Ahad, 14 November 2010

HAYATILAH KHUTBAH TERAKHIR BAGINDA RASULULLAH SAW




KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW


"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui


apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini . Oleh itu dengarlah dengan

teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada

hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka

anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang

diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.


Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya

kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu . Allah

telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk

menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak

mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.



Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga

mempunyai atas kamu . Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka

juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.



Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana

sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas

mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke

dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali

sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah

haji sekiranya mampu .

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah

sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal

soleh .



Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa

yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali- kali kamu terkeluar dari

landasan kebenaran selepas ketiadaanku .

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama
 
baru . Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan
 
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang
 
teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan
 
Sunnahku .


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain

dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu

seterusnya .



Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka

yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-

Mu kepada hamba-hamba- Mu. "


http://www.scribd.com/doc/13097336/Khutbah-Terakhir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan