Khamis, 18 Ogos 2011

BONUS KEPADA PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAN SURAU (PPMD) DAN GURU-GURU TAKMIR PULAU PINANG

18 Ogos 2011-George Town, Satu Mesyuarat Majlis telah diadakan pagi tadi yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia al Fadhil Tn Hj Ellias b Zakaria, Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang . Dalam mesyuarat ini turut membincangkan bonus bagi Guru Takmir dan PPMD negeri Pulau Pinang yang telah banyak berjasa dan berjuang menyebarluaskan dakwah Islamiyyah di setiap pelusuk masjid dan surau di negeri ini. 




       Di negeri Pulau Pinang ini terdapat seramai 180 orang Guru Takmir dan orang PPMD yang telah banyak memberi komitmen dalam melaksanakan tugas untuk menjayakan aktiviti mentakmirkan masjid dan surau di Pulau Pinang ini sejak mula penubuhan program takmir dari tahun 1985 sehinggalah tahun 2011 ini.




Guru Takmir dan PPMD Negeri Pulau Pinang telah berusaha sedaya upaya bagi mengimarahkan Masjid dan Surau di negeri ini semaksimum mungkin dalam aktiviti pembangunan insan bagi fardhu ain dan fardhu kifayah
                   selama 7 hari seminggu walaupun elaun dibayar hanya 2 kali sahaja seminggu.



    Selain dari itu juga pihak kerajaan telah mengumumkan pemberian bonus kepada semua penjawat awam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1432/2011 ini dengan pemberian minimum RM 500.00 seorang  atau maksimum setengah bulan gaji serta penambahan RM 100.00 bagi penjawat awam negeri Pulau Pinang yang menjadikan bayaran minimum sebanyak RM 600.00 seorang, dan pihak kerajaan negeri juga telah mengumumkan pemberian bonus ini kepada semua Guru KAFA dan Penyelia sebanyak RM 300.00 seorang yang sama-sama telah bertungkus lumus bagi memertabatkan institusi KAFA dengan lebih saksama.




  Manakala bagi Guru Takmir dan PPMD pula pihak jabatan ini memandang satu pendekatan yang sama seperti yang diperolehi oleh penjawat awam dan Guru KAFA, maka dengan ini dicadangkan kepada pihak MAINPP untuk memberi ganjaran kepada semua Guru Takmir Masjid/Surau Negeri Pulau Pinang dan PPMD dengan agihan seperti berikut ;





Guru Takmir                 RM 300.00 x 180 orang         =       RM 54,000.00
Penyelia                        RM 300.00 x  6 orang            =       RM   1,800.00
                                                                                                   ___________
                                     JUMLAH                                            RM 55,800.00



Alhamdulillah, Mesyuarat telah bersetuju dan telah meluluskan bonus RM 300 kepada 180 orang guru Takmir dan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) negeri Pulau Pinang seramai 6 orang kesemuanya. Tahniah diucapkan kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan