Selasa, 7 September 2010

MALAM PENUTUP BULAN AL QURAN DAN BACAAN KITAB AT TIBYAN

28 Ogos 2010


Tn Hj Rosli B Othman memimpin bacaan Kitab At Tibyan yang  bermula hari Jumaat 27 Ogos 2010

Tn Hj Yusuff b Ahmad Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang turut sama hadir

Tn Hj Ayub B Yaacob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Surau JHEAIPP

Bertempat di perkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang telah berlangsung Majlis Penutupan Bulan al-Quran dan Bacaan Kitab At Tibyan. Majlis ini bermula dengan ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman b Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada jam 6.00 petang.


Turut hadir Pegawai Tadbir Agama menantikan ketibaan Tuan Yang Terutama

Turut menyambut kedatangan Tuan Yang Terutama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Bulan al-Quran telah berjalan selama 3 bulan bermula bulan Rejab dan berakhir dengan bacaan Kitab At Tubyan yang terkenal karangan Imam Nawawi rahimahullah. Selama 3 bulan ini masyarakat digerakkan dengan kesedaran memahami dan menghayati al-Quran dengan menyeluruh untuk digunakan sebagai panduan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Majlis Penutupan amat bermakna dengan kehadiran Tuan Yang Terutama

Bagi memberkati majlis pentupan, Adik Mohamad b Ahmad Zaid diberi penghormatan
membacakan al-Quran 

Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang melafazkan penutupan Bulan al-Quran

Ini kerana al-Quran bukan sahaja untuk dibaca bahkan ia merupakan penyuluh kehidupan penuh dengan ilmu dan hikmah yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk digunakan oleh seluruh umat manusia akhir zaman.

Bacaan huruf ke huruf Kitab At Tibyan karangan Imam Nawawi yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Persatuan Gabungan Ilmuan Islam Pulau Pinang telah dipimpin bacaannya oleh Tuan Haji Rosli b Othman yang juga merupakan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Majlis berbuka puasa ringkas sebelum solat Maghrib berjemaah

Turut hadir ialah guru-guru Takmir Pulau Pinang

Toh Puan turut sama hadir dalam majlis ini

Yang Berbahagia Tuan Yang Terutama telah sudi hadir dan merasmikan penutupan Bulan al-Quran di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Selepas itu Majlis Berbuka Puasa bersama Tuan Yang Terutama dan solat maghrib berjemaah di Masjid Negeri Pulau Pinang. Apabila selesai solat Maghrib semua tetamu bergerak ke perkarangan untuk menjamu selera.


Mengedarkan bekalan makanan sebelum berbuka puasa kepada kaum muslimin

Para Muslimat turut beratur mendapatkan buku Yaasin

Majlis diserikan dengan tetamu jemputan khas iaitu adik Mohamad b Ahmad Zahid merupakan icon bagi anak muda yang ingin menjadi qari di dalam Akademi al-Quran. Beliau hadir bersama kedua ibubapanya dari Kuala Lumpur. Adik Mohamad kemudiannya menjadi imam Terawikh pada malam itu.

Para hadirin termasuk Adik Mohamad turut sama tidak melepaskan peluang bergambar bersama Tuan Yang Terutama Tun

Selepas solat maghrib Majlis Jamuan Makan di perkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang

Jumaat, 3 September 2010

RAMADHAN BULAN MELATIH DIRI BERSIFAT RENDAH DIRI

Jauhkan perbezaan dan keegoan. Sama berganding tangan dan bahu membahu seperti yang Allah firmankan dalam surah as-Soof


Hold My Hand Lyrics


By: Maher Zain

I hear the flower’s kinda crying loud

The breeze’s sound in sad

Oh no

Tell me when did we become,

So cold and empty inside

Lost a way long time ago

Did we really turn out blind

We don’t see that we keep hurting each other no

All we do is just fight



Now we share the same bright sun,

The same round moon

Why don’t we share the same love

Tell me why not

Life is shorter than most have thought



Hold my hand

There are many ways to do it right

Hold my hand

Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend

We can save the good spirit of me and you

For another chance

And let’s pray for a beautiful world

A beautiful world I share with you



Children seem like they’ve lost their smile

On the new blooded playgrounds

Oh no

How could we ignore , heartbreaking crying sounds

And we’re still going on

Like nobody really cares

And we just stopped feeling all the pain because

Like it’s a daily basic affair



Now we share the same bright sun,

The same round moon

Why don’t we share the same love

Tell me why not

Life is shorter than most have thought



Hold my hand

There are many ways to do it right

Hold my hand

Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend

We can save the good spirit of me and you

For another chance

And let’s pray for a beautiful world

A beautiful world I share with you



No matter how far I might be

I’m always gonne be your neighbor

There’s only one small planet where to be

So I’m always gonna be your neighbor

We cannot hide, we can’t deny

That we’re always gonna be neighbors

You’re neighbor, my neighbor

We’re neighbors



So hold my hand

There are many ways to do it right

Hold my hand

Turn around and see what have left behind



So hold my hand

There are many ways to do it right

Hold my hand

Turn around and see what have left behind

Hold my hand my friend

We can save the good spirit of me and you

For another chance

And let’s pray for a beautiful world

A beautiful world I share with you



Artist: Maher Zain

Album: Thank You Allah

Lyrics: Bilal Hajji

Melody: Maher Zain

Arrangement: Maher Zain

Copyright: Awakening Records 2009


Semut pun boleh hidup bekerjasama demi membangunkan kaloninya sendiri. Umat Islam perlu belajar dengan semut dalam kehidupan seharian


Umat Islam yang terpecah oleh benua dan lautan. Dipisahkan oleh sempadan negera. Dapatkah kita fikirkan bagaimana untuk menjadikan kita satu ummah tanpa sempadan? Marilah kita fikirkan.

SAUDARA-SAUDARAKU DI INDONESIA HAYATILAH APA KATA RASUL MU

Menjadi satu persoalan. Tidakkah mereka sedar bulan apakah ini? Adakah bulan ini sama seperti bulan-bulan lain yang tidak punya keberkatan dan kemuliaannya tersendiri? Tidak mereka berpuasa? Tidakkah mereka hayati dan ikut kata Rasul mereka?

Aduhai sayang seribu kali sayang saudaraku sekalian. Amarah apayang melangkaui kewarasan fikiran mu? Bukankah tuan yang mencocok kemarahan itu sudah bergari dan berantai sekarang? Lalu kenapa kalian menggila hingga akal dicampakkan ke paras dangkal lagi menyesakkan dada sebagai saudara seIslam.

Ramadhan ini bukan dicemari oleh mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT. Ramadhan ini dicemari kesuciannya oleh tangan-tangan kita sendiri dan suara keldai yang tidak tahu pantang larang di dalam bulan ini.
Subhanallah! Sedarlah dari kealpaan mu saudaraku. Atas nama Tuhan Yang Rahman berpeganglah kita kepada sabda Rasul kita.



“Apabila seseorang di antara kalian sedang berpuasa, maka janganlah ia berkata-kata kotor dan bertengkar. Apabila seseorang mencaci atau memaki kamu, maka katakanlah, ‘Saya sedang berpuasa.’” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w, “Berilah saya nasihat.” Beliau bersabda, “Jangan marah” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan beliau tetap menjawab, “Jangan marah.” (HR. Bukhari)




Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Makna jangan marah iaitu janganlah kamu tumpahkan kemarahanmu. Larangan ini bukan tertuju kepada rasa marah itu sendiri. Kerana pada hakikatnya marah adalah tabi’at manusia, yang tidak mungkin bisa dihilangkan dari perasaan manusia”. Rasulullah s.a w. juga pernah menasihatkan, “Apabila salah seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri maka hendaknya dia duduk. Kalau marahnya belum juga hilang maka hendaknya dia berbaring”(HR. Ahmad, Shohih)
 

SEMUA! Wahai saudaraku orang-orang bertaqwa JANGAN KAMU MARAH!

MEMAHAMI PERMASALAHAN SEBENAR ISU DOA DALAM KHUTBAH DAN DOA KEPADA BUKAN ISLAM


Saat ini masyarakat menjadi tertanya-tanya akan jawapan kepada permasalahan ini. Namun yang pasti ramai yang tidak dapat menangkap maksud permasalahan atau kupasan isu tersebut. Perkhabaran secara "dengar-dengar" dari seseorang atau berita yang diterima dan mereka terus membuat kesimpulan yang amat bercanggah dengan fakta sebenar. Akhirnya ia menjadi sentimen yang tidak ketahuan punca dan pangkal pokok permasalahan yang berlaku.

Saya bertanya masalah ini kepada seorang sahabat di selatan tanahair. Dan saya merasakan inilah jawapan yang terbaik setakat ini. Wallahu a'lam



Jawapan beliau:-

Ada 2 permasalahan dalam kes ini:


1. Hukum dan asal doa kepada pemimpin dalam khutbah.

2. Doa orang kafir.



Penjelasan

1. Asal doa itu tidak ada langsung. Tidak dibuat nabi. Nabi tidak membaca doa untuk pemimpin. Perkara tersebut juga tidak dibuat oleh 4 sahabat. Ianya bermula pada fitnah konflik Saidina Muawiyah dan Saidina Ali. Pada waktu itu, penyokong Ali memuji Ali dan mengutuk Muawiyah melalui khutbah. Begitu juga penyokong Muawiyah memuji dan mengutuk Ali di dalam khutbah. Khutbah menjadi medan politik pada waktu itu. Akhirnya konflik itu membosankan dan ulamak mengambil pendekatan untuk memuji daripada mengecam pemimpin. Bermula dari situlah doa kepada pemimpin dimulakan.

2. Kebanyakkan yang orang membahaskan tentang dalil doa kepada orang kafir ialah dalil umum doa kepada orang kafir. Tetapi tiada dalil khusus yang menunjukkan nabi berdoa untuk orang kafir dalam khutbah kecuali mengecam ( sebab peperangan ).Tetapi keumuman itu juga menunjukkan boleh berdoa dalam keadaan berkhutbah.

Ulamak pula bersepakat hanya membolehkan berdoa untuk hidayah seperti doa nabi pada 2 orang Umar dan tidak boleh pada kesejahteraan. Dalam kes sekarang jika dia berdoa untuk hidayah maka dibolehkan.



Tetapi ada masalah lain yg boleh dilihat :

1. Masalah Adat dan Budaya.

Adat yang tidak menyalahi syarak turut menjadi alasan kepada hukum. Seperti kaedah " al adatu muhakkamah ". Membaca doa kepada orang kafir adalah isu sensitif dan bukan budaya kita. Jesteru mengundang fitnah.

2. Fitnah. Rasul melarang kepada kita sama sekali membangkitkan fitnah.

Tetapi dalam masalah ini ada kebaikannya :

1. Memberitahu umat Islam hukum yg mereka tidak tahu. Kalau tidak mereka akan terus jahil.

2. Memberi peluang kepada ulamak untuk berbahas lebih panjang.

Dalam masalah ini ialah pendapat saya, hukumnya boleh atau harus tetapi salah pada pelaksanaannya. Kerana kita ada perkara "masalih mursalah" yg patut dijaga iaitu fitnah.



Kesimpulannya:-
 
Jalan penyelesaiannya ialah jika ingin berdoa kepada orang kafir untuk hidayah jangan gunakan platform khutbah tetapi bacalah doa tersebut selepas habis khutbah dan selepas selesai solat Jumaat. Kerana ulamak menggunakan kaedah "khuruj minal khilaf mustahab". Doa hidayah dibaca dan fitnah khutbah tidak berlaku.Dua-dua selamat. Wallahu a'lam.
 
 
 

Rabu, 1 September 2010

LAPORAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1431 H /2010 M

  



Selepas pulang dari London saya mengalami "jet lag" yang agak boleh tahan juga teruknya. Maka saya mengambil masa dan cuti untuk memulihkan kesan perbezaan 7 jam antara UK dan Malaysia. Seingat saya tahun ini Ramadhan saya akan sunyi dari sebarang aktiviti. Namun tanggapan saya itu silap. Apabila pulang ke tanahair perjuang bermula dan Allah SWT mengatur perancanganNya. Panggilan demi panggilan memenuhi jemputan tazkirah subuh dan selepas solat Sunat Terawikh serta juga kuliah Zohor bertubi-tubi hingga saya terpaksa menolaknya kerana ada komitmen bersama keluarga dan lain-lain.

Begitupun saya begitu berbangga kerana PPMD Takmir juga berperanan dengan tugas yang serupa mengimarahkan Bulan Ramadhan ini dengan pengimarahan yang berterusan di Masjid dan Surau seluruh negeri Pulau Pinang. Bulan ini bukan bulan rehat dan bulan letih seperti yang disangka. Bulan ini menuntut kesungguhan dan tenaga yang luar biasa . Guru Takmir memenuhi masjid dan surau-surau mengambil peluang mengajar ilmu agama kepada jemaah masjid yang ramai dari hari dan bulan biasa. Inilah masa yang sesuai kerana masyarakat Islam memenuhi masjid pada bulan ini.

Berikut adalah antara aktiviti yang sempat diambil sepanjang Ogos:
-Tazkirah Zohor Masjid Negeri Pulau Pinang
-Tazkirah Majlis berbuka puasa anjuran PEMADAM Pulau Pinang
-Pejabat SUK dan Kewangan Negeri Kerajaan Negeri Pulau Pinang di KOMTAR
-KEMAS-bacaan Yasin dan tazkirah
-Ceramah Motivasi anjuran JAKIM-GPMS ( SMK Teluk Bahang dan SMK Penanti


Tazkirah bersama kaum wanita di Bagan Dalam, Butterworth


Memohon keberkatan Ramadhan dan bacaan Yasin


Kaum ibu sampai memenuhi dewan orang ramai


Ustaz Fauzi PTA Barat Daya

Iftor bersama penduduk kuarters kerajaan Lebuhraya Rose


Nasi Minyak

Mesyuarat Majlis Iftor Guru Takmir bersama YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang


PPMD yang hadir memberikan idea yang bernas



Mesyuarat cepat dan tepat.


Ceramah anjuran bersama JAKIM-GPMS di SMK Penanti


Akhlak dan keruntuhan muda mudi


Turut dihadiri oleh wakil GPMS dan guru kanan


Pelajar aliran Sains memberikan kerjasama yang baik

Pemuda harapan bangsa





HARI, BULAN DAN TAHUN KEMERDEKAAN-SEPATAH KATA

Alhamdulillah Ya Allah.  Terima kasih atas kemerdekaan ini.

Hari Kemerdekaan Tanahair di mana tumpahnya darahku ini menyambut ulang tahun hari kelahirannya yang ke 53 semalam. Walaupun entry ini sudah melepasi masanya yang akan dianggap "belated" namun semangatnya akan terus membara setiap detik dan masa jua zaman. Kemerdekaan yang tidak dapat dijual beli dan dikompromi dengan musuh serta perlu dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir.

Umat ini harus bangkit dari kelemahan. Perlu bangun dari lena panjang dan mimpi yang indah. Berlari kepada masa depan yang cemerlang. Masih ingat kata-kata Ben Okre yang menyatakan " Our Future is greater than our past"! Bermaksud "masa depan kita lebih hebat dari masa silam kita". Dan Yang Maha Esa mewahyukan "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang merubahnya". Cabaran! Kita perlu mencabar diri kita untuk bergerak ke depan demi masa depan agama, bangsa dan negara!

Kerana masih lagi fikiran kita dibelenggu dan dijajah dengan tahap pemikiran lama dan tidak merdeka dengan hujah dan ilmu di dada. Sentimen dan persepsi menjadi hujah dan sumber utama berbanding fakta kebenaran yang telah menjadi nombor dua dalam berdepan dengan realiti cabaran. Amat sedih jika ini terus berlaku terutama di dalam kalangan mereka yang dikenali sebagai "agamawan". Amat membimbangkan kita kerana akan melahirkan sebuah masyarakat yang kurang matang dan dangkal pemerhatian masa depannya kerana meletakkan perasaan dan emosi di depan.

Hakikatnya kita berlegar sekitar kelompok yang sama dan fikiran yang di dalam kotak. Masih berhujah soal bida'ah dan tidak bid'ah, halal haram dan betul serta salah. sedangkan tempoh 53 tahun sudah cukup bagi kita menjadi matang dan dewasa dalam menghadapi masalah tersebut. Kita tidak sedewasa dengan usia kemerdekaan ini dengan sikap kebudakan atau keanakan yang hanya menghentakkan kaki dan mengamuk tidak ketahuan sekiranya kemahuan tidak dipenuhi.

Ayuh bangunlah Umatku. Masanya telah sampai untuk kita memasuki fasa kedua. Penuh dengan kegemilangan dan kemajuan ummah.


Jadilah anak merdeka yang berjasa kepada negara

Tidak perlu memberi makna dan definasi kemerdekaan kerana ianya pasti dapat ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kemahuan dan tujuan. Namun yang penting kita menerima kemerdekaan dengan syukur dan muhasabah.

Hari ini termasuk 10 terakhir Ramadhan hari kemerdekaan diri dan jiwa dari api neraka.  Bulan memerdekakan diri dari sifat keji dan mazmumah kepada Taqwa. Tahun yang menjadikan kita mengenal erti sebenar kemerdekaan.

Disini marilah kita renung bait-bait lirik yang indah untuk direnungi bersempena Kemerdekaan ini.

Lyrics to Awaken (Maher Zain):


We were given so many prizes

We changed the desert into oasis

We built buildings of different lengths and sizes

And we felt so very satisfied

We bought and bought

We couldn't stop buying

We gave charity to the poor 'cause

We couldn't stand their crying

We thought we paid our dues

But in fact

To ourselves we're just lying



Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place

I'm walking with my head lowered from my race

Yes it's easy to blame everything on the west

When in fact all focus should be on ourselves



We were told what to buy and we'd bought

We went to London, Paris and Costa Del Sol

We made show we were seen in the most exlusive shops

Yes we felt so very satisfied



We felt our money gave us infinite power



We forgot to teach our children about history and honor

We didn't have any time to lose

When we were.. (were)

So busy feeling so satisfied



I'm walking with my head lowered in shame from my place

I'm walking with my head lowered from my race

Yes it's easy to blame everything on the west

When in fact all focus should be on ourselves



We became the visuals without a soul

despite the heat

Our homes felt so empty and cold

To fill the emptiness

We bought and bought

Maybe all the fancy cars

And bling will make us feel satisfied



My dear brother and sister

It's time to change inside

Open your eyes

Don't throw away what's right aside

Before the day comes

When there's nowhere to run and hide

Now ask yourself 'cause Allah's watching you



Is He satisfied?

Is Allah satisfied?

Is Allah satisfied?

Is Allah satisfied?



Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place

I'm walking with my head lowered from my race

Yes it's easy to blame everything on the west

When in fact all focus should be on ourselves

[ Awaken Lyrics on http://www.lyricsmania.com/ ]
 
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA
 

Sabtu, 28 Ogos 2010

RAMADHAN BULAN TARBIYAH

DR YUSUF QHORDAWI DALAM KITABNYA AL IBADAH FIL ISLAM MENGUNGKAPKAN 5 RAHSIA PUASA :-


1. MENGUATKAN JIWA (BERUSAHA MENGUASAI DAN MEMERANGI HAWA NAFSU)
2. MENDIDIK KEINGINAN KE ARAH KEBAIKAN-KEKUATAN ROHANI
3. MENYIHATKAN BADAN, PENGARUH POSITIF-KESEHATAN JASMANI
4. MENGENAL NILAI KENIKMATAN DAN BERSYUKUR
5. MENGINGATI DAN MERASAKAN PENDERITAAN ORANG LAIN. E.G LAPAR DAN DAHAGA YANG HINGGA BEBERAPA JAM TETAPI PENDERITAAN ORANG LAIN ENTAH BILA AKAN BERAKHIR.