Berkumpul di perkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang seawal jam 7 pagi
4 buah bas disediakan untuk peserta yang menunggu berhampiran Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang menyimpan khazanah alam yang tidak ternilai harganya
Peserta berkumpul untuk mendaftarkan diri dan mendapat topi JHEAIPP di hadapan pejabat Taman Negara Pulau Pinang
Jeti nelayan di tepinya juga jalan air ke Pantai Keracut yang mengambil masa 15 minit
Pintu masuk utama selain di Balik Pulau
JPA3 turut serta terlibat dalam program kali ini.
Kayu Peramal Cuaca di pintu masuk Taman Negara
Apa yang tertulis di papan ini ialah:
Keadaan kayu lama ini berupaya untuk memberitahu kita akan cuaca di Taman Negara pada hari ini. Sentuh kayu ini jika perlu. Ada banyak lagi maklumat yang menarik di bilik Interpretil di atas sana untuk kita semua.Ayuh.
KEADAAN KAYU - RAMALAN
KAYU INI KERING - HARI INI TIDAK HUJAN
KAYU INI BASAH - HARI INI HUJAN
MEMPUNYAI BAYANG DI LANTAI - HARI INI PANAS TERIK
KAYU INI BERAYUN - HARI INI BERANGIN
KAYU INI BERPUSING - RIBUT PETIR
KAYU KELIHATAN SAMAR-SAMAR - HARI INI MENDUNG
KAYU INI PATAH - VANDALISMA
TIDAK NAMPAK KAYU - ADA ORANG AMBIL
SETIAP BENDA YANG ADA DI TAMAN NEGARA INI AMAT BERGUNA KEPADA MANUSIA.
SEBAB ITU KITA SEMUA PERLU BERSAMA MEMELIHARANYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan