Khamis, 21 Mac 2013

Wajib berjihad pertahan negara

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD dan JUANI MUNIR ABU BAKAR



SETELAH gagal menemui jalan damai melalui kaedah rundingan, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan anggota tentera menentang balas pihak musuh bertepatan dengan syariat Islam.

Ini berlandaskan firman Allah SWT yang bermaksud: Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh) kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (al-Hajj: 39)
Oleh itu, pasukan keselamatan yang berjuang dalam misi mempertahankan Lahad Datu daripada pencerobohan tentera Kesultanan Sulu disifatkan sebagai berjihad di jalan Allah SWT.

Bahkan Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpendirian bahawa anggota-anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan keselamatan rakyat dan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di sisi agama.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, pula berkata, terdapat lima jenis konteks jihad sebagaimana yang digariskan oleh ulama berlandaskan maqasid syariah (matlamat yang disyariatkan).

Beliau berkata, kategori jihad tersebut ialah mempertahankan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.

Bagaimanapun katanya, dalam konsep Islam yang merupakan agama kesejahteraan juga mempunyai had yang membolehkan umat Islam untuk bertindak apabila tergugat.
"Islam adalah agama yang sejahtera. Bukan mengajar umatnya melakukan sebarang kekacauan atau keganasan. Walaubagaimanapun, terdapat had yang membolehkan kita bertindak apabila beberapa aspek ini telah diganggu gugat oleh pihak lain.

"Ini bertepatan dengan konsep jihad sebagaimana yang digariskan dalam maqasid syariah iaitu untuk mempertahankan agama Islam apabila ada yang cuba meruntuhkannya, mempertahankan nyawa apabila diancam, melindungi fikiran daripada sebarang unsur kotor, menjaga harta daripada dirampas dan mengekalkan keturunan daripada dipecahbelahkan.

"Sekiranya lima asas maqasid syariah ini digugat, maka Islam membenarkan umatnya mempertahankan diri selepas difikirkan tiada jalan penyelesaian lain," katanya.
Noh berkata, oleh itu, ahli keluarga mangsa yang terkorban tidak perlu terlalu sedih dengan pemergian sanak saudara kerana gugurnya mereka sebagai jihad.

"Ahli keluarga dan sanak saudara yang reda dengan pemergian tersebut juga boleh dikategori sebagai jihad kerana merelakan keluarganya berjuang mempertahankan keamanan negara dan agama daripada diceroboh," jelasnya.

Nada sama turut dinyatakan oleh Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dengan menyebut sepotong hadis yang bermaksud: "Barang siapa terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka ia mati syahid, sesiapa terbunuh kerana mempertahankan keluarganya maka ia mati syahid, barang siapa terbunuh mempertahankan agamanya maka ia mati syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan nyawanya maka ia mati syahid.

Jelas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak itu, menurut Kitab Tuhfah al-Ahwazi Syarah Jami' al-Tirmizi mati mempertahankan harta daripada dirampas secara zalim, mempertahankan maruah keluarga daripada dinodai, melindungi agamanya dan mempertahankan jiwanya dikira mendapat pahala syahid di akhirat.

"Dalam kitab Syarah Muslim, Imam Nawawi menjelaskan hadis Rasulullah SAW itu dengan menyatakan barang siapa yang mati mempertahankan hartanya dikira mendapat pahala mati syahid.
"Daripada hadis-hadis di atas jika anggota keselamatan Muslim berjuang kerana mempertahankan kedaulatan agama dan negara maka mereka mati dalam keadaan yang mulia dan mudah-mudahan mereka mendapat pahala syahid," jelas beliau.

Sehubungan itu, Zamri menjelaskan mengikut qias aulanya (lebih utama), agama dan negara adalah lebih utama untuk dipertahankan daripada harta kerana kedua-duanya aset sangat bernilai yang diamanahkan Allah kepada kita.

Ganjaran Allah

Malah Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, pihak yang mempertahankan negara tergolong dalam kumpulan memelihara agama. Sehubungan itu, gugurnya mereka di medan perang adalah suatu pengorbanan yang mulia dan bakal mendapat ganjaran.

Janji itu dijelaskan oleh sebuah hadis apabila Rasulullah SAW ditanya oleh seorang lelaki apakah ganjaran diterimanya sekiranya beliau gugur di medan perang, maka baginda menjawab: "Ke dalam syurga."

Fathul Bari berkata, terdapat banyak hadis lain menceritakan keistimewaan pengorbanan tersebut dengan menggambarkan pelbagai ganjaran termasuk habuan syurga yang bakal dianugerahkan terhadap mereka gugur untuk tujuan seumpama itu.

"Bagaimanapun gelaran syahid adalah hak Allah tetapi kita sebagai umat Islam sewajarnya mendoakan mereka supaya diletakkan bersama roh para syuhada di alam akhirat.
"Oleh demikian, kita seharusnya menghargai dengan mendoakan kebahagiaan mereka di akhirat. Tanpa mereka, siapa lagi yang hendak mempertahankan negara demi menjaga kesucian dan maruah agama Islam tercinta," kata beliau.

Dalam pada itu, Fathul Bari berkata ahli-ahli keluarga lapan perwira tersebut perlu reda dengan kejadian itu dan mereka patut berbangga terhadap pengorbanan yang dilakukan tersebut.
Menurut beliau, keluarga para sahabat Rasulullah terdahulu amat bangga sekiranya terdapat dalam kalangan mereka dikerah untuk ke medan perang kerana mengetahui ganjaran besar yang bakal diterima.

Doa dan sokongan terhadap para pasukan keselamatan yang sedang berjuang juga penting agar mereka bersemangat tinggi untuk mempertahankan tanah air daripada pencerobohan, sehubungan itu Fathul Bari mengajak seluruh rakyat Malaysia melakukan solat Hajat untuk memohon kepada Allah SWT agar para perajurit diberikan kekuatan.

"Jangan kita melakukan pelbagai tohmahan terhadap pasukan keselamatan, sesungguhnya tindakan itu bakal melemahkan semangat mereka.

"Adalah sangat biadap sekiranya kita menuduh macam-macam dakwaan sedangkan mereka mempertaruhkan nyawa, berbanding kita yang hidup bersenang-lenang.
"Bagi kata-kata semangat dan berdoa, insya-Allah dengan izin-Nya tanah air selamat daripada pencerobohan," jelas beliau.

Ajaran Islam

Fathul Bari berkata, tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan pengganas dari Sulu bertepatan dengan syariat Islam.

Hal itu boleh dijelaskan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 9 dan 10 yang bermaksud: Dan jika dua pihak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka perangi yang zalim itu sehingga kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikan di antara keduanya dengan adil menurut hukum Allah serta berlaku adil kamu, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Katanya, tempoh rundingan hampir tiga minggu yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia tidak diendahkan oleh pengganas Sulu kemudian mereka menyerang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga menyebabkan lapan terkorban telah memaksa negara melancarkan serangan Ops Daulat.

"Kerajaan telah beri masa untuk pengganas Sulu meletak senjata tetapi mereka enggan. Jadi tindakan gempur sebenarnya bertepatan dengan suruhan Allah menerusi surah al-Hujurat itu.
"Kalau pencuri Islam menceroboh masuk ke kediaman yang pemiliknya juga beragama Islam, ia dianggap penceroboh maka kita wajib cegah.

"Demikian juga seperti berlaku pengganas Sulu beragama Islam melakukan pencerobohan bersenjata ke atas negara Islam, sewajarnya kerajaan wajib melakukan tindakan segera," kata beliau.

Rabu, 20 Mac 2013

Bukti kebesaran, kekuasaan Allah

Bukti kebesaran, kekuasaan Allah

Para mufassir mempunyai banyak pendapat tentang kedudukan gua Ashab al-Kahfi.
SAYID Qutub berkata, kemudian tirai dilabuhkan menutupi pemandangan ini dan disingkapkan kembali untuk menayangkan satu senario yang lain, di mana anak-anak muda itu telah ditidurkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT: Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah daripada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka Dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkannya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepada-Nya. (al-Kahfi: 17)

Ibnu Kathir berkata, dalam hal ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa pintu gua ini menghadap ke utara, kerana Allah menceritakan bahawa ketika matahari terbit, maka akan condong dari gua tersebut: "Ke sebelah kanan."

Yakni, bayang-bayang daripada sinar matahari itu berada di sebelah kanan. Sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas, Sa'id bin Jubair, dan Qatadah: Tazaawaru bererti condong. Yang demikian itu, kerana setiap kali matahari semakin meninggi, maka bayang-bayang itu pun berpindah sehingga tidak ada yang tersisa daripadanya pada saat zawal (tergelincir).

Al-Maraghi berkata: "Wahai orang yang diajak berbicara, jika kamu dapat melihat gua itu, pasti kamu dapat melihat matahari ketika terbit condong di sebelah kanan. Begitu juga apabila kamu melihat matahari terbenam meninggalkan mereka, ia berpaling daripada mereka sebelah kiri. Sedangkan para pemuda itu berada di tengah gua dengan ruangannya yang luas sehingga mereka dapat menikmati udara yang nyaman dan sejuk."

Para mufassir mempunyai banyak pendapat tentang kedudukan gua tersebut. Ada yang mengatakan, terletak dekat Iliya' (Baitu al-Maqdis) di Syam.

Menurut Ibnu Ishaq ia terletak di Ninive iaitu negeri Mawsil dan ada yang mengatakan pula di Romawi. Namun, sampai sekarang belum ada petunjuk yang membuktikan kebenaran pendapat tersebut.

Barang siapa yang mendapat taufik daripada Allah SWT sehingga mengetahui ayat dan hujah yang menunjukkan kepada kebenaran sebagaimana yang dialami oleh penghuni gua tersebut, maka orang seperti itu akan mendapat petunjuk jalan kebenaran sehingga memperoleh rahmat yang besar sama ada dunia dan akhirat.

Ini menunjukkan gambaran bahawa Ashab al-Kahfi telah menempuh jalan kebenaran dan mendapat taufik dan rahmat sehingga mencapai apa yang mereka cita-citakan.

Hamka berkata: "Allah memperingatkan kita agar selalu memerhatikan ayat-ayat Allah di antaranya ialah dengan menambah ilmu pengetahuan, termasuk pengetahuan alam."

Dengan itu akan membawa kita kepada jalan iman, keteguhan kepercayaan kepada Ilahi dan keselamatan.

Lantaran itu, janganlah berani berjalan bersendirian dalam menempuhi kehidupan. Selalu bermohon kepada Allah agar kita selamat ke akhir destinasi.

Kisah Ashab al-Kahfi ini menunjukkan kekuasaan Allah. Kebenaran akan dizahirkan juga sekalipun pada episod awalan menunjukkan seolah-olah kebatilan menguasai medan pertempuran.

Selasa, 19 Mac 2013

Pasang surut budaya boikot

Pasang surut budaya boikot


boikot merupakan antara senjata paling ampuh yang mampu melumpuhkan pihak musuh. - Gambar hiasan 
BOIKOT bukanlah budaya baru yang diamalkan di negara ini, malah sejak dahulu lagi. Apabila berlaku sesuatu kejadian yang melibatkan sensitiviti sejagat, timbullah kempen boikot di sana-sini.
Tindakan boikot semakin popular sejak akhir-akhir ini di negara ini, terutamanya berikutan serangan tentera rejim Zionis Israel terhadap Palestin sehingga mengakibatkan ribuan nyawa rakyat tidak berdosa terkorban.

Boikot bermaksud pemulauan atau tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, berurusan dengan seseorang atau sesuatu organisasi sebagai tanda protes terhadap produk keluaran mereka.
Ia juga merupakan satu tindakan untuk menunjukkan rasa tidak berpuas hati atau bersetuju dengan perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu pihak.

Namun malangnya, bagaikan fenomena di negara ini, budaya boikot dilihat seperti mempunyai pasang surut dan hanya diamalkan mengikut musim.

Sekiranya isu tersebut telah reda, masyarakat mula lupa akan isu boikot yang mereka sendiri sering bahaskan sebelum ini.

Firman Allah SWT bermaksud: Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara-perkara kebaikan dan takwa, janganlah kamu saling tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. (al-Maidah: 2).

Ayat tersebut menuntut kita supaya saling membantu dalam segala perkara yang bersangkut paut dengan kebaikan dan kemaslahatan umat Islam dalam apa jua bentuk mengikut kemampuan masing-masing.

Ditindas

Apatah lagi dalam situasi hari ini kita melihat saudara seIslam ditindas oleh musuh Islam, oleh itu menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menghulurkan pertolongan, sama ada dari aspek sokongan moral, kewangan dan tenaga.

Dalam situasi hari ini, kita melihat negara umat Islam masih lagi kekurangan dalam aspek ketenteraan.

Walaupun tidak dinafikan terdapat sesetengah negara Islam yang memiliki kelengkapan senjata dan ketenteraan, namun itu bukan penyelesaian terbaik untuk mendamaikan perbalahan.

Umum sedia maklum, tuntutan jihad adalah mengikut kemampuan. Oleh itu boikot merupakan antara senjata paling ampuh yang mampu melumpuhkan pihak musuh.

Melalui usaha boikot juga dilihat berkesan sekurang-kurangnya dalam menzahirkan sokongan moral kepada umat Islam yang ditindas.

Malah, sejarah juga telah membuktikan bahawa boikot adalah senjata ampuh yang memberi kesan mendalam. Ia sekali gus dapat menyekat bantuan kewangan secara tidak langsung yang disalurkan kepada Israel yang berniat jahat untuk memusnahkan umat Islam di bumi Palestin.

Hasil daripada kesedaran kita dalam memboikot barangan buatan Yahudi secara konsisten pastinya mampu menyelamatkan jutaan nyawa yang tidak bersalah.

Bagaimanapun, kempen ini tidak mungkin terlaksana jika tidak mendapat kesatuan daripada seluruh masyarakat untuk bersama menyedarkan orang ramai agar turut memberi sokongan.

Isnin, 18 Mac 2013

WHO AM I TO PLACE MY NAME IN THE HOUSE OF ALLAH!

WHO AM I TO PLACE MY NAME IN THE HOUSE OF ALLAH!

The great Sinan, the genius of Ottoman architecture considered himself a tiny ant in the face of Allah, despite having such great success. This was because he was a peerless leader of humility.

Mimar Sinan put all his efforts into ensuring that the Sulaymaniye Mosque would remain erect until the Day of Judgement. He made many prayers in this vein and as a result, with the grace of Allah, he produced a masterpiece that has no equal. However when it came time to making his own tomb, he lodged it in a corner of the mosque as a modest signature. Despite having built such famous and magnificent mosques and so that he did not become proud and arrogant, in addition to signing his name as ‘Ser-Mimaran-i Hassa (the Head of the Master Architects) he would also use the titles ‘Mur’i Natuvan’ (weak ant), and ‘Al-Fakiru’l Hakir’ (the poor lowly one). Likewise at the completion of his greatest masterpiece, Selimiye Mosque, he was asked to write his name in the plaque to be placed at the door of the mosque. In response he said:

“Who am I to place my name in the house of Allah!...” Thus he displayed a deep spirituality that was equal to the splendour of his works…


 

Jumaat, 15 Mac 2013

万 事 如 意 “Wan Shi Ru Yi” ~1000 Tetamu Memeriahkan Sambutan Tahun Ular 2013~ 万事如意“Wan Shi Ru Yi” 1000 TETAMU MEMERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN ULAR 2013


3 Mac 2013, Ahad : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Hidayah Centre,Pertubuhan IKRAM  Malaysia, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Restoran Mohd Chan Abdulah dan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) serta Overseas Chinese Muslim Association Malaysia (OCMA) telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Kristal, Telekom Convention Centre, Menara TM Kuala Lumpur. Kehadiran tetamu seramai 1000 orang terdiri daripada 65% dari kalangan Non-Muslim Cina setempat, ahli keluarga Non-Muslim dari kalangan keluarga saudara Muslim, dan Badan NGO’S Saudara Muslim Cina dan India seluruh Malaysia.
Objektif majlis ini diadakan adalah :
  1. Memperkenalkan konsep keterbukaan dalam Islam kepada masyarakat  belum Islam terutamanya kepada rakyat Cina yang berbangsa TiongHua  berkenaan keindahan Islam sebagai satu cara hidup yang sesuai dipraktikkan oleh semua bangsa.
  2. Menyingkirkan salah anggap terhadap agama Islam yang selama ini digambarkan oleh media media barat sebagai agama yang menganjurkan keganasan dan tiada toleransi agama.
  3. Merai dan menyantuni saudara baru berbangsa TiongHua dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
  4. Mewujudkan jaringan dakwah antara institusi yang terlibat.
Antara tetamu VIP yang hadir pada majlis tersebut ialah Datin Nafesah Raja Nong Chik, isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Hj. Nicholas Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre, Tuan Hj. Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM, Dato’ Dr Mustapa Ma, Presiden MACMA, Prof. Madya Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tuan Hj. Hassan Unir, YDP Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKTI), Hj. Wan Ahmad Nizar Zakaria, Timbalan Hidayah Centre, Dr. Yap Sin Tian, Pengerusi Dong Zong, Prof. Dr. Taufik Yap Yun Hin, Tokoh Pendakwah Saudara Baru, Muhd Zamri Vinoth, Pengerusi Skuad Mubaligh Nasional, dan Dr. Yunus Ma Zhengbin, Pensyarah UIAM.
Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Hj. Nicholas Sylvester Pengerusi Hidayah Centre dan Prof Dr Mohamed Hatta Sharom, Timbalan Presiden IKRAM. Seterusnya, Dato’ Mustapa Ma tidak ketinggalan dalam menyampaikan ucapan dan berkongsi tips iaitu “Terapi Ketawa” telah mencuit hati para tetamu yang hadir. Seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tuan Hj. Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Dakwah JAKIM.
Beberapa acara menarik telah berlangsung sepanjang majlis pada hari tersebut antaranya ialah ceramah tentang sambutan perayaan menurut perspektif Islam dalam Bahasa Mandarin yang disampaikan oleh Dr. Yunus Ma Zhengbin, Pensyarah UIAM. Seterusnya  pertandingan mewarna, pertandingan penulisan kaligrafi bahasa Cina, dan cabutan bertuah. Para tetamu dan jemputan dihiburkan dengan tarian naga yang dipersembahkan oleh pelatih dari Restoran Mohd. Chan. Tetamu VIP turut  menggaulkan Yee Sang dan mengagihkannya kepada tetamu yang hadir. Majlis juga diceriakan oleh Encik Hilmi Gimmik,seorang pelawak yang sangat fasih berbahasa Cina. Di akhir majlis acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan sumbangan ang pau kepada tetamu terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas.
Ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, sekalung penghargaan di atas kerjasama pihak penganjur dan pihak penaja kerana telah bersama sama menjayakan majlis sambutan Tahun Baru Cina 2013 ini. Semoga segala usaha dakwah yang murni ini sentiasa dipertingkatkan dan mendapat rahmat dan kemuliaan di sisiNya.
"Towards A Harmonious Society"
"Ke Arah Masyarakat  Yang Harmoni"
xiè-xie
Yee Sang boleh didapati di Malaysia kerana keunikkan kita sebagai rakyat Malaysia yang mencetuskan budaya  menyatupadukan rakyat.
Antara tetamu Non Muslim yang turut hadir pada hari tersebut.
Hj Mohd Chan Abdullah yang banyak memberikan sumbangan serta kerjasama dalam menjayakan majlis ini 
YBhg. Ustaz Hj Hashim bin Hj Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM turut hadir memeriahkan majlis ini..Xia Xia Ni ustaz...
Dua dari kiri : Datin Nafesah Raja Nong Chik, isteri Menteri Wilayah Persekutuan bersama VIP yang lain.
Antara tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut.
Ucapan aluan yang disampaikan oleh Hj. Nicholas Slyvester, Pengerusi Hidayah Centre.
 
 Ucapan aluan oleh Prof Dr Mohamed Hatta Sharom, Timbalan Presiden IKRAM
Ucapan oleh Dato Mustapa Ma, Presiden MACMA. Turut dikongsikan oleh beliau tips "Terapi Ketawa" bersama tetamu yang hadir.
"Terapi Ketawa" oleh Dato Mustapa Ma bersama para tetamu.
Ybhg. Ustaz Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM mewakili Dato' Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM menyampaikan ucapan perasmian pada hari tersebut.
Majlis ini di kendalikan oleh mahasisiwa/i dari Universiti Islam AntaraBangsa Malaysia dalam 3 versi bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Mandarin
Persembahan tarian naga yang disampaikan oleh pelatih Restoran Mohd Chan...sangat berani dan unik.
Yee Sang "Mega" bersama kuah dan madu
 Tetamu VIP bersiap sedia untuk menggaulkan Yee Sang
Kemeriahan Yee Sang.Pepatah Cina mengatakan"makin tinggi di angkat makin melimpah rezeki yang masuk..angkat tinggi tinggi ...!!!
Majlis diceriakan oleh Encik Hilmi Gimmik yang fasih berbahasa Mandarin, telah menghiburkan para tetamu yang hadir
Acara penyampaian cenderahati di akhir majlis.
Sekian...Memori Tahun Baru Cina 2013
Dari Unit Saudara Muslim & Komuniti Minoriti

Khamis, 14 Mac 2013

Keputusan Meningkat : Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-34 Bagi Tahun 1434H/2013M

Al-Quran tidak akan memberi dan mencurahkan isi perbendaharaannya kecuali kepada orang yang datang bertumpu kepadanya dengan roh dan jiwa ini: iaitu roh dan jiwa ma’rifat yang membuahkan amal dan tindakan. Al-Quran datang bukan sebagai sebuah buku penglipur lara, bukan sebagai sebuah buku sastera, juga bukan sebagai sebuah buku kesenian, sejarah dan novel, malah ia datang untuk dijadikan panduan hidup, panduan Ilahi yang tulen; dan Allah SWT sendiri telah merasmikan Al-Quran ini sebagai garis pemisah di antara hak dan batil.
Firman Allah:
Maksudnya: Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan Kami menurunkannya dengan beransur-ansur. [Al-Isra': 106].
Sehubungan itu, Kerajaan telah menjadikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan sebagai salah satu acara tahunan sebagai salah satu wasilah untuk mendekatkan masyarakat Islam serta mencintai kitab suci al-Quran seterusnya melahirkan generasi qurani.
Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas telah menjadi pilihan tempat pengumpulan para peserta Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini iaitu seramai 72 orang dari empat belas negeri seluruh Malaysia.  Pulau Pinang merupakan negeri tuan rumah pada tahun 2013 selepas kali pertama menjadi tuan rumah iaitu pada tahun 2000. Majlis Menghafaz Al-Quran  Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah diadakan dengan jayanya berlangsung selama lima hari iaitu bermula pada 4 hingga 8 Mac 2013 yang lalu bertempat di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Pembukaan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mansor bin Haji Othman, Ketua Menteri (I), Pulau Pinang. Manakala Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas,  Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff.
Ucapan penghargaan daripada Kerajaan Malaysia kepada Tabung Haji kerana telah memberi kebenaran dan sumbangan terbesar untuk penyediaan tempat dan lain-lain keperluan sepanjang majlis berlangsung. Penghargaan juga diberikan kepada pihak RTM kerana telah memberikan ruangan sairan langsung bagi Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah pada 8 Mac 2013 yang lalu yang julung kalinya diadakan siaran langsung selama 34 tahun majlis ini diadakan.
Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-33 Tahun 1433H/2012M yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim merangkap Pengerusi Jemaah Hakim  secara keseluruhan adalah meningkat dengan catatan keputusan seperti berikut:
KEPUTUSAN RASMI
 MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 34 TAHUN 1433H / 2012M
KATEGORI 1 - 10 JUZUK (LELAKI)
A.        (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA            :           UMAR BASYIR BIN MOHD NASIR
                        NEGERI          :           TERENGGANU
                        MARKAH       :           96.91
            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA            :           AMZANIL SHAH BIN ARNIZAM SHAH       
                        NEGERI          :           PAHANG
                        MARKAH       :           97.25 %          
            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA            :           MOHD AZIS BADLI BIN AZMI
                        NEGERI          :           KELANTAN
                        MARKAH       :           98.23 %
B.        KATEGORI 1 - 10 JUZUK (PEREMPUAN)
            (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA            :           RAUDDAH BINTI ABDUL RAZAK               
                        NEGERI          :           KEDAH
                        MARKAH       :           95.82 %
            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA            :           ASMA’ BINTI ABDULLAH    
                        NEGERI          :           TERENGGANU
                        MARKAH       :           96.16 %
             
            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA            :           HADFINA BINTI MUHAMMAD HARON HUSAINI
                        NEGERI          :           SELANGOR
                        MARKAH       :           96.75 %
C.        KATEGORI 1 - 20 JUZUK (LELAKI)
   (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA            :           MUHAMMAD NAAZIR BIN SHEIKH ALAUDEEN
                        NEGERI          :           SELANGOR  
                        MARKAH       :           96.70 %
            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA            :           MOHD HAFIZ BIN SOBRI    
                        NEGERI          :           PERAK
                        MARKAH       :           96.75 %
            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA            :           KHAIRUL AMIR BIN ZAHIDI
                        NEGERI          :           MELAKA
                        MARKAH       :           98.08 %
D.        KATEGORI 1 - 20 JUZUK (PEREMPUAN)
            (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA            :           AINUL MARDHIAH BINTI MD PAKHRURRAZI     
                        NEGERI          :           SELANGOR
                        MARKAH       :           92.73 %
            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA            :           SITI HAWA BINTI DZULKIFLI
                        NEGERI          :           PERAK
                        MARKAH       :           92.81 %
           
            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA            :           NUR WASITAH BINTI AZMI
                        NEGERI          :           MELAKA        
                        MARKAH       :           93.43 %
E.         KATEGORI 1 - 30 JUZUK (LELAKI)
            (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA            :           SUHAIL BIN JAMALUDIN
                        NEGERI          :           SELANGOR
                        MARKAH       :           96.38 %
            (II)        TEMPAT KEDUA:
                        NAMA            :           MUHAMMAD KHAIRUL RAZIKIN BIN ABDUL RAZAK     
                        NEGERI          :           SABAH
                        MARKAH       :           97.40 %
         (iii)          TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA            :           MUHAMMAD ISMAIL BIN HASSANUDDIN           
                        NEGERI          :           PAHANG
                        MARKAH       :           98.15 %
F.         KATEGORI 1 - 30 JUZUK (PEREMPUAN)
            (I)         TEMPAT KETIGA:
                        NAMA            :           NURUL SYAABANIAH BINTI YAHYA
                        NEGERI          :           TERENGGANU
                        MARKAH       :           89.70 %
          (II)          TEMPAT KEDUA:
                        NAMA            :           FARIHAH BINTI ZULKIFLI
                        NEGERI          :           WILAYAH PERSEKUTUAN
                        MARKAH       :           90.11 %
            (III)       TEMPAT PERTAMA:
                        NAMA            :           FARAH NABILAH BINTI AMINDIN
                        NEGERI          :           SELANGOR
                        MARKAH       :           94.20 %
Bagi para pemenang dan penerima saguhati akan menerima hadiah dan cenderamata seperti ketetapan berikut:
KATEGORI 1 HINGGA 30 JUZUK:
  1. Johan                          :           Hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00,piala iringan, pakej menunaikan haji, cenderemata dan sijil
  2. Naib Johan                 :           Hadiah wang tunai sebanyak RM7,000.00,cenderamata dan sijil
  3. Tempat Ketiga           :           Hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00,cenderamata dan sijil
  4. Saguhati                     :           Hadiah wang tunai sebanyak  RM2,000.00,cenderamata dan sijil
KATEGORI 1 HINGGA 20 JUZUK:
  1. Johan                          :           Hadiah wang tunai sebanyak RM6,000.00,pakej menunaikan umrah, cenderemata dan sijil
  2. Naib Johan                 :           Hadiah wang tunai sebanyak RM4,000.00,cenderamata dan sijil
  3. Tempat Ketiga           :           Hadiah wang tunai sebanyak RM2,500.00,cenderamata dan sijil
  4. Saguhati                     :           Hadiah wang tunai sebanyak  RM1,000.00,cenderamata dan sijil
KATEGORI 1 HINGGA 10 JUZUK:
  1. Johan                          :           Hadiah wang tunai sebanyak RM4,000.00,cenderemata dan sijil
  2. Naib Johan                 :           Hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00,cenderamata dan sijil
  3. Tempat Ketiga           :           Hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00,cenderamata dan sijil
  4. Saguhati                     :           Hadiah wang tunai sebanyak  RM800.00,cenderamata dan sijil
Barisan VVIP yang hadir
Barisan Ketua-ketua Jabatan yang turut Hadir
Ucapan Alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ucapan Perasmian Penutupan oleh:
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, 
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Pengumuman Keputusan oleh YBhg Dato' Haji Othman bin Mustapha
merangkap Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 34
Sekitar majlis penyampaian Hadiah kepada Pemenang Lelaki dan Wanita yang telah disempurnakan oleh:
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas,  Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
dan isteri YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff.
Bahagian Lelaki
Johan 1-30 Juz
Johan 1-20 Juz
Johan 1-10 Juz
Bahagian Wanita
Johan Kategori 1-30 Juz
Johan Kategori 1-20 Juz
Johan Kategori 1-10 Juz
Barisan Jemaah Hakim dan Urus Setia Jemaah Hakim
Pemenang 1-30 Juz
  

Jumaat, 8 Mac 2013

Suatu Pencarian Sinar Hidayah

Suatu Pencarian Sinar Hidayah

MAK NYAH, PONDAN, BAPOK, DARAI, MUKHANNAZ, BENCONG, WARIA…Suatu istilah yang tidak asing dalam masyarakat kita hari ni. Kehadiran mereka di khayalak sentiasa menarik perhatian. Lemah-lembut, manja, melaram, seksi dan menarik ada kalanya melebihi wanita sejati. Kemunculan mereka kekadang mengundang perasaan jelik, meluat dan benci sesetengah golongan. Hakikatnya golongan ini terperangkap dalam satu situasi yang mendorong mereka memilih untuk kehidupan songsang. Hakikat kelakian mereka telah musnah dan mereka menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan.

 Persoalan disini siapa yang harus dipersalahkan??

 JAKIM mengambil pendekatan memujuk mereka tanpa ada perasaan sangsi dan stigma. manusia tidak layak menghukum mereka dengan menentukan dosa pahala, syurga neraka tetapi kita bertangungjawab menyedarkan mereka dari dunia khayal dan menyedari hakikat kejadian manusia di muka bumi ini.

 Meneruskan kesinambungan program 2012, atas permintaan komuniti sendiri maka JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan Program Perkhemahan Muhibbah 2013 di Jerejak Rainforest Pulau Pinang pada 27 hingga 1 Mac 2013.

3 hari berkampung di pulau Jerejak peserta di dedahkan dengan pelbagai maklumat antaranya isu HIV/AIDS, isu masyarakat, hal semasa, tayangan video prihal kematian, night walk dan sebagainya. Peserta juga di beri kelonggaran untuk beriadah bersama pihak urusetia dan pihak resort. 

 Pendekatan tauhid, mengenal diri dan mengenal maha pencipta adalah satu elemen yang paling penting sepanjang pengisian program. Peserta amat tersentuh dan mengalirkan air mata apabila menghayati pengisian program. Al Fadil Ustaz Hanafiah Abdul Malik atau lebih di kenali dengan nama SIFU Hanafi adalah pemudah cara dalam mengendalikan para peserta.

 Pengarah Bahagian KSK,JAKIM, Ustazah Saimah binti Mukhtar menyatakan program kerohanian dan penghayatan tauhid seperti ini adalah tangungjawab semua pihak, komuniti ini wajib diberi perhatian sewajarnya. Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya. Hidayah hanya dari Allah, kita hanya berusaha dan menunjukkan jalan sahaja.

 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka” QS 13 : 11

 Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman dan mendapat tempat di syurga kelak…Aminnnn….

Tahsinul Solah
 Tazkirah ringkas dari JHEAIPP
 
Tahsinul Wuduk
Usrah dan Luahan Hati
Penghayatan kejadian manusia
Riadah

 Penyampaian hadiah
  Bergambar kenangan bersama urusetia