Khamis, 31 Mei 2012

Kenyataan Umum Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berhubung Dakwaan Pembatalan Program Ceramah Ustaz Azhar Idrus

 
 
Jakim ingin merujuk tohmahan yang dilontarkan oleh beberapa individu melalui e-mel berhubung dakwaan Jakim terlibat dalam pembatalan program ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Mei 2012.
 
Pertamanya Jakim ingin menjelaskan bahawa Jabatan ini tidak terlibat dalam penganjuran ceramah berkenaan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Jakim juga tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai penganjuran program tersebut.
 
Seterusnya, Jakim ingin menafikan bahawa Jabatan ini telah menerima arahan daripada Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Jailani Ngah supaya membatalkan penganjuran ceramah tersebut atas apa jua sebab. Jakim juga difahamkan bahawa Pejabat Setiausaha Politik berkenaan tidak pernah mengeluarkan arahan samada bertulis atau lisan kepada mana-mana pihak untuk membatalkan program tersebut.
 
Sehubungan itu, Jakim mohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang mengaitkan pihak Jakim dengan perkara berkenaan.
Sekian, terima kasih.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan