KEWAJIPAN DI PERBATASAN
LAWATAN KAJIAN KE MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM, TELUK SEPANGAR SABAH
17-18 MEI 2012 - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim telah
berjaya mengadakan lawatan kajian ke Markas Angkatan Kapal Selam Tentera
Laut Diraja Malaysia, Teluk Sepangar Kota Kinabalu Sabah bagi
melengkapkan maklumat untuk penyediaan garis panduan ibadah dalam kapal
selam serta perkara-perkara berkaitan dengannya termasuk pengurusan
jenazah. Lawatan kajian ini diketuai oleh S.S. Dato’ Hj. Hassan bin Hj.
Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian
Syariah(PKS), Jakim. Turut serta dalam lawatan ini S.S. Dato’ Mohamad
Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan YBhg. Dato Seri Nooh bin
Gadot, Penasihat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai ahli
Panel Kajian Syariah, Jakim.
Lawatan kajian yang dijalankan ini adalah susulan tindakan kepada
keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah kali ke-78 supaya mengadakan
kajian lanjut ke dalam kapal selam dengan melihat secara lebih dekat
suasana yang dialami oleh pihak angkatan kapal selam mengenai isu-isu
syariah yang timbul semasa belayar sama ada dalam latihan atau semasa
bertugas. Pemerhatian secara lebih dekat dapat menghasilkan satu
keputusan yang lebih tepat dan mantap dalam penyediaan garis panduan
berkenaan.
Hasil kajian yang dilakukan akan dilaporkan dalam Mesyuarat Panel
Kajian Syariah, Jakim kali ke-79 yang akan datang dan seterusnya akan
diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk mendapat
persetujuan dan pengesahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan