Selasa, 22 Jun 2010

RIVERS OF BABYLON-BONEY M.

Hari ini saya mahu masukkan entry ini terlebih dahulu daripada kisah semalam kami di Eton College yang berprestij. Ini kerana pada hari ini kami mengadakan lawatan dan dialog bersama sekelompok lagi masyarakat Yahudi di London School For Jewish Studies.


Zaman pemerintahan dan jajahan takluk Babylon yang dikatakan ada kena mengena dengan bangsa Yahudi

Dalam Lawatan ini saya membuka sebuah buku yang bernama The Complete Art School Siddur. Siddur adalah (Hebrew: סידור‎; plural סידורים siddurim) merupakan buku untuk upacara sembahyang orang Yahudi mengandungi kumpulan lengkap tatacara dan rukun sembahyang mereka. Maklumat lengkapnya rujuk wikipedia di halaman ini: http://en.wikipedia.org/wiki/Siddur

Apa yang amat mengejutkan adalah sewaktu saya membuka secara rambang halaman-halaman dalam buku tersebut saya terbaca petikan ini dalam siddur Psalm 137:1.

Kitab  yang bernama The Complete Art School Siddur. Untuk lebih jelas clik pada gambar untuk membesarkan imej.


Psalm 137:1 Grace After Meals


Google peta Babylon yang terletak di negara Iraq sekarang ini. Menjadi medan peperangan dan konflik yang tidak kunjung kesudahannya

Saya pernah memaklumkan perkara ini di dalam sebuah blog dalam entry tentang satu lagu kumpulan yang terkenal era 70an dan awal 80an iaitu Boney M. merupakan lagu yang memuji kaum yahudi. Entry blog itu bertajuk PERHATIKAN LIRIK LAGU BONEY M " RIVERS OF BABYLON" . Di dalam blog itu saya menyatakan bahawa tajuk lagu tersebut ialah Rivers of Babylon. Satu hari saya terdengar lagu tersebut diputarkan oleh sebuah stesen radio terkenal tanah air yang menyiarkan lagu-lagu retro oleh seorang DJ yang beragama Islam. Tidak dipastikan sama ada DJ tersebut faham atau tidak dengan lirik lagu yang diputarkan atau hanya berminat dengan rentak "dance" kumpulan terbabit.  Mungkin ketika itu saya berhujah berdasarkanmaklumat yang hanya terdapat di internet namun kini bukti telah jelas di depan mata.



Taman tergantung yang merupakan salah satu keajaiban dunia yang dihasilkan dari imaginasi pelukisnya


Semasa mendengar lagu tersebut saya terdengar dan terus kodkan perkataan "zion". Tidak puas hati untuk mengetahui apa makna dan cerita keseluruhan lagu saya menggunakan kemudahan internet dan google tajuk lagu dan lirik kumpulan tersebut. Dan inilah yang dapat anda baca.

Rivers Of Babylon


Boney M.



By the rivers of Babylon, there we sat down

Ye-eah we wept, when we remembered Zion.



By the rivers of Babylon, there we sat down

Ye-eah we wept, when we remembered Zion.



When the wicked

Carried us away in captivity

Required from us a song

Now how shall we sing the lord's song in a strange land



When the wicked

Carried us away in captivity

Requiering of us a song

Now how shall we sing the lord's song in a strange land



Let the words of our mouth and the meditations of our heart

Be acceptable in thy sight here tonight



Let the words of our mouth and the meditation of our hearts

Be acceptable in thy sight here tonight



By the rivers of Babylon, there we sat down

Ye-eah we wept, when we remembered Zion.



By the rivers of Babylon, there we sat down

Ye-eah we wept, when we remembered Zion.



By the rivers of Babylon (dark tears of Babylon)

There we sat down (You got to sing a song)

Ye-eah we wept, (Sing a song of love)

When we remember Zion. (Yeah yeah yeah yeah yeah)



By the rivers of Babylon (Rough bits of Babylon)

There we sat down (You hear the people cry)

Ye-eah we wept, (They need that ???)

When we remember Zion. (Ooh, have the power)


Saling tidak tumpah sama seperti ayat di dalam buku sembahyang orang Yahudi. Makanya peminat muzik kumpulan Boney M berhati-hatilah apabila mendengar lagu mereka kerana kebanyakan lirik mereka menyokong Yahudi dan adalah tidak terkejut jika mereka adalah sekelompok kaum Yahudi yang berkulit hitam dikenali sebagai Fallashah yang berasal dari Habshah atau Ethopia.

DJ-DJ stesen radio perlu lebih peka dan bertanggungjawab terutama mereka yang beragama Islam dalam memutarkan lagu ke udara kerana pendengar sebenarnya bergantung kepada pemilihan lagu-lagu anda. Andalah yang mencorakkan pendengar sebenarnya. Lagu bukanlah sekadar HIBURAN! Lagu merupakan jiwa yang seni bersemi dalam tubuh manusia yang suci. Janganlah ia dikotori.

1 ulasan: