Khamis, 25 Ogos 2011

MAJLIS IFTOR JAMA'E DAN SUMBANGAN HARI RAYA 1432 H GURU TAKMIR PULAU PINANG BERSAMA TN HJ ELLIAS B ZAKARIA YANG DI PERTUA MAINPP


Tn Hj Sazali b Hj Hussein, Pengarah JHEAIPP sedang menanti ketibaan Yang di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Turut kelihatan KPP PMS, Imam Utama Masjid Daerah SPU, SPT dan Barat Daya.



Ketibaan Tn Hj Ellias b Zakaria, Yang di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang jam 6.15 petang



Tn Hj Ellias b Zakaria, Yang di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersalaman dengan guru Takmir negeri Pulau Pinang yang setia menunggu dari pagi tadi.



Us Abdul Rashid b Abd Jalil dari Bahagian PMS menjadi pengerusi majlis perasmian pada petang ini.




Bacaan doa oleh Us Mahyuddin b Indanan, PPMD Barat Daya


Majlis Perasmian turut dihadiri oleh Prof Dr Muhamad Nor Manuty

Terima kasih di atas komitmen tuan-tuan guru kerana dari pagi tadi tetap setia berkumpul bersama. Komitmen yang tinggi ini amat dipuji dan semoga mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah s.w.t.Tugas mengimarahkan masjid dan membawa risalah kebenaran sekarang ini semakin mencabar. Jemaah sekarang terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan meletakkan harapan yang tinggi kepada kita semua bagi menyampaikan ilmu ALLAH dengan sebaiknya-Pengarah JHEAIPP


Majlis yang  mendapat naungan malaikat ini akan terus memberi keberkatan kepada ummah selagi mana kita berniat ikhlas kepada Allah s.w.t Diharapkan dapat meningkatkan kefahaman tuan-tuan dan puan-puan tentang peranan dan tugas mengimarahkan masjid dan menjelaskan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembangunan, jiwa rakyat dan memberi kefahaman Islam yang sebenar dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT dan tugas kepada masyarakat.-petikan ucapan YDP MAINPP

Guru-guru Takmir Pulau Pinang menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan oleh Yang DiPertua MAINPP


Us. Hj Muhd Imran B Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir Pulau Pinang turut membantu mengagihkan sumbangan berkenaan kepada guru takmir

Jelas terpancar kegembiraan di wajah guru takmir Pulau Pinang. Walaupun ianya tak setimpal dengan usaha dakwah mereka, jasa mu tetap dikenang dan dihargai.


Pengarah JHEAIPP bertanyakan tentang program Bacaan Kitab Wasatiyyah kepada Penolong Pengarah Takmir




Persediaan untuk Iftor Jama'e di ruang legar masjid


Amin, Amin ya Allah!.Bacaan tahlil dan doa selamat oleh imam masjid daerah.


Yang diPertua MAINPP, Pengarah JHEAIPP dan Dr Muhd Nor Manuty duduk bersama-sama guru takmir untuk iftor. Menu special dan air nira nipah yang menyegarkan.



Alhamdulillah selamat menjalani ibadah puasa untuk hari ke 17 dalam bulan Ramadhan kali ini.

Sahabat-sahabat dari Badan Kebajikan Polis (BAKA) Pulau Pinang turut hadir menghadiri majlis ilmu dan iftor jama'e bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan