Sabtu, 12 Jun 2010

KHUTBAH JUMAAT 191 – 11 JUN 2010-MINORITY AND THE VOICES(Malaysia Hall)

Khatib dan imam adalah yang berbahagia Us Erfino


Jemaah khusyuk mendengar isi khutbah yang disampaikan dalam 3 bahasa


Siap-siap nak solat. Tempat adalah sempit. Tapi ada rasa nikmat dan nilai solat macam ini.


Makmum bersedia untuk solat Jumaat


Kelihatan Us Othman di bahagian hadapan.




<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->




Sidang Jumaat yang dirahmati Allah



<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->



Saya berpesan kepada diri sendiri, dan menasihati muslimin hadirin Jumaat, dengan pesanan dan gesaan untuk menjadikan ketaqwaan kepada Allah, sebagai misi utama kehidupan. Berbekalkan kekuatan profesionalisme persembahan ibadah dan kekemasan pelaksanaan tugasan bermuamalah di dunia sebagai visi, pastinya pengisian tentatif kehidupan seharian akan tertegak atas paksi kejelasan matlamat, ketepatan niat dan keselarian teori dan praktikal. My fellow muslims, I’m urging each and one of use to reverence Allah and attain the highest level of taqwa and piety to Allah. The world that we’re currently living in it, is nothing but a test from Him, in which at the end of the process, will deliver the clear message, of whom that He blessed and whom that He will punish.



<!--[if !supportEmptyParas]--> <!--[endif]-->



My dear brothers



The minority muslims in UK, will be put into the contribution demanding atmosphere, towards colouring their better future, and will continuously have to face the check and balance on its progress, especially after the recent election. The people are anxiously looking at the implementation and practicality of the concept highlighted by the current Prime Minister, in which highlighting the spirit of freedom, fairness and responsibility. Muslims in UK must first examine the facts that the Conservative failed to win an overall majority to form a government on its own. The Labour was unable to mount an effective action to stay in office, whilst the Liberal Democratic sustained unpredicted losses. Secondly, the previous election did produce a dramatic change in the composition of the 650 member House of Commons with a record intake of 232 new members. The number of Muslim who became Member of Parliament doubled. The intake includes a number of the first three Muslim women and the first Conservative Muslims. Altogether the number of women MPs has risen to 142, the highest-ever but still only representing 22 per cent of the House of Commons. Likewise, when considering national demographics, there should be around 70 ethnic minority MPs, including at least 20 Muslims, leading to significant under-representation. Parliament is also grossly disproportionately represented by way of profession and educational background with almost 30 per cent having attended either Oxford, in which numbered of 102 or Cambridge University which hit the total of 58. More MPs have backgrounds in the media, business, banking and law at the expense of fewer teachers, academics and other public sector workers. The result of a hung Parliament always offered the vision of a new era of political cooperation. The coalition affords the opportunity of merging the best of centre-right and centre-left policies in all fields, and our concern will and must include the religion wise. This kind of situation and deal opens the way for positive developments on political reform and civil liberties, and the good progress and betterment scenario of multi faith mutual respect and cooperation. The increase number of muslims to secure the parliament seat comes with a responsibility to represent both, their region of duty and their religion tasks and requirements. Should this can’t be accomplished, then any investment towards upholding the rights of muslims and the effectiveness in managing and associating with the needs of muslims in UK would be walking away and contradict with the number. Of course, the quantity is important, but the quality is certainly, more essential. Working together towards a win win situation between the majority and the minority is not an easy task and not as leisure as it might sound. It involves concessions on both sides but it must be remembered that it is far from an equal partnership. It relies more on mutual consent and agreement, understand and understanding each other, tolerance and compassion. Bringing the government blue print into justification and realisation, muslim MPs must actively involve in decision making process and deposit their best in positively influencing the policies on issues regarding middle east and Palestine, putting more pressure to combat the cruelty of an inhumane acts of Zionists that match their election manifesto. The coalition’s blue print on UK counter terrorism laws and strategy must firstly demolish the mentality of synchronising the acts with Islam and muslims. We believe that once the policy and decision making can address the rights and the needs of muslims or any other minority groups in UK, the plan and the actions intended will stipulate the rights and justice for all people, regardless their religion and races. It will surely be a long journey, and there’s no short cuts or easier way. There’s no reason to simplify the matter by practicing the unjust actions or responding harshly to the dissatisfactions that might occurred.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah



Penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap Islam, boleh hadir dalam pelbagai cara. Samada dengan ketegasan pendiriannya mengungkapkan dua kalimah syahadah, atau dengan pelbagai cara lain, seperti memberi ruang dan laluan untuk melaksanakan aktiviti kehidupan, menerima dan memahami naluri ketetapan dan peraturan Islam, menghormati dan saling prihatin terhadap keperluan umat Islam, biar seminoriti mana sekalipun. Ruang ini perlu dilayani setiap muslim dengan kesabaran yang tinggi, bersandarkan usaha tanpa jemu mendidik masyarakat berkaitan Islam serta memperjuangkan keutamaan hak beragama Islam dengan cara terhormat, budaya intelektualiti dan seni bertoleransi dan berkomunikasi. Sepotong hadith riwayat al Miqdad bin Aswad, ‘ Aku telah bertanya Baginda Rasulullah S.A.W. apakah pandanganmu andai aku bertemu seorang lelaki kafir, lalu kami berseteru (yakni berlawan), dia lantas berupaya mencantas salah satu lenganku, kemudian dia bersembunyi dibalik pohon dan memohon perlindungan dariku dengan berkata, ‘aku telah memeluk Islam’. Apakah pada ketika itu, aku berhak membunuhnya dengan pedang (selepas dia menyatakan keislamannya)? Jawab Baginda Rasulullah, janganlah kamu membunuhnya’. Lalu aku berkata, ‘wahai Rasulullah, orang itu telah memerangiku, dan hanya menyatakan keislamannya selepas beliau mencantas tanganku! Baginda berkata, ‘ Janganlah kamu membunuhnya, kerana sekiranya kamu membunuhnya, dia sesungguhnya akan memperoleh keberhakan sepertimu (yakni darah dan dirinya terpelihara kerana keislamannya). Kamu pula hanya berhak memeranginya (hanya) sebelum beliau mengucapkan syahadah tersebut’. Firman Allah yang bermaksud, ‘Dan bermesyuaratlah dengan mereka pada urusan dan perkara (keperluan dan maslahat urusan kehidupan)’. Peluang yang tersaji di Eropah pada umat Islam ialah untuk mengubah ideologi dan pragmatik lapuk masyarakat bukan Islam, yang sebenarnya tidak memahami secara total berkaitan Islam dan keperluan umat Islam. Laungan terhadap hak kesaksamaan, keadilan beragama dan prejudis beragama perlu ditangani bermula dengan akarnya, iaitu dengan mendidik minda dan memandu hati pemikir dan pelakar polisi dan keputusan peringkat negara dan benua. Rasionaliti perlu diterima pakai dan dilihat praktikal oleh mereka, sebelum keperluan umat Islam yang minoriti sifatnya dilayani dan dipertimbangkan. Sehubungan itu, keberadaan untuk menghuni kerusi parlimen merupakan antara kriteria paling sesuai dan mempunyai faktor kebolehurusan bagi menyalurkan misi agama dan mempertingkatkan kesedaran dan keprihatinan negara ini untuk membuka lebih banyak ruang bagi aktiviti beragama kepada umat Islam. Jika ini boleh dilaksanakan, mimbar ini berkeyakinan bahawa isu kekangan dan larangan bagi mana-mana cendikiawan Islam untuk masuk ke UK dan menyampaikan buah ilmu dan ranum minda pemikiran mereka kepada umat Islam. Agenda perpaduan dan keharmonian beragama serta memiliki rasa bertanggungjawab untuk menjadikan rakyatnya berpegang pada agama, mampu diguna pakai sebagai wadah bagi setiap ahli parlimen muslim menyampaikan hujah dan pendirian. Dalam hadith yang dibacakan tadi, pesanan dan gesaan baginda Rasulullah perlu disuluh dari sudut keperluan untuk terus menerus memberikan peluang kepada warga bukan Islam untuk menerima Islam. Andai ada ruang walaupun mungkin tidak diakuri oleh akal dan rasional, yang memperlihatkan ruang ‘penerimaan’ terhadap Islam menerusi apa jua pintu, maka umat Islam hendaklah berusaha keras untuk memperhalusi kawalan diri dan tindakan. Sejarah membuktikan ketika di Makkah, polisi Quraisy yang memulau umat Islam dan bani Hashim hancur selepas tiga tahun terpahat dan tergantung di dinding kaabah dan Dar al Nadwah, selaku tempat berpolisi dan menyatakan keputusan. Perjanjian Hudaibiyyah pada tahun 6 Hijriyyah yang zahirnya dilihat menghalang, sebenarnya membuka ruang dan berpaksikan keuntungan jangka masa panjang buat Islam. Provokasi pandangan dan tindakan selama 13 tahun akhirnya dipadamkan dengan komitmen umat Islam dan keyakinan mereka bahawa agama, hijrah dan kesetiaan kepada Rasulullah S.A.W. pasti akan membuahkan kemenangan. Umat Islam perlu layak untuk menerima kurniaan kemenangan sebelum ianya diturunkan dan dipatrikan. Bagi suasana di UK, isu utama seperti ekonomi Islam, pendidikan dan persekolahan beridentitikan Islam yang masih jauh tanpa tajaan dan sokongan kerajaan tempatan, Islamophobia dan prejudism, ketuanan memakmurkan masjid dan keadilan undang-undang keganasan yang bias terhadap Islam, serta polisi antarabangsa UK ke atas negara-negara Islam, semua ini adalah menu yang diharapkan dapat dijamah dan disajikan oleh pemimpin-pemimpin yang dilantik dari kalangan muslim di negara ini. Semoga Allah memudah dan memberkati perjalanan perjuangan yang panjang ini.



Barakallahu li walakum



Mohd Erfino Johari
 
Teks Asal Rujuk....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan