Ahad, 28 November 2010

8PROGRAM JATI DIRI 2010-JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG BERTEMPAT DI TAMAN NEGARA PULAU PINANG - II

Pendaftaran peserta. Dapat  topi Cap atau boleh pilih  topi mancing. Ramai yang hadir pada hari ini memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi


Peserta yang sudah mendaftar terus ke bahagian sarapan pagi. Nasi Lemak Kopi O.


Antara urusetia pendaftaran yang datang seawal pagi demi menjaya program Jati Diri JHEAIPP


Antara peserta dari kalangan pegawai hingga ke pembantu bersama menjatikan diri .Yakin Boleh!


Kerjasama yang ditunjukkan oleh kumpulan reben hijau.


Peserta beratur untuk mendengar taklimat dan amanat dari Yang Berbahagia Pengarah JHAEAIPP Tuan Haji Sazali b Hussein

Pegawai Taman Negara Pulau Pinang En Wan sedang memberi penerangan berkenaan dengan tempat dan sejarah yang menarik di sini.

En Rizal selaku ketua urusetia sedang memberikan briefing

Pengarah JHEAIPP Tuan Haji Sazali b Hussein mewakili Dato' SUK memberikan amanat kepada warga JHEAIPP

Kumpulan 88 adalah kumpulan yang unik.



Sedikit pengenalan Taman Negara iaitu terdapat sebuah Rumah Api yang dibina di atas puncak batu granit pada tahun 1883 merupakan elemen bersejarah yang boleh dilawati di samping menimati pemandangan yang memperlihatkan Selat Melaka. Bagi yang meminati hidupan liar terdapat 190 spesies fauna direkodkan terdiri daripada 28 mamalia, 14 reptilia, 148 burung dan berbagai serangga serta amfibia. Kebiasaannya hidupan liar yang sering dilihat adalah kera, memerang, pelanduk, babi hutan, kubong, tupai, biawak, penyu dan ular sawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan