Rabu, 24 Ogos 2011

MAJLIS BACAAN KITAB WASATIYYAH AL ISLAMIYYAH KARANGAN SHEIKH DR YUSUF AL QARADHAWI

   17 Ogos 2011, Masjid Daerah Seberang Perai Utara, Teluk Air Tawar-Majlis Bacaan Kitab Wasatiyyah Islamiyyah atau kesederhanaan Dalam Islam, karangan ulamak tersohor dan tokoh pemikir dunia Islam iaitu Sheikh Dr Yusuf Al Qardhawi kepada Guru-Guru Takmir Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.




Urusetia Dari Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIPP datang memberikan komitmen walaupun hari ini adalah cuti umum Nuzul Quran. Mereka sedang memasukkan kertas dan buku ke dalam beg peserta dan pendaftaran dijalankan seawal jam 10.30 pagi





Kedatangan Y.B Exco Agama Islam Tuan Hj Abdul Malik b Abul Kassim disambut oleh KPP PMS, Tuan Hj Ayob B Yaacob




Dato' Seri Hj Hassan B Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut hadir dalam bacaan Kitab Wasatiyyah ini. Hadirin mengambil peluang bersalam dengan Dato' Seri




Prof Dr Muhammad Nor Manuty baru sampai dari Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan pegawai pengiring Us Azmi B Masjuri, Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Tengah


Tuan Haji Muhammad Imran, Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP sedang memberi breifing tentang tentafif perjalanan program hari ini dari Bacaan Kitab Wasatiyyah tengah hari sampai ke Majlis Iftor Jama'e




Ayat Suci Al Quran pembuka majlis diperdengarkan bacaannya oleh Us Syukri, Imam Masjid Daerah Jawi, Seberang Perai Selatan. Beliau membacakan surah ad Dukkhan ayat 1- 16 berkenaan dengan Nuzul Quran. Subhanallah!





Tuan Hj Ayob B Yaacob, KPP Pengurusan Masjid dan Surau memberikan ucapan alu-aluan mewakili Pengarah JHEAIPP yang tidak dapat hadir tengah hari ini.



Saya difahamkan bahawa Majlis Bacaan Kitab Wasatiyyah Islamiyyah atau kesederhanaan Dalam Islam Guru-Guru Takmir Peringkat Negeri Pulau Pinang pada hari ini melibatkan semua guru takmir dari lima (5) Daerah di bawah 6 Pejabat Agama Daerah dan juga pegawai masjid dijemput hadir dalam majlis ini dari seluruh Pulau Pinang-Ucapan Y.B Tn Hj Abdul Malik b Abul Kassim, Exco Agama Negeri Pulau Pinang dalam ucapan Perasmian Bacaan Kitab Wasatiyyah.





Majlis yang diadakan ini akan dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat saling bertukar-tukar pengalaman dan pandangan masing-masing bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang sama iaitu menyebarluaskan ilmu ALLAH di muka bumi ini. 






Guru Takmir Wanita yang hadir pada hari ini.

Majlis Perasmian Bacaan Kitab Wasatiyyah





Selepas Majlis Perasmian hadirin solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Imam Utama Masjid Daerah SPU, Ustaz Abdullah




Dengan pembentang-pembentang yang tersohor iaitu Yang Berbahagia Dr Muhammad Nor manuty (Fellow Kanan Kolej Universiti Islam Selangor atau KUIS) dan Yang Berbahagia Dr Hj Wan Salim b Wan Mohd Noor ( Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang) yang di datangkan khas bagi menyampaikan inti pati isi kandungan kitab tersebut.Ianya dimoderatorkan oleh Tn Hj Mohd Zaki b Abd Halim, Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan


Guru-guru Takmir Pulau Pinang khusyuk dalam sesi pada petang itu. Puasa bukan penghalang. Tahniah kepada mereka yang memberikan komitmen!

Dato' Seri Hj Hassan turut serta hadir sebagai peserta duduk bersama guru-guru Takmir Pulau Pinang dalam bacaan Kitab Wasatiyyah ini. Tanpa mempedulikan status ilmu dan kedudukan turut sama mencari ilmu.  MasyaAllah, Contoh Ulamak yang tawadhuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan