PENGORBANAN MENUNTUT PERJUANGAN
OLEH: HJ MUHAMMAD IMRAN B IBRAHIM
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ * اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ *
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، * وَِللهِ الْحَمْدُ.
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي جَعَلَ هَذَا الْيَوْمَ عِيْدًا لِّلْمُسْلِمِيْنَ وَجَعَلَ عِبَادَةَ الْحَجِّ وَعِيدَ اْلأَضْحَى مِنْ شَعَائِرِ اللهِ وَإِحْيَاءَهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ. أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِْينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، ، أُوْصِيكُم وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
SURAH AL HAJ AYAT 27-28:
DAN SERUKANLAH KEPADA UMAT MANUSIA UNTUK MENGERJAKAN IBADAH HAJI, MEREKA AKAN DATANG KE (RUMAH TUHANMU) DENGAN BERJALAN KAKI DAN DENGAN MENUNGGANG BERJENIS-JENIS UNTA YANG KURUS. YANG DATANG DARI BERBAGAI JALAN. SUPAYA MEREKA MENYAKSIKAN BERBAGAI PERKARA YANG MENDATANGKAN BERBAGAI-BAGAI FAEDAH KEPADA MEREKA, SERTA MEMPERINGATI DAN MENYEBUT NAMA ALLAH PADA HARI-HARI YANG TERTENTU, KERANA PENGURNIAAN KEPADA MEREKA DENGAN BINATANG-BINATANG TERNAK (UNTUK DIJADIKAN KORBAN) DENGAN DEMIKIAN MAKANLAH KAMU DARI (DAGING) BINATANG2 KORBAN ITU DAN BERILAH MAKAN KEPADA ORANG YANG SUSAH YANG FAKIR MISKIN.
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD.
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN
ALHAMDULILLAH SEGALA PUJIAN DI PANJATKAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN KEIZINAN DAN LIMPAH KURNIANYA YANG TIDAK KUNJUNG PADAM, DAPAT KITA BERKUMPUL DI PAGI YANG MULIA INI SAMA-SAMA BERTAKBIR, BERTAHMID DAN BERZIKIR KEPADANYA LANTARAN MENSYUKURI NIKMAT – NIKMAT YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA HAMBANYA. PADA HARI YANG MULIA INI ALLAH MASIH PANJANGKAN LAGI USIA KITA DAN DIBERI KEKUATAN UNTUK TERUS BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR YANG DICINTAI.
JESTERU, MARILAH BERSAMA KITA MENINGKATKAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH SWT BUKAN SAHAJA DARI SEGI ANGGOTA TUBUH BADAN TETAPI JUGA HATI SERTA AMALAN-AMALAN HARIAN, AGAR DENGAN TAQWA ITU KITA AKAN BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT . SEMOGA SIFAT KETAQWAAN DAPAT MENGHIDUPKAN KEMBALI JIWA-JIWA YANG USANG DAN TANDUS DALAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT YANG MAHA PENCIPTA.
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD.
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN
PADA HARI INI MARILAH SAMA-SAMA KITA MERENUNG AKAN SAAT-SAAT PENGOBANAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH SEORANG RASUL DAN SEORANG BAPA IAITU NABI IBRAHIM A.S TERHADAP ANAKNYA YANG DICINTAI IAITU NABI ISMAIL A.S. KITA SEMUA SUDAH MAKLUM AKAN BETAPA BESARNYA PENGORBANAN MEREKA HINGGA ADA YANG SANGGUP MENGORBANKAN DAN JUGA DIKORBANKAN DEMI PERINTAH ALLAH SWT. PERJUANGAN MENENTANG HASUTAN SYAITAN AGAR MENGENEPIKAN PERINTAH ALLAH SWT PULA ADALAH TERJEMAHAN BAHWA SETIAP SESUATU PEKERJAAN MESTILAH DILAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN IA MEMPUNYAI HALANGAN KEJAHATAN YANG CUBA MEMESONGKAN. INI MENUNJUKKAN BAHWA BAHAWA DALAM APA JUGA HAL EHWAL DUNIA KEUTAMAAN YANG PERLU DILETAKKAN DIHADAPAN KITA IALAH PERINTAH ALLAH SWT WALAU APA JUGA CABARAN YANG DATANG.
JESTERU MIMBAR AIDIL ADHA 1429 H PAGI INI AKAN MEMPERKATAKAN SATU TAJUK IAITU PENGORBANAN MENUNTUT PERJUANGAN.
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT
KERANA ITU SAUDARA-SAUDARA KITA KINI YANG MENJADI TETAMU ALLAH SWT DI TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH ADALAH MEREKA YANG TELAH MENGORBANKAN HARTA BENDA DAN JIWA RAGA MEREKA DEMI MENJUJUNG PERINTAH ALLAH DI DALAM RUKUN ISLAM YANG KE 5. BERMULA DARI MENABUNG DUIT DAN AKHIRNYA MENINGGALKAN ANAK ISTERI DAN KAUM KELUARGA, MEREKA INI ADALAH CONTOH ORANG YANG SANGGUP KORBANKAN SEGALANYA DAN KAUM KERABAT YANG TINGGAL DI TANAH AIR ADALAH MEREKA YANG RELA BERKORBAN BERPISAH DENGAN ORANG YANG TERSAYANG ATAS PERINTAH ALLAH SWT.
MANAKALA KITA DI TANAH AIR PADA SAAT INI HINGGA AKHIR HARI NAHAR AKAN MELAKUKAN IBADAH YANG SANGAT DITUNTUT DALAM AGAMA KE ATAS MEREKA YANG BERKEMAMPUAN IAITU SEMBELIHAN KORBAN TANDA SYUKUR DAN TAAT DI ATAS RAHMAT SERTA ANUGERAH ALLAH SWT YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA KITA.
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD.
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN
LANTAS SEMANGAT PENGORBANAN INI PERLU DITERAPKAN SETIAP MASA DALAM KITA MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH SWT. KENAPA ALLAH SWT MAHU MENERAPKAN SEMANGAT PENGORBANAN DAN PERJUANGAN INI DALAM JIWA UMAT ISLAM ATAS IBADAH HAJI SERTA JUGA SEMBELIHAN KORBAN? INI ADALAH KERANA DENGAN PENGORBANAN ITU AKAN MELAHIRKAN SIFAT TAQWA DAN MAHMUDAH, PERSAUDARAAN ISLAM SERTA KEKUATAN DALAM JIWA DALAM DIRI UMAT.
HAJI MERUPAKAN IBADAH KEMUNCAK DALAM PERANGGAN KE 5 RUKUN ISLAM. HAJI BUKAN SEKADAR KITA BERTOLAK DARI RUMAH KEMUDIAN SAMPAI DI MEKAH, MENUNAIKAN RUKUN-RUKUN HAJI HINGGA SELESAI, MEMBELI BUAH TAMAR ATAU MEMBAWA PULANG AIR ZAM-ZAM, JUBAH TASBIH DAN LAIN-LAIN. IBADAH INI LEBIH LAGI DARI ITU.
BERMULA DARI DUIT YANG DICARI PERLULAH DARI SUMBER YANG HALAL DAN PENYUCIAN JIWA AKAN MENGHASILKAN HAJI MABRUR YANG GANJARAN SELAYAKNYA BAGI MEREKA INI ADALAH SYURGA ALLAH SWT. HAJI JUGA SEPERTI RAMADHAN. IANYA ADALAH SATU “MADRASAH” MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH. LANTAS ORANG YANG MENUNAIKAN HAJI PERLU MENJAGA PERCAKAPAN, PERBUATAN DAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN SEMASA IBADAH TERSEBUT. SABDA RASULULLAH SAW :
MAKSUDNYA: DARIPADA ABU HIRAIRAH R.A SABDA RASULULLAH SAW “ BARANG SIAPA MENUNAIKAN HAJI KE BAITULLAH SEDANGKAN IA TIADA MELAKUKAN PERSETUBUHAN DAN PERKARA-PERKARA YANG DILARANG MAKA BERSIHLAH IA DARI DOSANYA SEPERTI PADA HARI IA DILAHIRKAN OLEH IBUNYA.(RIWAYAT BUKHARI).
DAN YANG PALING PENTING ADALAH NIAT. INI KERANA ADA YANG PERGI HAJI TETAPI NIATNYA UNTUK MELANCONG ATAU BERJALAN, ADA JUGA YANG INGIN MEMBELI BELAH, PERGI KE MEKAH HANYA UNTUK MENDAPATKAN TITTLE HAJI DAN HAJAH, TIDAK KURANG YANG DATANG ADALAH UNTUK BERNIAGA LANTAS MELETAKKAN HAJI DITEMPAT YANG KEDUA SERTA TERDAPAT JUGA MEREKA YANG MELAKUKAN PERKARA KHURAFAT SERTA SYIRIK DAN HASILNYA MEREKA HANYA MENDAPAT PENAT DAN LELAH SAHAJA DARI IBADAH TERSEBUT.
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD.
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN
DETIK INI KITA MENYAKSIKAN PERKUMPULAN UMAT MANUSIA YANG TERBESAR DI DUNIA SEDANG BERLANGSUNG DI BUMI BERKAH MAKKAH AL MUKARRAMAH. SEMANGAT PERSAUDARAAN ATAU TAQRIB TELAH DI ZAHIRKAN DISINI. TANPA MENGIRA WARNA KULIT, BANGSA, BAHASA, FAHAMAN DAN BUDAYA SERTA PANGKAT SEMUA MENYEBUT TALBIAH YANG SATU BERTAHMID MEMUJI KEBESARAN ALLAH SWT YANG MENJADIKAN UMAT INI SATU UMAT YANG TERBAIK. LIHATLAH SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN, JIKA KITA BERKUMPUL DAN BERSATU HATI MAKA KEKUATAN AKAN DAPAT DIPEROLEHI. SEGALA BENTUK CABARAN DAN HALANGAN TERHADAP AGAMA ALLAH SWT AKAN DAPAT KITA ATASI DENGAN KERJASAMA TANPA RASA GENTAR DAN TAKUT.
NAMUN SAYANG SERIBU KALI SAYANG. KEKUATAN INI HANYA MUNCUL SETAHUN SEKALI. SELEPAS PERHIMPUNAN RAKSASA INI KITA UMAT ISLAM KEMBALI BERPECAH BELAH. TUDUH MENUDUH DAN MENUNDING JARI MENCARI KESALAHAN TANPA MENCARI PUNCA DAN PENYELESAIAN. TIDAK TAHU MANA YANG PATUT DI DAHULUKAN. ADAKAH YANG AGAMA ITU PERLU DILETAKKAN DI ATAS ATAU FAHAMAN IDEOLOGI ITUKAH DAHULU? TIDAK KENAL SIAPA KAWAN DAN SIAPA LAWAN. KADANG-KADANG KITA TERLAU BERKASAR DAN KERAS TERHADAP SAUDARA SEISLAM SENDIRI NAMUN DENGAN ORANG LAIN KITA BERSIKAP BAK KATA PEPATAH LEBIH LEMBUT GIGI DARI LIDAH. KITA LUPA AKAN KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW SEMASA HAJ AL WIDA TUAN-TUAN. BETAPA KITA DIMULIAKAN OLEH ALLAH SWT DENGAN AGAMA INI. ALLAH SWT ANUGERAHKAN NIKMAT YANG TERTINGGI IAITU IMAN DAN ISLAM. NAMUN APABILA KITA BERPALING DAN DARI AGAMA SUCI INI, ALLAH AKAN MEMBERI HUKUMANNYA DI ATAS DUNIA LAGI. FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL MAIDAH AYAT 54 :
MAKSUDNYA: WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! SESIAPA DIANTARA KAMU YANG BERPALING TADAH DARI AGAMANYA (JADI MURTAD), MAKA ALLAH AKAN MENDATANGKAN PULA SATU KAUM YANG IA KASIHKAN MEREKA DAN MEREKA JUGA KASIHKAN KEPADANYA, (KAUM) YANG BERSIFAT LEMAH LEMBUT TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERLAKU TEGAS GAGAH TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR, MEREKA BERJUANG DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH PADA JALAN ALLAH, DAN MEREKA TIDAK TAKUT KEPADA CELAAN ORANG-ORANG YANG MENCELA.
PERBEZAAN PENDAPAT DAN IDEOLOGI MENJADIKAN KITA INI TIDAK SEHALUAN DAN YANG PALING MALANG IALAH KITA INI IBARAT SATU KAPAL YANG TIDAK MEMPUNYAI NAKHODANYA. CUBA KITA FIKIRKAN BETAPA RUGINYA APABILA KITA BERPECAH BELAH. IBARAT SEBATANG LIDI MUDAH DIPATAH-PATAHKAN. TETAPI JIKA SEBERKAS LIDI AKAN MENJADIKANNYA KUAT DAN SUSAH UNTUK DIPATAHKAN.
UNTUK ITU UMAT ISLAM PERLULAH KEMBALI KEPADA AGAMA ALLAH SWT DENGAN SEBENAR-BENARNYA. MARILAH SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN APAKAH PENGORBANAN YANG PERLU KITA LAKSANAKAN AGAR UMAT ISLAM TIDAK TERUS DIHINA DISERATA DUNIA. IBARAT KATA “UMAT ISLAM WALAU TIDAK SAMA TAPI DAPAT BEKERJASAMA, WALAU TIDAK SETUJU TAPI TETAP BERSATU”.
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD.
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN
DIANTARA HIKMAH FALSAFAH HAJI ADALAH PENYATUAN CITA-CITA DAN MATLAMAT DALAM DIRI UMAT ISLAM. MAKA PERJUANGAN ADALAH PERLU UNTUK MENCAPAI KEPADA TAHAP ITU. CITA-CITA KITA ADALAH KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN MATLAMAT KITA ADALAH KEREDHAAN ALLAH SWT.
KITA PERLU MEMPUNYAI HALA TUJU. MAKA JADIKANLAH SEMANGAT IBADAH HAJI DAN KORBAN ITU SATU LANDASAN PERJUANGAN BAGI KITA MENUJU KEPADA MATLAMAT YANG TERAKHIR “ILAL GHAYAH AL QUSWAH” IAITU MENUJU MATLAMAT YANG TERAKHIR.
PERJUANGAN MENENTANG KEBATILAN DALAM DIRI JUGA PERLU DITEGAKKAN. LANTARAN ITU HAJI AKAN MENGHAPUSKAN SIFAT TERCELA DALAM DIRI IAITU PEMARAH, TAKABBUR, KHIANAT, RIYA’, HASAD DENGKI, PENIPU, UMPAT MENGUMPAT, CERCA MENCERCA, MUNGKIR JANJI, TIDAK INGAT MATI KEDEKUT DAN LAIN-LAIN. ITULAH ANTARA LONTARAN KELUAR DARI TUBUH KITA IBARAT LONTARAN JEMAAH HAJI DI 3 JAMRAH DI MINA.
MASUKKAN SIFAT SABAR, TAUBAT, AMANAH, BERTIMBANG RASA, PEMURAH, REDHA, IKHLAS, BERJIMAT CERMAT, PENYAYANG, TOLONG MENOLONG, BERTANGGUNGJAWAB DAN LAIN-LAIN KE DALAM DIRI. MAKA INSYAALLAH SEMPURNALAH 5 AKAR RUKUN ISLAM MENUNJANGI JIWA DAN JASMANI DALAM MENJADI HAMBA ALLAH YANG DIREDAHI DI MUKA BUMI INI.
OLEH ITU PENGHAYATAN DAN RENUNGAN DI PAGI AIDIL ADHA INI DIHARAPKAN AKAN DAPAT MENERBITKAN KEINSAFAN BETAPA SETIAP PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN MENUNTUT PERJUANGAN YANG MAHA HEBAT DALAM SETIAP DIRI KITA UMAT ISLAM. JANGAN KITA KORBANKAN NIKMAT ISLAM DAN IMAN SERTA SEMANGAT PERSAUDARAAN ISLAM HANYA KERANA PERKARA YANG TIADA AWLAWIYATNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan