Khamis, 27 September 2012

Seminar Tokoh Ulama Pulau Pinang

Seminar Tokoh Ulama Pulau Pinang



GOLONGAN
ulama berperanan penting dalam sesebuah masyarakat. Menerusi keilmuan mereka, lahirlah masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Kemunculan ulama di Nusantara berkait rapat dengan kedatangan dan pengaruh Islam yang datang dari pelbagai wilayah Islam. Jalinan intelektual tersebut telah membentuk beberapa generasi ulama berwibawa dan penyebaran ilmu pengetahuan berkembang melalui institusi pendidikan yang diasaskan. Ulama juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan singifikan dalam pembangunan umat Islam di Pulau Pinang. Peranan ulama ini tidak terhad sekadar hanya di kuliah-kuliah pengajian agama malah ulama juga memainkan peranan dalam kemerdekaan negara. Kepelbagaian ulama di Pulau Pinang ini telah melahirkan pelbagai bentuk pemikiran yang unik. Oleh itu sesuai dengan usaha murni yang telah diperjuangkan oleh para ulama zaman silam dan pembinaan semula ulama zaman kini, maka Wacana Pembangunan Umat mencadangkan program perbincangan berkisar mengenai perjuangan ulama Pulau Pinang dalam membangkitkan umat Islam di Pulau Pinang. Dengan adanya program sebegini akan mampu memberikan kefahaman dan seterusnya mengambil ibrah daripada perjuangan ulama terdahulu.

Objektif :
  1. Sebagai usaha pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap ulama-ulama terdahulu dan sekaligus mengangkat institusi ulama di Pulau Pinang.
  2. Memberikan pendedahan kepada umat Islam akan susur galur perjuangan ulama terdahulu di Pulau Pinang.
  3. Membentuk kefahaman kepada masyarakat mengenai peranan ulama dan siapakah ulama yang sebenarnya.
  4. Merangka strategi baru untuk membina ulama-ulama muda di Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan