Isnin, 18 April 2011

HARI JUMAAT DAN KELEBIHANNYA DAN DOA NABI S.A.W



ABU HURAIRAH R.A MENGATAKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W MENYEBUT-NYEBUT HARI JUMAAT, LALU BAGINDA BERSABDA,: "PADA HARI ITU TERDAPAT SATU SAAT YANG PALING TEPAT PADA WAKTU ITU SESEORANG MUSLIM BERDIRI SOLAT, MEMOHON SESUATU KEPADA ALLAH TA'ALA, NESCAYA ALLAH AKAN MEMBERINYA (MENGABULKANNYA). BAGINDA MENGISYARATKAN DENGAN TANGAN BAGINDA MENUNJUKKAN SEDIKITNYA KESEMPATAN ITU".-HADITH RIWAYAT BUKHARI


&


HADITH RIWAYAT ANAS BIN MALIK R.A  DIA BERKATA, RASULULLAH S.A.W BIASA BERDOA :" YA ALLAH! AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARI KELEMAHAN, SIFAT PENGECUT, MENSIA-SIAKAN USIA DAN DARI SIFAT KIKIR. AKU JUGA  BERLINDUNG KEPADA MU DARI SIKSA KUBUR DAN FITNAH KEHIDUPAN SERTA KEMATIAN"-HADITH RIWAYAT MUSLIM.



Doa adalah satu bentuk komunikasi dengan Allah swt yang melangkaui 4G ...Subhanallah!

Ahad, 17 April 2011

Boleh tewas kerana tiga “ta”

RUJUKAN..................

Boleh tewas kerana tiga “ta”


Mereka lebih pandai simpan wang rasuah. Ada yang membeli jam yang berharga RM250,000 hingga RM500,000. Ada yang membeli lukisan berharga berjuta ringgit kerana ia ada nilai di masa depan.


DATUK Akhbar Satar bukan nama asing dalam dunia pencegahan rasuah. Beliau merupakan bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (dulunya Badan Pencegah Rasuah) Perlis dan Negeri Sembilan. Akhbar juga pernah menjadi Pengarah Latihan di agensi tersebut, justeru bercakap mengenai rasuah dan kaedah membanteras jenayah itu dengan beliau sememangnya sarat dengan maklumat. Mengendalikan Akhbar & Associates di Plaza Damas Sri Hartamas Kuala Lumpur memberi ruang lebih luas kepada Akhbar untuk meninjau kaedah lebih canggih untuk menentukan tentang benar atau salah sesuatu maklumat yang diperoleh daripada seseorang.
Salah satu kepakarannya adalah poligraf yang menurut Akhbar berupaya menawarkan sehingga 98 peratus ketepatan maklumat - tentunya sesuatu yang amat berguna kepada agensi penguatkuasaan seperti SPRM. Sebagai salah seorang ‘orang kuat’ yang pernah turun padang menyelesaikan kes-kes rasuah, Akhbar turut meluahkan keprihatinannya terhadap kes-kes rasuah yang ‘terlepas’ selepas dibicara di mahkamah. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID, anak kelahiran Kelantan itu berbicara lanjut.
MINGGUAN: Datuk sudah lama dalam bidang poligraf forensik, setakat mana masyarakat menerimanya sebagai keperluan?
AKHBAR: Kalau kita lihat masyarakat di Amerika Syarikat (AS) percaya satu-satu perkara mesti berlandaskan saintifik. Jika mereka nak masuk Agensi Perisikan Antarabangsa (FBI), CIA atau pasukan polis, ujian poligraf akan dijalankan ke atas mereka. Ini kerana mereka percaya sesuatu perlu dilakukan secara terbaik. Ujian ini telah dilaksanakan di sana sejak 90 tahun lalu. Kita jangan terkejut Singapura adalah antara negara yang paling banyak menggunakan ujian ini berbanding jumlah penduduk. Ini berlaku kerana mereka mahu melindungi semua perkara penting dan rahsia daripada pengetahuan negara lain apatah lagi yang dianggap musuh. Ujian ini dilakukan untuk memastikan mereka yang memegang rahsia boleh dipercayai. Secara umumnya manusia akan tewas terhadap tiga “ta” iaitu wanita, harta dan takhta. Semua ini boleh dicari dan diberi.
Manusia juga mempunyai social bond yang mana kita tidak tahu bila masa ia boleh bertukar. Sebagai contoh, saya adalah seorang yang menentang rasuah, bercakap tentang integriti dan sebagainya. Tetapi esok lusa kita tidak tahu bila kita tiba-tiba bertukar dan mengambil rasuah. Contohnya, sebelum ini saya tidak ambil rasuah tetapi tiba-tiba ada orang tawar RM20 juta, mungkin terfikir juga saya nak ambil. Saya lihat pula budaya di situ ramai yang ambil rasuah, jadi saya terfikir jika saya tak ambil orang lain yang terima. Saya hanya ambil 20 peratus saja, tapi bos 20 peratus. Sistem di sini adalah sistem yang korup jadi kenapa saya perlu risau. Ini adalah proses rasionalisation di mana kita menjadikan perkara yang salah sebagai betul mengikut pertimbangan dan keadaan sekeliling.
Satu lagi contoh ada kes di Melaka seorang lelaki berumur 70 dan di Kelantan berumur sekitar 80-an yang ditangkap kerana merogol cucunya. Ini yang dikatakan sebagai social bond. Jika kita lihat sejarah mereka dari umur muda hingga 80 tidak ada masalah. Tapi tiba-tiba hari itu ia berlaku hanya dalam tempoh split second. Itu yang berlaku kepada manusia. Perkara itu berlaku mungkin mereka ini tiba-tiba bernafsu melihat kain cucunya terselak. Pelbagai faktor mempengaruhi tetapi kealpaan ini hanya berlaku dalam tempoh sekelip mata dan akhirnya memusnahkan masa depan dan diri sendiri. Namun apa yang saya mahu tekankan adalah dalam soal ini kita tidak tahu apa akan berlaku kepada kita dan sesuatu yang buruk boleh berlaku dalam sekelip mata.
Bagaimana dengan soal ketahanan diri untuk mengelak terlibat dalam rasuah?
AKHBAR: Kita perlu lihat bagaimana bentuk ketahanan diri yang ada pada diri kita. Ada juga orang yang pandai agama tetapi kemudian terlibat dalam perkara yang merosakkan diri. Bagi saya sebagai ahli kriminologi, kenapa seseorang itu terlibat dalam perlakuan jahat adalah atas dua faktor. Pertama faktor genetik dan kedua persekitaran. Tetapi dalam soal menipu ia berbeza kerana seni menipu adalah sesuatu yang dipelajari. Kadang-kadang kita tidak sedar ada anak-anak yang belajar menipu daripada ibu bapa atau ahli keluarga sendiri. Tapi jika kita ajar anak-anak kita jangan mengambil barang orang sejak kecil maka ia akan mengingatkan mereka barang yang mereka ambil itu adalah barang curi hinggalah dewasa. Namun dalam melakukan jenayah seperti rasuah kita perlu faham bahawa ia adalah satu perlakuan yang dipelajari dan bukan soal diwarisi.
Kenapa jenayah rasuah dan kolar putih semakin menjadi-jadi?
AKHBAR: Siasatan kes rasuah adalah satu proses yang rumit. Ini kerana kes rasuah kebiasaannya win win situation. Jarang orang yang dapat kontrak melalui rasuah akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Untuk membuktikan kes rasuah juga rumit. Pesalah rasuah semakin pandai mencari jalan yang lebih licik untuk melakukan rasuah. Mereka lebih pandai simpan wang rasuah. Ada yang membeli jam yang berharga RM250,000 hingga RM500,000. Ada yang membeli lukisan berharga berjuta ringgit kerana ia ada nilai di masa depan. Ada yang membeli karpet yang bernilai ratusan ribu dan ada yang menyimpan di luar negara. Terdapat juga yang mengunakan money changer dengan menghantar wang pengubahan haram ke luar negara. Teknik ini adalah untuk mengelak dari diketahui oleh pihak penguat kuasa atau Bank Negara.
Pelaku rasuah akan memikir cara terkini untuk menyimpan wang rasuah supaya tidak dapat di kesan. Oleh itu pegawai SPRM perlu memikir two steps ahead. Di AS ada pihak tertentu yang mahukan jenayah kolar putih atau elit termasuklah rasuah tidak dikategorikan sebagai jenayah. Bagi mereka perkara ini adalah satu masalah sosial. Ini adalah satu bentuk tindakan yang berbahaya kepada negara. Mereka yang terlibat atau melakukan kegiatan rasuah, selalunya akan terlepas daripada hukuman kerana mereka mempunyai wang untuk menggunakan peguam yang terbaik dan terkenal. Selalunya peguam-peguam ini mempunyai peratusan kemenangan yang amat tinggi. Secara psikologi, peguam yang terkenal selalunya dikaitkan battle already won, berdasarkan kepada pandangan ahli kriminologi dalam Behavior of Law, yang mengatakan bahawa law varies according to rank.
Bagaimana Datuk melihat kempen dan kesedaran yang dilakukan untuk menyedarkan bahaya rasuah, adakah mencukupi?
AKHBAR: Saya rasa masih belum mencukupi. Kita perlu faham dalam mengajar kanak-kanak dahulu dan sekarang adalah berbeza. Kalau 20 tahun lepas saya main wayang kulit untuk memberi kesedaran bahaya rasuah, kini pasti teknik seperti ini tidak lagi sesuai. Kini dengan teknologi yang semakin canggih kita kena lebih kehadapan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Masalahnya sekarang kita hanya tertumpu kepada kempen ad hoc. Pada awalnya kempen di sana sini tentang rasuah tapi bila kempen tamat tidak ada lagi perancangan untuk meneruskan kesinambungan kempen. Pada saya masyarakat sekarang terutama kanak-kanak perlu dididik dengan cara psikologi, tidak boleh lagi terlalu didesak dan dimarahi. Jika seseorang itu penjenayah tegar sekali pun kita boleh cari di mana kelemahannya jika kita pandai dan sabar.
Apa sebenarnya cabaran dalam menjalankan soal siasat dalam kes rasuah?
AKHBAR: Bagi saya apa yang penting pegawai yang menjalankan soal siasat, kita kena faham dan tahu apa yang kita lakukan. Psikologi juga sangat penting dalam melakukan soal siasat kerana ia akan memudahkan lagi kerja siasatan. Dalam soal ini SPRM memerlukan pegawai terlatih, pegawai yang mahir dalam ilmu psikologi dan pegawai yang berpengetahuan. Dalam sesuatu kes sebelum mengadakan soalsiasat perlu ditubuhkan satu pasukan soal siasat. Pegawai yang terlibat mesti sangat terlatih dan menjalankan soal siasat secara lebih profesional. Mereka ini juga perlu hadir kursus-kursus soal siasat di luar negara. Selain itu teknik poligraf perlu digunakan untuk mendapatkan maklumat secara profesional. Bilik interogasi yang moden serta dilengkapi peralatan seperti CCTV dan one way mirror. Semua ini dapat mengelak saksi membuat sebarang tohmahan. Pegawai penyiasat juga boleh dipantau supaya tidak menyalahguna kuasa atau menggunakan kekerasan.

Berkesan dan tepatkah poligraf?
AKHBAR: Saya telah nyatakan tadi alat ini paling banyak digunakan di Singapura (terbanyak di dunia berdasarkan kepadatan penduduk). Kedua adalah AS dan ketiga Israel. Pasukan Polis di Arab Saudi pun pakai alat poligraf. Agensi Pencegahan Rasuah Singapura (CPIB) pun guna poligraf dan berjaya selesaikan banyak kes secara cepat dan profesional. Ujian poligraf adalah alat terbaik untuk mengesan pembohongan dan ia 98 peratus tepat. Alat ini dapat percepatkan penyelesaian kes serta dapat membebaskan orang yang tidak bersalah. Kebiasaannya tanpa poligraf, jika seseorang ditahan atau disyaki, mereka akan buka fail siasatan. Siasatan selalunya mengambil masa mungkin enam bulan dan mungkin enam tahun. Masa depan mereka ini akan gelap. Mereka tak dapat naik pangkat, tak dapat terima anugerah dan dilabel sebagai jahat. Tapi dengan ujian poligraf ia dapat menyelamatkan orang yang tak terlibat dengan cepat dan adil.
Bagaimana dengan peranan perisikan?
AKHBAR: Bagi pegawai perisik, mereka perlu menjadi seorang yang kreatif, tabah dan penyabar. Mereka ini perlu dilatih untuk mendapatkan maklumat atau sumber-sumber di jabatan yang strategik. Dengan maklumat kelas A yang diperoleh dari perisikan, barulah ia digunakan untuk melakukan siasatan terbuka supaya tidak berlaku kesilapan atau tersasar sasaran. Seorang pegawai perisikan tidak boleh didedah dan tidak menjalankan siasatan terbuka. Pegawai perisik hanya jalankan tugas risik sahaja dan siasatan dijalankan oleh bahagian siasatan.
Namun paling penting pegawai penyiasat perlu berilmu dan sentiasa menambahkan ilmu. Mereka juga perlu celik teknologi maklumat serta pandai mencari maklumat dalam Internet. Mereka ini juga perlu menguasai bahasa Inggeris kerana banyak buku penyiasatan dan soal siasat adalah dalam bahasa Inggeris. Mereka ini juga perlu dihantar menghadiri kursus-kursus di peringkat antarabangsa sebagai pendedahan dan pengalaman.
Di Malaysia poligraf memang digunakan antaranya oleh SPRM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mungkin SPRM boleh melantik lebih ramai pemeriksa poligraf bertauliah supaya proses temu dapat dijalankan dengan profesional setanding FBI dan CPIB.
Bagaimana dengan kredibiliti menang dan kalah dalam kes-kes rasuah?
AKHBAR: Peranan Pegawai Penyiasat (IO) perlu khusus dalam merancang dan menjalankan siasatan secara terperinci serta mendapatkan maklumat dan bukti seberapa banyak yang boleh agar loophole yang ada boleh ditampung sebelum ia dibolosi. Bagi peranan Pegawai Pendakwa juga penting. Mereka mesti ada pengalaman dan bekerjasama dengan IO dalam menangani sesuatu kes. Hakim juga patut memberi hukuman setimpal dengan pelaku dan pesalah rasuah. Nampak gayanya kini sudah semakin banyak perubahan.
Pegawai SPRM juga mesti menjadi white than whiter, mempunyai tahap integriti yang tinggi dan menjaga diri supaya tidak mendekati perkara-perkara yang boleh dipertikai masyarakat. Untuk mendapatkan penghormatan masyarakat, kita kena sentiasa bertindak secara profesional dan jujur. Namun yang paling penting sikap dan keprihatinan masyarakat perlu bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah. SPRM perlu kerjasama orang ramai kerana ia tak boleh hapuskan rasuah bersendirian. Pastinya SPRM memerlukan sokongan kerajaan, yang nampaknya semakin baik dan berkesan. Paling penting masyarakat kena lapor jika mereka melihat berlakunya kegiatan rasuah. Masyarakat perlu terus dididik supaya membenci rasuah. Jangan bagi rasuah, jika tidak beri tiada rasuah.
Orang Islam menolak arak dan memakan babi kerana dari kecil kita diingatkan bahawa kedua-duanya haram. Tetapi anak-anak kecil jarang sekali diingatkan bahawa zina dan rasuah juga haram. Jadi dalam apa hal juga segala-galanya mesti bermula dari kecil.

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

 Dunia hari ini menyaksikan kebejatan sifat manusia yang tidak mengenal pangkat dan usia...sama-sama kita bermuhasabah dan berdoa kepada Allah swt agar ditetapkan iman kita. Amin.

 

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini.
Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.
Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.
Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya.
Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan.
Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.


RUJUKAN.......

Jumaat, 15 April 2011

SURAH AL ISRA' AYAT 11 DAN 111 SERTA SURAH AL LAHAB AYAT 1-5

SURAH AL ISRA' MEMPUNYAI 111 AYAT:


         


11. Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.

                                                                          DAN


                      


111. Dan Katakanlah: "Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.

SURAH KE 111 DALAM AL QURAN IALAH SURAH AL LAHAB AYAT 1-5:
 
     


1. Binasalah kedua tangan abu Lahab dan Sesungguhnya dia akan binasa[1607].



[1607] yang dimaksud dengan kedua tangan abu Lahab ialah abu Lahab sendiri.

      

2. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.



    

3. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.



   

4. Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar[1608].



[1608] Pembawa kayu bakar dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi penyebar fitnah. isteri abu Lahab disebut pembawa kayu bakar Karena dia selalu menyebar-nyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan nabi Muhammad s.a.w. dan kaum muslim. Biasanya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya membikin buhul-buhul dari tali lalu membacakan jampi-jampi dengan menghembus-hembuskan nafasnya ke buhul tersebut.

    • 

5. Yang di lehernya ada tali dari sabut.

* CAMPURKAN UMUR ANDA SEKARANG DENGAN TAHUN ANDA LAHIR : MAKA JAWAPANNYA IALAH 2011.
KHAS UNTUK ORANG YANG LAHIR PADA TAHUN 1999 KE BAWAH. TAHUN 2000 KE ATAS TIDAK BOLEH.

Mengapa?

Selamat mencari kebenaran dan menggali ilmu Allah!

Khamis, 14 April 2011

REMAJA DAN PERUBAHAN ZAMAN

Remaja dan perubahan zaman


Islam menyuruh kita mendidik remaja sesuai dengan zaman mereka membesar.


SAIDINA Umar al-Khattab berkata: "Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya." Ia bermaksud proses pendidikan terhadap manusia harus berlaku sesuai dengan perubahan zaman. Memang sifat zaman berubah. Zaman jahiliah dan zaman Rasulullah SAW adalah tidak sama.
Zaman jahiliah atau zaman kegelapan memperlihatkan gelagat manusia yang tidak dipandu oleh akidah tauhid. Zaman Rasulullah dipandu akidah tauhid. Walaupun manusia daripada keturunan yang sama (Quraisy) tetapi sistem kepercayaan dan cara hidup mereka berbeza.
Hal yang sama berlaku pada zaman sahabat Nabi dan tabien-tabien memberikan asas pengembangan terhadap tapak akidah, ibadah, muamalat dan syariat yang terbina kuat pada zaman Rasulullah.
Zaman Baghdad iaitu di zaman Abasiyah, ilmu pengetahuan menjadi sumber penting kepada perubahan. Zaman Andalusia membawa erti penting dalam tamadun umat Islam, tidak sahaja subur dalam jiwa rohani umatnya tetapi berkembang hingga menghasilkan suatu tamadun contoh.
Zaman berikutnya, Eropah menjadi maju hasil ambilan ilmu-ilmu Islam yang tersohor dan menyebabkan Eropah atau masyarakat Barat mengalami proses tamadun yang bersifat kebendaan sehinggalah kini.
Ternyata ramai di kalangan orang Islam menjadi pengguna terhadap tamadun ini dan sesetengah daripadanya menjadi sekular dan liberal.
Sekular bermakna sesuatu pegangan itu bersifat duniawi dan tidak terhubung dengan ukhrawi (akhirat). Liberal bermakna usaha memisahkan agama dari kehidupan, agama dari ilmu dan agama dari pemikiran.
Oleh itu, amat penting para remaja memahami faktor-faktor perubahan berasaskan kelainan zaman. Umpamanya pada hari ini globalisasi mengambil tempat. Walaupun tidak semua faktor globalisasi harus tertolak, ada manfaat berbanding terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Secara berbandingnya harus dimanfaatkan. Aspek-aspek seperti dapatan sains dan manfaat teknologi harus diterima sekiranya ia menyumbang kepada kebaikan manusia.
Contohnya, komputer adalah suatu alat yang bermanfaat. Bergantunglah kepada kita untuk menggunakannya dengan baik.
Bayangkan sekiranya perisian, input dan program yang terdapat dalam media elektronik ini dengan corak perisian dan input yang baik. Ia bakal mengisi keperluan akal budi insan.
Ada yang berpendapat bahawa Islam harus menyesuaikan diri dengan zaman dan ada yang pula berpendapat bahawa zaman harus membawa perubahan pada Islam.
Sebenarnya dalam tradisi Islam, sejak zaman Rasulullah dan sahabat serta zaman ketamadunan Andalusia, prinsip Islam mengenai kemajuan dan perubahan saling kukuh mengukuh dan berkesinambungan.
Dalam al-Quran terkandung prinsip dan pedoman mengenai perubahan dan zaman. Sebab itulah, prinsip-prinsip Islam sentiasa menjadi sumber rujukan kepada perubahan.
Contohnya, di zaman Rasulullah prinsip muamalat atau jual beli dirujuk kepada prinsip al-Quran. Al-Quran memberikan pedoman, berjual belilah di kalangan kamu tetapi jangan mengamalkan riba.
Sesuai dengan perkembangan muamalat dan teknologi, di zaman Rasulullah, aplikasi muamalat menggunakan sistem tukaran barang tetapi pada masa kini transaksi muamalat berubah sesuai dengan zaman.
Prinsip yang memandu perubahan tetap selari dengan al-Quran dan as-sunnah. Bank Islam di Malaysia, takaful Islam, sistem kewangan Islam, kaedah menjustifikasi produk halal, semuanya berlandaskan syariah, iaitu tanpa riba.
Ini membayangkan dengan jelas bahawa perubahan yang membawa kebaikan disesuaikan dengan prinsip Islam. Syariah boleh membawa kebaikan kepada manusia walau apa zaman pun. Oleh itu tidak salah bagi para remaja belajar ilmu-ilmu Barat dan Timur asal ia memiliki manfaat dan menyumbang kepada kesejahteraan umat manusia.
Begitu juga apabila nabi ditanya tindakan sekumpulan yang lain mengenai perbuatan mereka melakukan proses pendebungaan pada pokok tamar, Rasulullah menjawab: "Kamu lebih tahu akan urusan duniamu." Ia menjadi pedoman kepada umat Islam bahawa ajaran Islam tidak mengongkong perluasan ruang untuk meneroka sains seiring dengan Sunnatullah.

SUMBER;
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Rabu, 13 April 2011

AKAR DIRI





PENGERTIAN AKIDAH

BAHASA:

IKATAN ATAU SIMPULAN

ISTILAH:

SETIAP KEPERCAYAAN DAN TINGKAH LAKU YANG DIPERLIHAT OLEH INDIVIDU MUSLIM MELALUI UCAPAN SERTA MEMBENARKAN DENGAN HATI LALU DITUNJUKKAN DENGAN PERBUATAN BERLANDASKAN AL QURAN DAN AL SUNNAH

PERANAN AKIDAH KEPADA INSAN

1-Menjadi panduan dan pegangan hidup
2-Mengawal diri
3-Membentuk akhlak mulia
4-Mendatangkan ketenangan jiwa
5-Menghindarkan penyelewengan
6-Mendapat rahmat Allah
7-Memberi kekuatan diri

AMALAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN AKIDAH

1-Melaksanakan perkara wajib seperti solat, puasa, memberi zakat dan sebagainya
2-Menjauhi larangan Allah swt seperti tidak melakukan perbuatan mungkar dan dosa
3-Memperbanyakkan taubat dan zikrullah
4-Melaksanakan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, solat-solat sunat, puasa sunat dan sebagainya
5-Memastikan sumber rezeki yang halal
6-Menghadiri majlis-majlis ilmu

PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH

MELALUI 3 CARA :
IKTIKAD, PERBUATAN DAN PERKATAAN

CONTOH:

Mensyirikkan atau menyembah selain daripada Allah swt
Mengingkari dan mempersendakan hukum Allah swt
Mempercayai ada kuasa selain daripada Allah swt yang boleh memberi kesan
Menolak al Quran dan Al Sunnah
Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad saw

KESAN TERBATALNYA AKIDAH

1-Terbatal ikatan perkahwinan (suami isteri)
2-Menghilangkan hak mempusakai
3-Menghilangkan hak perwalian
4-Hilang hak istimewa sebagai orang Islam
5-Tidak boleh dikuburkan di tanah perkuburan orang Islam
6-Mendapat siksa Allah swt

FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu)  memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang sedemikian);dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya(agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang sedemikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)
-surah Al Baqarah ayat 217


sumber: Bahagian Dakwah JHEAIPP

Selasa, 12 April 2011

TOKOH ISLAM

Ketokohan Ismail al-Faruqi


Ismail Raji al-Faruqi


Pada 27 Mei 1986, umat Islam, khususnya umat Islam di Amerika Syarikat (AS) berkabung. Pada tarikh itu mereka kehilangan seorang ilmuwan Islam terkemuka dan aktivis dakwah Islam yang tidak kenal penat lelah.
Beliau adalah Ismail Raji al-Faruqi yang dibunuh dengan kejam di kediamannya di Philidelphia.
Sejak tanah airnya, Palestin, diduduki Israel pada 1984, Faruqi berhijrah ke AS.
Di sana beliau bergelut dalam dunia akademik dengan mengajar dan mengembangkan dakwah Islam.
Beliau juga tidak henti-henti mengutuk gerakan Zionisme yang dianggap merampas tanah airnya.
Berkat jasanya yang amat besar dalam perkembangan Islam di AS dan dunia, al-Faruqi dianggap sebagai salah seorang tokoh penting Islam abad ke-20.
Ismail Raji al-Faruqi dikenal sebagai seorang pembaharu yang ingin merealisasikan Islam. Beliau kerap kali terlibat dalam program pengajian Islam di banyak negara di dunia.
Mengenai Zionisme, al-Faruqi pernah menulis: "Ketidakadilan Zionisme begitu kompleks, terlalu banyak dan mengerikan, hingga tidak ada cara lain untuk menghentikannya kecuali melalui kekerasan perang dengan menghancurkan tentera, negara dan seluruh institusi awam Zionis."
Al-Faruqi memberi perhatian besar terhadap kemajuan ilmu pengetahuan. Beliau mengusulkan semua cabang ilmu pengetahuan moden dari Barat dengan tradisi ilmiah Islam digabungkan menjadi satu.
Melalui institut yang ditubuhkannya pada 1981, Institut Antarabangsa bagi Pemikiran Islan (IIIT) beliau merancang program islamisasi ilmu pengetahuan.
Nama Ismail Raji al- Faruqi sukar dipisahkan daripada nama isterinya, Lois Lamya al- Faruqi, yang dikahwininya semasa di Kanada.
Seperti suaminya, Lois adalah sarjana terkemuka. Beliau mendapat ijazah doktor falsafah dari Universiti Syacruse, AS pada 1974 dengan disertasi tentang muzik dalam peradaban Islam.
Beliau menjadi tenaga pengajar di banyak universiti di AS, Pakistan dan Filipina, serta aktif menganjurkan pelbagai pameran dan persidangan tentang kesenian dan kaligrafi Islam.
Hingga akhir hayatnya, beliau tercatat sebagai anggota dewan penyunting di jurnal Arts in the Islamic World yang beribu pejabat di London.
Sebagai anak Palestin, al- Faruqi mengecam keras Zionisme yang menurutnya menjadi dalang kolonisasi Israel terhadap Palestin.
Namun beliau dengan tegas membezakan antara agama Yahudi dengan Zionisme. Dalam Islam and Zionisme (1983), beliau menulis, "Islam tidak menentang agama Yahudi dan memandangnya sebagai agama Tuhan. Islam menentang politik Zionisme dan tindakan Zionis."
Pembunuhnya dan juga isterinya dikatakan berkait rapat dengan retorik al-Faruqi yang sangat keras menentang gerakan Zionisme.
Di mata umat Islam AS, al-Faruqi dikenal sebagai Pengasas Kerohanian. Beliau mempelopori penubuhan banyak institusi dan pertubuhan Islam di AS.
Dalam bidang pendidikan Islam misalnya, beliau turut menubuhkan American Islamic College di Chicago dan Sister Clara Mohammad School di Philidelphia.
Al-Faruqi juga turut mendorong mahasiswa Islam menubuhkan pertubuhan mahasiswa, misalnya Moslem Student Association dan Islamic Society of North America.
Salah satu karya Ismail Raji al- Faruqi yang terkenal adalah buku The Cultral Atlas of Islam. Buku ini ditulis bersama-sama isterinya Lois Lamya al- Faruqi

RUJUKAN;
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm