dengan membaling batu ke arah pasukan keselamatan serta membakar tayar di kampung Beit Nuba, utara Ramallah.



Beberapa saksi memberitahu, terdapat segelintir warga Palestin cedera terkena tembakan peluru getah dan gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel.



Seorang tentera Israel turut cedera apabila dibaling batu oleh tunjuk perasaan.



Dalam perkembangan lain, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, beliau sudah bersedia untuk mengadakan sesi dialog bersama Israel jika ia membebaskan 123 tahanan Palestin yang ditahan sebelum perjanjian damai Oslo pada 1993.



"Jika Israel membebaskan kesemua tahanan tersebut, Palestin bersedia untuk mengadakan sesi dialog bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, namun ia bukan satu perbincangan," katanya.



Abbas memberitahu, Palestin berkemungkinan menerima status negara bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas mendapat tentangan dari Amerika Syarikat. - AFP



sumber.......

Khamis, 7 Jun 2012

MUZAKARAH PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAERAH (PPMD) SELURUH MALAYSIA BERSAMA YB.MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2012

Muzakarah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Seluruh Malaysia Bersama Yb. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tah) SELURUH MALAYSIA BERSAMA YB. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2012/1433H


MUZAKARAH PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAERAH (PPMD) SELURUH MALAYSIA BERSAMA YB.MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2012





Pada 19-20 Mei 2012 bersamaan 28 Jamadilakhir 1433H bertempat di Hotel Regency, Alor Setar, Kedah telah berlangsung Muzakarah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Seluruh Malaysia. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YB.Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Y.Bhg Dato’ Hj.Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg Datuk Hj.Mohd Noh bin Dahya, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan Y.Bhg. Tuan Hj.Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.



Berucap merasmikan muzakarah tersebut, Yang Berhormat Menteri mengingatkan PPMD agar terus memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menyelaras pentadbiran masjid di seluruh Negara selaras dengan kenaikan elaun yang diterima mulai awal tahun baru-baru ini. PPMD juga disaran membantu pihak kerajaan dalam menjelaskan isu-isu semasa yang berlaku dalam Negara khususnya yang melibatkan umat Islam. Muzakarah ini juga dimulai dengan satu ceramah yang bertajuk ’Isu-Isu Keselamatan; Penyalahgunaan Masjid dan Surau’ disampaikan oleh Y.Dh.ACP Mohd Hanapi bin Mohd Sani, PDRM Bukit Aman.




sumber..............




Sabtu, 2 Jun 2012

IJTIMAK TAKMIR PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2012 M

Guru Takmir agen penggerak Masyarakat

Mohd Sabri Said, 30 Mei 2012
 




















PULAU PINANG: Guru Takmir Pulau Pinang bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat tetapi juga perlu menjadi agen pengerak menerangkan dasar Kerajaan Negeri supaya masyarakat di kampung mendapat info sebenar kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man.


Katanya, peranan besar itu hendaklah disebarkan agar apa yang Kerajaan Negeri laksanakan terutamanya membabitkan Maipp, Pusat Urus Zakat (PUZ) ataupun Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) diketahui umum.

"Guru Takmir besar perananya di dalam masyarakat. Selain menyampaikan seruan agama mereka juga kena aktif sampaikan dasar Kerajaan Negeri yang selama ini disembunyikan oleh media, " tegasnya ketika merasmikan program Ijtimak Guru Takmir Peringkat Negeri 2012 di Hotel Naza Talyya, Tanjung To Kong semalam.

Baginya yang juga bekas Guru Takmir menyedari, tugasan mengajar di masjid dan surau di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sukar untuk sampaikan perkara yang benar kerana boleh menimbulkan suasana yang sensitif.

Berlainan dengan era sekarang di mana Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat memberikan sepenuh galakan kepada setiap guru takmir yang cergas menerangkan apa yang telah dan sedang dilaksanakan memandangkan banyak peruntukan telah dikeluarkan untuk pembangunan Umat Islam.

"Guru adalah insan mulia untuk menerangi kehidupan di darat dan laut.  Susungguhnya mereka yang berpengetahuan bagaikan bintang di langit jika hilang maka hilanglah arah tujuan, " terangnya.

Kerajaan Negeri menaruh harapan terlalu tinggi kepada Guru Takmir untuk menarik seramai mungkin anak muda ke surau atau masjid dengan memperkenalkan kaedah baru.

Masyarakat lebih peka dan faham apa yang dikeluarkan oleh para ustaz daripada bukan kalangan ilmuan Islam.

Kerajaan telah belanjakan RM20 juta tahun 2009, 2010 RM24 juta, tahun 2011 RM33.3 juta dan tahun 2012 sebanyak RM64 juta.

Beliau juga berterima kasih pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan PUZ memberikan peruntukan khas RM1 juta kepada guru Takmir dan Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Negeri Pulau Pinang yang turut menyumbang tenaga dan buah fikiran demi pembangunan insan.

Guru Takmir juga akan diberikan bonus pada bulan Ramadhan nanti sebagai wang raya hasil usaha mereka membantu perkembangan Islam di Pulau Pinang.


sumber............. 

Khamis, 31 Mei 2012

Kenyataan Umum Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berhubung Dakwaan Pembatalan Program Ceramah Ustaz Azhar Idrus

 
 
Jakim ingin merujuk tohmahan yang dilontarkan oleh beberapa individu melalui e-mel berhubung dakwaan Jakim terlibat dalam pembatalan program ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Mei 2012.
 
Pertamanya Jakim ingin menjelaskan bahawa Jabatan ini tidak terlibat dalam penganjuran ceramah berkenaan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Jakim juga tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai penganjuran program tersebut.
 
Seterusnya, Jakim ingin menafikan bahawa Jabatan ini telah menerima arahan daripada Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Jailani Ngah supaya membatalkan penganjuran ceramah tersebut atas apa jua sebab. Jakim juga difahamkan bahawa Pejabat Setiausaha Politik berkenaan tidak pernah mengeluarkan arahan samada bertulis atau lisan kepada mana-mana pihak untuk membatalkan program tersebut.
 
Sehubungan itu, Jakim mohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang mengaitkan pihak Jakim dengan perkara berkenaan.
Sekian, terima kasih.
 
 

Isnin, 28 Mei 2012

Lessons in Logic

Lessons in Logic




http://fundoomails.com/wp-content/uploads/2010/07/Funny-Quotes-3.jpg
http://fundoomails.com/wp-content/uploads/2010/07/Funny-Quotes-3.jpg



If your father is a poor man,
it is your fate but,
if your father-in-law is a poor man,
it's your stupidity.





Practice makes perfect.....
But nobody's perfect..... .
so why practice?

http://foolface.com/wp-content/uploads/2010/02/1265320034.jpg


If it's true that we are here to help others,
then what exactly are the others here for?




Since light travels faster than sound,
people appear bright until you hear them speak.




One should love animals.
They give unconditioned love.




Behind every successful man, there is a woman
And behind every unsuccessful man, there are two.



The wise never marry.
and when they marry they become otherwise.




"Your future depends on your dreams"
So go to sleep.




There should be a better way to start a day
Than waking up every morning.





The more you learn, the more you know,
The more you know, the more you forget
The more you forget, the less you know
So.. why learn.






A bus station is where a bus stops.
A train station is where a train stops.
On my desk, I have a work station....
what more can I say........

sumber....

sumber........... 

Jumaat, 25 Mei 2012

LAWATAN KAJIAN KE MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM, TELUK SEPANGAR SABAH

KEWAJIPAN DI PERBATASAN

LAWATAN KAJIAN KE MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM, TELUK SEPANGAR SABAH
 
17-18 MEI 2012  - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim telah berjaya mengadakan lawatan kajian ke Markas Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia, Teluk Sepangar Kota Kinabalu Sabah bagi melengkapkan maklumat untuk penyediaan garis panduan ibadah dalam kapal selam serta perkara-perkara berkaitan dengannya termasuk pengurusan jenazah. Lawatan kajian ini diketuai oleh S.S. Dato’ Hj. Hassan bin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah(PKS), Jakim. Turut serta dalam lawatan ini S.S. Dato’ Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan YBhg. Dato Seri Nooh bin Gadot, Penasihat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai ahli Panel Kajian Syariah, Jakim.
 
Lawatan kajian yang dijalankan ini adalah susulan tindakan kepada keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah kali ke-78 supaya mengadakan kajian lanjut ke dalam kapal selam dengan melihat secara lebih dekat suasana yang dialami oleh pihak angkatan kapal selam mengenai isu-isu syariah yang timbul semasa belayar sama ada dalam latihan atau semasa bertugas. Pemerhatian secara lebih dekat dapat menghasilkan satu keputusan yang lebih tepat dan mantap dalam penyediaan garis panduan berkenaan.
 
Hasil kajian yang dilakukan akan dilaporkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah, Jakim kali ke-79 yang akan datang dan seterusnya akan diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk mendapat persetujuan dan pengesahan.