Selasa, 22 Mac 2011

Sah akad nikah di mana saja - Jamil Khir

Sah akad nikah di mana saja - Jamil Khir

21/03/2011 1:45pm

ALOR SETAR 21 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.
"Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.
"Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh semalam yang mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah.
Ahmad dilaporkan berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
— Bernama

SUMBER RUJUKAN


 Gambar hiasan

Dipetik dari: http://warisansemasa.blogspot.com/

Akad Nikah Dalam Masjid : Antara Jumhur dan Imam Syawkani

Isu ini akan ditinjau dari kaca mata Mazhab Syafie. Kemudian, jika ada keperluan, ia akan disoroti melalui jendela mazhab-mazhab lain.

1.Pandangan Mazhab Syafie

Sekurang-kurangnya terdapat 3 karya ulama Mazhab Syafie yang memperkatakan tentang isu ini.

Pertama  : Fathul Ma'in karangan Imam Zainuddin al-Malibari; 
Kedua     : I'anah al-Tolibin karangan Sayyid al-Bakri al-Dumyati; dan
Ketiga    : Tuhfatul Muhtaj karangan Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami.

Ketiga-tiga karya ini bersepakat menyatakan, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT.

Pandangan Imam Syawkani

Imam Syawkani mempunyai pendapat yang berbeza dengan jumhur ulama. Bagi beliau, akad nikah TIDAK HARUS dilakukan dalam masjid.

Ini kerana, masjid hanya dibina bagi menjadi tempat mengingati Allah dan mendirikan solat.

Justeru, perkara-perkara lain selain mengingati Allah dan mendirikan solat, tidak boleh dilakukan di dalam masjid, kecuali dengan adanya dalil khusus yang mengharuskannya.

Dengan sebab itu, makan, minum, tidur dan membaca syair dalam masjid diharuskan kerana ada dalil khusus yang mengharuskannya.

Beliau mencatatkan dalam kitabnya al-Sail al-Jarrar (jilid 2, ms.247-248) 

 Gambar hiasan

Kesimpulan

Pembentangan di atas dapat disimpulkan seperti berikut :

1. Mazhab Syafie dan 3 lagi Mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di masjid.

Justeru, kenyataan yang tepat yang perlu dinyatakan oleh pihak berkuasa agama berhubung isu ini ialah, "melakukan akad nikah dalam masjid adalah sunat menurut jumhur ulama dari pelbagai mazhab, termasuk mazhab rasmi negara, mazhab Syafie".

Jelasnya, keharusan melakukan akad nikah dalam masjid bukan semata-mata bersandarkan kepada isu pentadbiran, iaitu memudahkan urusan perkahwinan dan menjimatkan masa.

2. Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie dan jumhur ulama, akad nikah boleh dilakukan dalam masjid secara konsisten.

Ia juga boleh dilakukan dalam masjid dengan iktikad (kepercayaan) bahawa melakukannya dalam masjid ada kelebihannya, iaitu sunat.

Berbeza dengan pandangan Majlis Tetap Fatwa Arab Saudi yang mengatakan melakukan akad nikah dalam masjid secara konsisten, atau beranggapan ia ada kelebihan, adalah bid'ah.(Rujuk : http://www.islam-qa.com/ar/ref/132420)

3. Individu yang menegah dilakukan akad nikah dalam masjid tidak wajar dilebelkan sebagai jahil atau cuba menyesatkan masyarakat.

Ini kerana, di kalangan ulama ada yang berpendapat sedemikian, iaitu Imam Syawkani seperti yang telah dinyatakan.

4. Melakukan akad nikah dalam masjid ditegah kerana ia menyerupai amalan orang Kristian yang melakukannya dalam gereja, tidak berbangkit. Sehinggakan Imam Syawkani sendiri pun tidak menjadikan 'menyerupai orang Krisitan', sebagai sebab ditegah melakukan akad nikah dalam masjid.

Wallahu a'lam.

Nota : Semua rujukan yang dinyatakan adalah berpandukan Maktabah Syamilah.

 Kenapa mahu disempitkan fungsi masjid itu? Di manakah kata-kata "memasjidkan masyarakat dan memasyarakatkan masjid"? - gambar hiasan

Isnin, 21 Mac 2011

BUKALAH HATIMU

 

M. Nasir

Bukalah Hatimu

Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

M. Nasir rap:
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu(lah?)

WAHAI AMERIKA ! KENAPA? KENAPA? KENAPA WAHAI AMERIKA?

Askar Bersekutu serang Libya


ASKAR pemberontak berlindung semasa kenderaan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi meletup selepas dibedil oleh tentera Bersekutu di sebatang jalan antara Benghazi dan Ajdabiyah, semalam. - REUTERS


TRIPOLI 20 Mac - Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara secara besar-besaran sehingga ke awal pagi ini, mencetuskan kemarahan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan seluruh Mediterranean sebagai 'medan pertempuran'.
Kapal-kapal perang Amerika dan kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke Libya mulai semalam, dalam campur tangan Barat yang terbesar di dunia Arab sejak serangan AS dan sekutunya ke atas Iraq pada 2003, kata tentera AS.
Televisyen kerajaan Libya berkata, 64 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam serangan udara tentera bersekutu itu, termasuk gelombang serangan baru ke atas ibu negara, Tripoli awal hari ini.
Pegawai Pentagon, Laksamana William Gortney memberitahu wartawan, peluru berpandu itu 'mengenai lebih 20 sistem pertahanan udara bersepadu dan kemudahan pertahanan udara lain di darat'.
Serangan itu dilancarkan dua hari selepas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab meluluskan tindakan ketenteraan bagi menghalang tentera Gaddafi daripada menghancurkan pemberontakan terhadap pemerintahan autokratik pemimpin Libya itu.
Wartawan AFP berkata, bom-bom digugurkan awal hari ini dekat ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, Bab al-Aziziyah, dibalas oleh tentera Libya dengan bedilan antipesawat udara yang berlarutan selama 40 minit.
Televisyen kerajaan sebelum itu berkata, beratus-ratus orang berkumpul sebagai perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa Tripoli.
Serangan tentera bersekutu itu bermula pada 1645 GMT semalam (12.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan serangan jet pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan yang dikatakan dinaiki oleh tentera pro-Gaddafi.
Gaddafi dalam mesej ringkas yang disiarkan oleh televisyen kerajaan mengutuk serangan itu sebagai 'keganasan tentera salib yang kejam dan tidak wajar'.
Beliau berikrar akan melancarkan serangan balas ke atas kedudukan tentera dan awam di Mediterranean, rantau yang telah bertukar menjadi 'medan pertempuran sebenar'. - AFP

Sumber :Link kan ke.....
 

Gambar hiasan

Ahad, 20 Mac 2011

Salam Benua-Usman Awang




I
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain
II
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas
III
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin
IV
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini
V
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua
Usman Awang
1970
English Translation:
Greetings to the Continent
I
They separate us
the passports visas frontiers all names for barriers
they rob us with their laws
sending bullets wrapped in dollars
forcing us to choose
and choose we must
there is no other way
II
Friend, you have chosen guns and bullets
many leaders prefer their dollars
for this you must soak your clothes
red grass, red river
children’s weeping
the blood of the exploited
III
You squeeze cactus and grind stones
to make food and drink
girls toil decorated in dust
little children sling on their weapons
you darken the sky with exploding pipelines
others sing in prisons
for the freedom of Palestine
IV
We strive in drying rice fields
daring peasants have begun to clear the virgin jungle
small beginnings in a cloudlike calmness
a calmness that nips us in the bud
we the few are still learning
from all your experiences,
and our own
we shall consolidate the May eclipse
at the true target
of this archipelago
V
Greetings
without visa
passport
golf
colour
to humanity, people,
of all continents.
Usman Awang
1970
(Translated by Muhammed Hj Salleh)


KHALIL GIBRAN(1883-19310-PUISI TENTANG WAKTU




Waktu

Kahlil Gibran



Dan jika engkau bertanya, bagaimanakah tentang Waktu?….

Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.

Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan musim.

Suatu ketika kau ingin membuat sebatang sungai, diatas bantarannya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya.

Namun keabadian di dalam dirimu adalah kesadaran akan kehidupan nan abadi,

Dan mengetahui bahwa kemarin hanyalah kenangan hari ini dan esok hari adalah harapan.


Dan bahwa yang bernyanyi dan merenung dari dalam jiwa, senantiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa.


Setiap di antara kalian yang tidak merasa bahwa daya mencintainya tiada batasnya?

Dan siapa pula yang tidak merasa bahwa cinta sejati, walau tiada batas, tercakup di dalam inti dirinya, dan tiada bergerak dari pikiran cinta ke pikiran cinta, pun bukan dari tindakan kasih ke tindakan kasih yang lain?


Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbagi dan tiada kenal ruang?Tapi jika di dalam pikiranmu haru mengukur waktu ke dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkum semua musim yang lain,Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.

sumber: http://www.puisikita.co.cc/2010/06/puisi-waktu-kahlil-gibran.html

Khamis, 17 Mac 2011

JANGAN NIKAH SELATAN THAILAND

Jangan nikah di selatan Thai

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pasangan kekasih diingatkan supaya tidak memilih jalan pintas dengan bernikah di selatan Thailand kerana tindakan itu menimbulkan banyak implikasi terhadap perkahwinan terutama dalam soal pendaftaran anak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak yang akan menjadi mangsa daripada perkahwinan berkenaan ialah isteri dan anak-anak pasangan itu.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, antara implikasi yang terpaksa ditanggung pasangan tersebut adalah kesulitan dalam pendaftaran anak mereka terutama melibatkan persekolahan dan penerimaan bantuan daripada kerajaan.
Selain itu jelasnya, pasangan tersebut juga akan mengalami kesukaran jika berlaku penceraian terutama dalam soal pemberian nafkah serta penentuan harta sepencarian.
"Kami memahami jiwa pasangan-pasangan yang bercinta, namun perlu diingatkan bahawa selalunya yang menjadi mangsa daripada perkahwinan ini adalah isteri dan anak-anak," katanya pada majlis penyerahan wang zakat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar semalam berkenaan trend perkahwinan campur membabitkan rakyat Malaysia yang meningkat di selatan Thailand sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 23 peratus atau 782 daripada 3,260 perkahwinan.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Mustafa Abd. Rahman.
Menurut Jamil Khir, pihaknya sentiasa memantau serta memberi khidmat kaunseling kepada mereka yang terlibat agar gejala tersebut tidak menular.
"Kahwin lari bukan jalan penyelesaian yang terbaik, tentu ada jalan lain yang boleh difikirkan untuk berumahtangga," katanya lagi.

RUJUKAN:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

SUJUD - DARI SUDUT PANDANG SURAH AL HAAJ, AYAT 18




Bismillahirrahmanirrahim ( Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

18.  Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? dan banyak di antara manusia yang Telah ditetapkan azab atasnya. dan barangsiapa yang dihinakan Allah Maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang dia kehendaki.



Ada empat macam sikap manusia terhadap sujud ini :-
Pertama:
Tidak insaf bahawa perjalanan hidupnya itu adalah sujud, lalu tidak mau sujud; tidak mau sujud hatinya dan tidak  mau melaksanakan sujud dengan perbuatan yang disebut ibadat. Ini orang sangat sesat.

Kedua:
Mengaku bahawa hatinya tetap sujud, tetapi tidak dipraktikkannya dengan perbuatan. Dan tidak sembahyang lima waktu. Terang bahawa orang ini masih belum melihat dan mengambil perbandingan dari alam sekelilingnya. Orang ini adalah lalai.

Ketiga:
.........Dia taat mengerjakan sembahyang atau sujud, tetapi tidak dari kesedaran atau hubungannya dengan alam.

Tidak akan banyak kemajuan pada jiwanya.

Keempat:
Orang yang sujud hatinya, lalu dibuktikannya dengan perbuatannya, lalu dia sujud menurut kadar yang dapat dikerjakan oleh manusia, guna membuktikan bahawa memang hatinya telah sujud. Dan kalau hatinya mulai lupa, dia sujud kembali, sehingga sujudnya menambah kesedarannya menambah sujudnya.


Yang keeempat inilah yang kita kehendaki.

-Buku Soal Jawab Agama Islam-Prof Dr HAMKA
Penerbitan Pustaka Melayu Baru Cetakan ketiga 1980