Ahad, 7 Ogos 2011

MERENUNG DARI LUAR KAMAR- KENAPA INI MESTI TERJADI?

Menuding jari antara satu sama lain memang dicela oleh Allah s.w.t. apatah lagi saling mencerca. Kenapa isu ini menjelma kembali seolah-olah agensi yang bertanggungjawab pekak dan buta dengan masalah ummah yang tidak boleh diselesaikan. Sungguh menyedihkan.

Saya teringat satu sesi kelas yang dihadiri di London tahun 2010 yang lalu yang disampaikan oleh Maulana Syeikh Redza di mana satu kes perempuan yang digantung tidak bertali oleh suaminya bertanya dari satu masjid ke masjid dan dari satu imam kepada imam yang lain bagaimana caranya untuk dia melepaskan dirinya untuk berpisah dengan suami yang tidak bertanggungjawab itu. Semua imam yang ditemuinya mengatakan bahawa tiada jalan untuk dia berpisah dengan suaminya itu kerana talak itu terletak pada suami. Maka penderitaan yang dialami fizikal dan mental itu nampaknya tidak ada penyelesaian. Sedangkan sebenarnya ada jalan penyelesaian di dalam agama bagaimana caranya untuk isteri meminta cerai.

Dipendekkan cerita akhirnya wanita itu mengisytiharkan dirinya untuk murtad dan keluar dari Islam kerana itu sahajalah jalannya yang dia nampak bagi menyelesaikan masalahnya.

Persoalannya disini ialah kenapa perkara ini boleh berlaku? Wanita itu sememangnya jahil dan kenapa Imam-imam yang cerdik pandai tidak dapat menyesaikan masalah ummah secara bijaksana?

Sekarang sekali lagi kita dihidangkan dengan kes yang dibawah. Nak menyalahkan kepada perempuan ini? Atau nak mengutuk pihak gereja? Tepuk dada tanyalah iman kamu! oleh itu "yahuddu 'ala to'amul miskiin" memberi makanan dan bantuan kepada orang-orang miskin yang memerlukan, jangan dipandang ringan dan enteng kerana ianya termasuk di dalam "yukazzibu biddin" pendusta-pendusta agama bagi mereka yang mampu dan mempunyai harta kewangan mencukupi tetapi tidak melakukannya.

Apakah kita mahu kejadian di UK itu berlaku dibumi yang tercinta ini. Hentikan pergaduhan sesama sendiri. Sekarang adalah masa untuk membangunkan ummah bukan saling salah menyalah.

Kepada Allah swt kita memohon pertolongan dan bantuan yang hakiki di bulan yang mulia ini. Ramadhan karem. amin

Nur tiada pilihan

Oleh SURAYA ROSLAN
surayaroslan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANTU...  Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.
“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan